Aku dan Tiada Klue
Dua hari lalu genap tujuh bulan kematian Nurul Anira Che Rosik, 17 yang menjadi mangsa rogol dan bunuh sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Chegar Bedil.
Namun, kes tersebut masih menjadi misteri bagi keluarga mangsa apabila polis gagal mengesan suspek sebenar setelah melakukan siasatan menyeluruh sekaligus menimbulkan tan da-tanya ibunya, Rosnini Abdul Rahman, 44.
Rosnini yang tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya berharap agar polis dapat menjelaskan perkembangan siasatan kes tersebut setelah beberapa kali perkara sama diajukannya sebelum ini tetapi hampa.
“Ada juga cakap-cakap masyarakat keliling yang saya dengar seperti tidak cukup barang kes, air mani suspek yang diambil sedikit dan tidak ada saksi.
“Tapi saya letak keyakinan tinggi pada polis untuk siasat kes ini kerana hati saya tidak tenteram selagi pembunuh Nurul tidak dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya ketika ditemui di ru mahnya di sini semalam.
Malah menurut Rosnini, beberapa penduduk kampung ada memberitahunya mengenai kehilangan tiba-tiba buruh warga Indonesia bernama Yan yang bekerja di ladang getah di kampung itu sebaik mayat anaknya dijumpai.
Sambil menahan sebak, Rosnini memberitahu keluarganya masih diselubungi kesedihan dengan kematian Nurul Anira yang diharap menjadi harapan keluarga kerana kecemerla nganya dalam pelajaran.
Lebih menyedihkan, beliau sempat membeli lima buah buku rujukan SPM yang diminta Nurul Anira yang kesemuanya berjumlah RM250 sebagai hadiah dua hari sebelum kejadian tetapi tidak sempat digunakan anaknya.
“SPM hanya beberapa hari lagi, jika tidak pasti dia sibuk membuat persiapan,” ujarnya.
Dalam kejadian 5 April lalu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan tangannya diikat menggunakan akar pokok dan kain tudung dan terdapat beberapa kesan calar turut diliputi daun buluh dan ranting.
Sepanjang siasatan polis menahan reman dua lelaki iaitu seorang tukang rumah yang mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa dan seorang penoreh getah, tetapi kedua-dua lelaki berusia 30-an itu dibebaskan kemudian. (kredit to Samsul Bahari Mohamad)
manlukeman: Aku selalu dengar polis kata, kita masih tiada klue..teruskan usahakan anda, ramai yang berharap…

Adakah kepakaran unit penyiasatan dan unit forensik kita masih ditahap lemah?
Kena buat sesuatu agar penjenayah segera ditangkap.
kadang2, kita terfikir, adakah kerana ketidacekapan polis itu sendiri atau memang tiada klue atas sesuatu kejadian.
Dalam sesuatu kes jenayah, biasanya, anggota polis biasa (GD-General Duty) akan tiba dahulu.
Kemudian baru diikuti oleh pegawai penyiasat,
dan terkemudian sekali ialah Forensik.
Tapi, sebelum anggota polis sampai, orangramai@orangawam yang menemui sesuatu kes, akan berada di sana.
Betapa banyak bukti telah hilang, atau dikacau ganggu sementara anggota forensik tiba.
Dan tidak kurang juga, ada anggota polis yang tiba dahulu, akan memegang barang2 kes tanpa sarung tanga, merokok, mengalihkan bahan2 bukti samada secara sengaja atau tidak.
Jadi, di sini, nampak tiada kesepakatan atau kesedaran akan pentingnya bahan-bahan bukti itu tidak dikacau ganggu untuk memudahkan mencari klue.
Dan juga mungkin bahan bukti itu telah berubah fizikalnya, strukturnya mungkin disebabkan oleh faktor cuaca seperti hujan, banjir atau dilarikan haiwan.
Dalam kes seperti di atas, memang benar, kita hanya mampu meluahkan untuk polis terus berusaha menjejak pembunuh itu, itu sahaja…
Jangan sampai orang berhenti mengharap