Aku dan Barang Kitar Semula

(NOTA: Gambar-gambar di bawah aku ambil dari jurugambar Utusan, Mohd Noor Amin..aku tak cilok kat tempat lain..sekian)

Hebat..cerdik..kreatif juga orang nak buat untung…tak pernah pulak terlintas dalam kepala aku nak buat macam nih..

barang yang sudah melepasi tarikh luput atau orang-orang dulu biasa cakap expired, dikitar semula dan dijual kepada pasaran…sebuah rumah banglo di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak, tempat operasi hebat ini dilakukan..dikatakan didalangi oleh warga asing..dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Antara barangan makanan tersebut termasuklah susu tin, serbuk minuman perasa coklat, serbuk teh, alat kelengkapan diri seperti syampu, ubat gigi, tuala wanita, losen termasuk pampers kanak-kanak yang diambil dari tempat pembuangan sampah.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, sebanyak 3,500 unit pelbagai barangan termasuk pelekat label yang dianggarkan bernilai RM30,00 telah disita kerana barangan makanan itu meragukan dan tidak sesuai dimakan.

“Barang makanan yang telah dibungkus semula akan dijual secara pukal atau dalam bentuk asal kepada kedai-kedai runcit serta pengusaha restoran di sekitar kawasan Gombak dengan harga yang lebih murah.

“Mereka juga menjual ais krim batang dengan menggunakan bahan daripada makanan luput tarikh kepada penduduk sekitar terutama pelajar sekolah,” katanya.

satu dalam kepala aku, macam mana puak-puak ini boleh dapatkan label dan packaging baru untuk membungkus produk-produk kitar semula keluaran mereka..hairan bin ajaib..malas nak tanya Nabil, sah jawapan, lu pk la sendiri..

About these ads
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,133 other followers

%d bloggers like this: