Aku dan Harimau Malaya
Alhamdulillah..syukur..aku buka entry kali ini dengan memanjat rasa syukur pada Tuhan atas kurniaan nikmat yang diberi kepada umat-umat yang disayangi..termasuk fenomena secara tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong pasukan bola sepak negara dengan menggila..hebat..
Rasa seronok apabila melihat situasi tahun-tahun kegemilangan sokongan padu peminat bola sepak negara kembali menjadi warna-warni dunia sukan kita..dan..kita mahu landskap panorama ini berterusan..kekal dengan komitmen semua..peminat dan pemain-pemain termasuk pengendali skuad bola sepak..tidak mahu hanya bertepuk sebelah tangan saja..
Malam esok adalah perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia (Harimau Malaya) dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil..pada aksi pertama di Singapura, pasukan tuan rumah berjaya menewaskan pasukan kebangsaan dengan keputusan 5-3 yang dijadikan bekalan untuk beraksi di gelanggan lawan dalam perlawanan timbal balik..
Seluruh rakyat Malaysia kini memasang harapan untuk melihat harimau mengamum, membaham singa..dan berada di gelanggang sendiri dengan sokongan padu peminat, ia bukan sesuatu yang mustahil..
Sedikit pembakar semangat daripada bekas pemain negara, Hasnizam Uzir, yang pernah beraksi dalam kelayakan Olimpik Atlanta 1996 untuk kesemua pemain pasukan Harimau Malaya..
nota: aku memang suka baca blog Rizal Hashim yang banyak informasi mengenai dunia sukan tanahair…penulis hebat ini ada berkongsi pengalaman mengenai nostalgia lawan Singapura..aku juga suka dengan orangnya..kenapa..suka hati aku lah..

Errrr… Sape ye yg dok cadang kat FAM suruh kita tiru spore n indon supaya ambik pemain import wakili team negara?
siapa pulak bro..aku ker…ko ni mcm2 la…