Aku dan Solat

zazali1

Sumber (Stadium Astro)

Cabuk: Dalam banyak hal, Allah sudah tunjukkan sesuatu melalui profesion aku sekarang. Waima yang baik,buruk,positif,negatif,putih dan hitam.

Kami sudah tempuh, mampu hadap, selagi kudrat ada dan keizinan Allah. Alhamdulillah, syukur

Barang siapa yang tak faham apa maksud ayat sebelum ini, sila mengaji lagi.

Aku dan Kembara

mqdefault

Wow…memang sesuatu..(terima kasih Hafiz Johari atas perkongsian)

Aku dan Ulang Tahun Perkahwinan 13 Julai 2014

wed1

 

Nama dia, Norhayati Kamaruddin ** panggilannya Baby ** dia isteri ku ** dulu tanggal 13 Julai 2007, dia aku nikahi ** sah ** bukan di Nara, Pattani, Yala tapi di Kajang, Selangor ** Aku bahagia punya dia

 

 

wed

 

Dia bersahaja ** Suka dimanja ** kadang-kadang terlebih gila daripada aku sendiri ** dan tembam

 

 

2014-02-23 14.28.19

 

Dia punya darah Cina ** tapi pelik mata aku pula yang sepet ** sekarang suri rumah tangga ** Dia berjaya naikkan berat badan aku termasuk berat dia sendiri

 

 

2014-03-25 12.01.28

 

Dengan dia, syukur dikurnia tiga cahaya mata ** Dania Qistin, Damia Qismina dan Daniyal Qhashaf ** Semua DQ, angkara dan rencana dia ** Ikut sahaja, tak perlu banyak bicara, janji aku suka

 

Hari ini ** Sudah pasti hari Ulang tahun perkahwinan ** Itu pun mahu tanya

** Moga terus menerus bahagia ** Moga sampai hujung nyawa dapat kemas kini blog untuk tarikh ini ** Apa lagi yang dimahukan selain bahagia ** Harus bersyukur dengan apa yang ada ** Bimbang ditarik nanti tak terkata apa-apa ** Panjatkan doa (bukan di sini, ini hanya tulisan saja) aku habis usia bersama dia..

 

Dia ** Isteriku

Apa Khabar

 

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Aku dan Jurugambar Utusan Kena Pukul

 photo 3

Ahli keluarga wanita dihukum gantung belasah jurugambar Utusan

 

KOTA BHARU – Seorang jurugambar Utusan Malaysia cedera dipukul dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 10.45 pagi ini, jurugambar terbabit sedang mengambil gambar tertuduh namun dua suspek berkenaan bertindak menyerangnya.

Kamera mangsa turut pecah dihempas oleh salah seorang suspek.

Terdahulu seorang tukang jahit wanita dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 54.72 gram, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 54.72 gram di tempat letak kereta Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada pukul 1.35 petang , 21 Januari 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

 

photo 4

 

iwan

Kenyataan media Kemudi mengenai insiden jurugambar Utusan Malaysia dipukul.

Kemudi merasa amat kesal dengan insiden  jurugambar Utusan Malaysia, Irwan Majid dipukul sehingga mencederakannya dan merosakkan kamera yang digunakannya untuk menjalankan tugas.

Sebagai pengamal media, jurugambar terbabit hanya menjalankan tugas hariannya dan pihak tertentu terutama keluarga yang dituduh tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Masyarakat seharusnya memahami tugas yang terpaksa dijalankan oleh wartawan dan jurugambar.

Kemudi berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan yg terperinci mengenai kejadian ini agar ia dijadikan pengajaran dan peristiwa seperti ini tidak berulang lagi.

Pada masa yang sama, Kemudi berharap pengamal media menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas terutama di kawasan yang berisiko.

Azran fitri rahim
Presiden Kemudi

 

Cabuk:   Kuat aku rasa orang-orang di luar sana cukup seronok apabila berlaku kejadian seperti ini. Dek kerana fikiran kolot dan skeptikal yang sudah tertanam dalam kepala otak masing-masing bahawa orang media lebih-lebih lagi Utusan Malaysia adalah tali barut kerajaan..maka layak sangat dipukul..

Mudah sangat kalian jatuh hukum, lebih daripada Hakim di mahkamah, lebih daripada mufti yang buat fatwa, lebih daripada sang penguasa merencana undang-undang..

Aku tak rasa perlu untuk menegakkan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh..tak perlu pula aku menegakkan benang yang didakwa sudah basah…

Ada otak, ada akal, ada ilmu, maka nilai sendiri

Kami hanya menjalankan tugas..kami hormat kalian, maka kamu perlu hormat kami..

Aku dan Mesej Teluk Intan

 teluk-intan-nomination
Malaysia Gazette/Mesej Teluk Intan/Terjemahan dari akhbar China Press
WALAUPUN Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Dyana Sofya Mohd. Daud. berada dalam keadaan cemas, namun kebanyakan orang tetap berpendapat dia berpeluang besar untuk menang terutamanya kerana mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.
 Apa yang di luar jangkaan ialah lelaki matang berumur 53 tahun dari Gerakan akhirnya menewaskan calon jelita berumur 27 tahun dari DAP dengan majoriti 238 undi.
 Selepas berita kekalahan tersebar, lebih seribu orang penyokong yang berada di bilik gerakan DAP menitiskan air mata, ramai penyokong di luar Teluk Intan turut sebak. Ada yang berkali-kali tanya, “betul ke?”
 Punca kekalahan Dyana ada tiga, pertama ialah tahap penerimaan politik masyarakat majmuk belum matang terutamanya di kawasan seperti Teluk Intan yang merupakan campuran bandar dengan luar bandar.
 DAP dengan berani menghantar calon Melayu, namun tahap penerimaan di kalangan pengundi Melayu adalah tidak baik.
 Faktor kedua ialah sebahagian kecil pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi India telah kembali kepada Barisan Nasional (BN). Keadaan ini menghakis sokongan yang diterima DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 Faktor ketiga, imej perpaduan DAP dalam PRU-13 telah hilang. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lagi, sudah tersebar mengenai konflik dalaman DAP.
 Isteri kepada mendiang Siah Leong Peng mendedahkan ada orang yang mendesak jawatan sebelum kematian wakil rakyat itu.
 Tambahan pula, isu keahlian ibu Dyana dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menunjukkan Dyana kekurangan integriti ketika mengurus isu ini.
 Kejayaan Datuk Mah Siew Keong juga ada tida faktor. Pertama sekali, PRK berlainan dengan PRU kerana PRK tidak boleh mengubah apa-apa.
  Jika Siew Keong menang pula, seorang menteri dari Teluk Intan akan diwujudkan dan bakal membawa pembangunan ke situ.
 Faktor kedua, disebabkan DAP menghantar wakil keturunan Melayu, ia menyebabkan UMNO amat menitik berat pertarungan ini.
 Jentera Teluk Intan diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan beliau sanggup menjelajah jauh ke perkampungan Orang Asli yang hanya mempunyai 200 undi.
 Mengukuhkan undi Melayu dan menarik undi India, UMNO menjadi penyumbang kepada kejayaan di Teluk Intan.
 Faktor ketiga, Siew Keong ‘menyerang’ isu tempatan dan jarang menyentuh isu nasional. Isu seperti lebuh raya, kemudahan pengkebumian, tambak sungai dan pendidikan Cina telah dibangkitkan. Beliau mendapat sokongan pemimpin pertubuhan Cina.
 Kempen orang Teluk Intan mengundi orang Teluk Intan juga berjaya menarik sebahagian undi Cina.
 Keputusan PRK Teluk Intan membawa tiga mesej penting. Pertama, undi Cina bukan deposit untuk DAP. Mereka wajar mendengar suara pengundi sebelum menetapkan calon.
 Kedua, sebahagian pengundi Cina mula mempertimbangkan semula BN. Mereka berpendapat emosi tinggi sebelum ini sudah berlalu, kini ialah masa untuk menilai pendekatan politilk yang baharu.
 Ketiga, walaupun penyokong pembangkang berjerit-jerit dalam alam maya, namun ‘kesunyian majoriti’ telah menjadi kekuatan dalam dunia realiti.
 Mereka mungkin berdiam diri dan tidak meluahkan perasaan di Internet, namun bersenyap tidak bermakna mereka tidak berpendirian. Mereka menggunakan undi untuk sampaikan mesej kepada Pakatan Rakyat.
Cabuk: Mentah lagi nak bikin analisis.baca pandai.jenuh berfikir

Aku dan Kebaikan Yang Dipulangkan Semula

Manis…dan sesuatu….

Life Vest Inside – Kindness Boomerang – “One Day”

Cabuk: Asalnya, ketika mendapat tahu mengenai kewujudan video ini, ia adalah rentetan daripada sudut yang berlainan..ada yang merungut mengenai pembuatan sebuah video klip dalam negara, 1M4U menyamai dengan konsep video yang aku tempelkan di atas..istilah mudah, meniru, palagiat, ciplak..

Namun, aku mahu tinggalkan bab negatif tersebut (ada juga kebenaran mengenai perkara tersebut) tapi lebih mahu menumpukan pengisian dalam video klip itu..sangat mendalam..