Archive for October, 2008

Aku dan Kitab Barat

Satu ketika aku seronok cukup menontot sitkom bertajuk 8 Simple Rules for Dating My Teenage Daughter..melihat ketegasan seorang bapa yang menjaga dua anak perempuannya yang meniti usia remaja..dan satu yang cukup ditakuti oleh bapa penyayang ini adalah..anaknya terlibat dalam seks sebelum berkahwin..

Kalau diikutkan, banyak filem-filem barat, drama-drama barat yang berkisar mengenai kehidupan keluarga ada memutarkan dialog, babak mahupun jalan cerita yang sama mengenai ketakutan yang disebut tadi..bagaimana hal ini boleh berlaku..walhal, kononnya ada yang lebih tau mengatakan kehidupan di barat lebih bebas, sosial dan terbuka..sampai ada juga yang menggunakan Kitab Barat ini sebahagian daripada amalan hidup dalam masyarakat negara ini..

Melihat pembaca-pembaca kitab barat di kalangan masyarakat negara ini, hairan juga aku bagaimana mereka mentelaahnya..mungkin ada fasal-fasal yang mereka tidak belek termasuk bab seperti di atas ini..lebih menghairankan, mereka terlebih dahulu sudah membaca Kitab Dunia dan Akhirat terlebih dahulu sebelum mengenali kitab tadi..

Pernah tak pengikut-pengikut kitab barat terfikir, di sana pun, orang yang bermasalah seperti tiga trio ini, Paris, Britney dan Lindsey cukup juga dibenci masyarakat..selain dicemuh, dicela ditambah dengan berpotensi disumbat ke dalam sel besi..ia sama juga seperti di sini..cuma, mereka-mereka ini cukup ‘laku’ dalam menjual akhbar dan majalah..mintak simpang aku daripada menulis dengan rasmi mengenai umat-umat ini..

Aku dan Topeng

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, hari ini diperintah membela diri atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu , dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul Azhar.

Azilah dan Sirul Azhar didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

Sirul Azhar yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

manlukeman: Aku menunggu ‘topeng’ itu dibuka

Aku dan Berita Ini

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan

manlukeman: menghitung babak yang seterusnya..

Aku Dan Wajah Ini

Dunia ini tetap kecil

Dunia ini tetap kecil

Melihat wajah-wajah ini, aku suka..tiba-tiba rasa kecil saja dunia ini..selalu aku tanya pada sereberum aku..orang duk bertelagah kat dunia ni nak pergi mana..pi mai, pi mai, tang tu gak..ade ke orang gaduh-gaduh pastu bole lari ke planet lain dalam sistem suria kita ni..esok gaduh, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, lain tahun, jumpa balik..

Mereka berbeza dalam dunia masing-masing, bertemu atas satu nama, agama..Islam..takjub aku dengan kuasa Tuhan..masing-masing ada nama, ada pengaruh..

Tau apa yang seronok diborakkan oleh tiga umat Tuhan ini..bukan cerita politik, bukan nak maki orang, bukan nak kongsi manifesto, bukan cerita nak tubuh kerajaan baru..cerita masing-masing yang suka sangat main kuda..bukan mesin kuda la..menunggang kuda..jangan main-main..ni salah satu yang pernah disiplin yang yang turut dibuat oleh junjungan besar kita, Muhammad SAW..terbuka juga cerita yang kebetulan mak bapak, tok nenek mereka kebetulan berkawan baik..lebih seronok lagi, masing-masing berkongsi penyakit yang sama..menempel la aku di tepi sudut mendengar buah-buah perbincangan umat-umat ini..

Aku dan Rokok

anak sapa la ni

anak sapa la ni

Baca semua paper hari ni keluar la berita yang berbunyi ‘Harga minimum rokok RM6 sekotak’..tujuannya sebagai satu usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja..sambil berjalan menuju pejabat tadi juga aku terdengar di HotFm mengenai larangan merokok di kaki lima dikuatkuasakan..

Apa yang baik, untuk tujuan baik, kebaikan sama, aku adalah orang pertama yang menyokong..biarpun aku sendri merokok tapi aku tetap sokong usaha-usaha yang boleh mengurang penghisap tegar ‘barang; merbahaya ini…

Tapi aku bukan nak cerita pasal benda ni..kebetulan semalam ketika aku baru saja pulang daripada kerja..berjalan la kaki menuju ke kereta yang aku letak jauh..aku terlihat sekumpulan pelajar..macam mana aku tau pelajar..sebab budak-budak ni pakai uniform sekolah..aku nampak pemandangan ‘biasa’ yang mungkin mengundang muak orang tengok..pelajar-pelajar ini memegang rokok..dah tentu menghisapnya..bukan sorang tapi hampir keseluruhan pelajar yang aku jumpa memegang rokok setiap satu..

Satu yang terlintas dalam kepala aku..budak-budak sekolah sekarang memang kaya..mungkin mengalahkan orang berkerja makan gaji..yang duk ‘lari bajet’ tiap-tiap bulan..mau tidaknya, sudah mampu untuk menghisap rokok sendiri tanpa perlu berkongsi seperti zaman-zaman ‘jahiliyah’ aku dulu..aku pun naik kaget melihat kumpulan itu yang kebetulan aku sendiri pun sedang memegang rokok..

Aku harap la dengan adanya usaha kerajaan ini dapat la membantu membanteras gejala advance budak zaman sekarang yang terlalu open air dalam hal rokok ni..satu ketika larangan penjualan rokok batang pun dah dikuatkuasakan menemui kegagalan dek akibat pekedai berdegil menjualnya secara terangan-terangan mahupun senyap-senyap..meskipun aku satu ketika pernah menjadi seperti budak advance ni tapi aku tidak mahu juga anak bangsa ini terus rosak..bukan apa, aku sekarang ni dah beringat, tapi budak-budak advance ni langsung tak beringat.

Di mana permintaan, di situ ada penawaran..asas ekonomi mudah yang boleh dikaitkan dengan benda ni..

Aku Dan Puisi

padat ruang sesak nafas,

fikiran membantu,

akal membeku,

jasad kaku roh melayang,

bersendirian akal menghitung waktu,

coretan kasar jadi persoalan,

berfikir apa maksud tersirat,

membawa erti pengertian mendalam,

sayangnya…tidak diendahkan,

kepalang tujuan,

diri sendiri jadi sandaran,

membakar semangat mengejar cita,

tersesat mengundang petaka,

nasib kesiangan mengundang duka

manlukeman: Antara yang terawal aku buat

Aku dan Syok Sendiri

Best masa ni

Best masa ni

Kalau aku dapat menembak

Kalau aku dapat menembak

Percaya ke tak aku yang bawak?

Percaya ke tak aku yang bawak?

Rasa macam nak menulis..aku nak masukkan gambar je..jenuh nak pikir idea..takde benda yang menarik perhatian aku sekarang nih..relax saja