Aku dan Topeng

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, hari ini diperintah membela diri atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu , dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul Azhar.

Azilah dan Sirul Azhar didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

Sirul Azhar yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

manlukeman: Aku menunggu ‘topeng’ itu dibuka

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: