Archive for November, 2008

Aku dan Semalam

Tak sempat aku nak update semalam..tau sebab apa..banjir dah sampai..

bnm000112756

klt000016901

kkb000011492

klt0000169051

Advertisements

Aku dan Duit (Wang)

kkb_duit002

Ada yang panggil ringgit, Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht, Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit, Bikin orang belit

Duit! Duit!, Di mana kau duit
Duit! Duit!, Hutangku membukit

Ada yang benci duit, Ada yang cinta duit (bikin perut buncit)
Skandal sana sini, Punca juga duit
Cari duit halal, Agar jangan kesal

Duit!, Duit beli duit
Duit!, Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata, Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah, Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit, Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit, Nanti musnah diri sendiri (M.Nasir – Duit)

manlukeman: seingat aku lagu ni dah lama dicipta, popular tapi tak ingat tahun bila..mungkin 80-an kot..maknanya ketika itu, sudah heboh mengatakan mengenai penangan duit..itu zaman aku pun belum lahir..zaman la ni pulak, mungkin orang dah naik jelak bercerita pasal benda yang berkaitan dengan duit..macam tiada kesudahan..

aku ada baca satu entry di blog Tun Dr. M yang bertajuk Rasuah dan Keazaman Politik..tersengih macam kerang busuk aku depan PC (tapi ni memang peel azali aku)..mungkin aku terlalu muda untuk memperkatakan sesuatu pasal benda-benda rasuah dalam politik ini..

aku sebenarnya tak suka politik..tapi aku boleh berborak, mendengar dan melontarkan idea apabila berbicara topik politik ini..cuma yang pasti, aku bukan ORANG PARTI, aku adalah ORANG INDIVIDU

Cuma sedikit yang ingin dikongsikan..sejak dari 1990 (Darjah 2), 1995 (Tingkatan 1), 1999 (Tingkatan 5), aku pernah menjadi jentera penggerak pilihan raya umum.untuk dua parti yang berbeza..aku buat sekadar mengisi masa lapang..mengikut kawan..meskipun masih muda, ada pengalaman yang aku kutip dari apa yang aku buat ketika itu..ditambah pula dengan kerja yang aku buat sekarang, ada juga isi-isi yang aku dapat..seronok juga..duduk bercampur gaul dengan orang dalam dua keadaan yang berbeza..

masa 1990, 1995, berbasikal aku dengan rakan-rakan lain pergi ke kawasan ‘sasaran’…membawa sesuatu yang ‘penting‘…aku juga dapat sesuatu yang penting itu…kali terakhir aku buat benda ni, 1999, ketika ini aku sudah bermotosikal..cuma banyak menghabiskan masa duduk di ‘cawangan’..aku pula merangka strategi..strategi penting tanpa sesuatu yang penting..sepatutnya orang baya aku ketika itu sibuk mentelaah buku sebab sedang hadap peperiksaan penting (SPM), tapi aku slumber saja buat sibuk hadap benda ni (nasib baik ayah aku tak marah, nasib baik result aku tak teruk sangat, boleh belajar sampai U)…

tapi semua yang aku dapat itu bukan menjadi lesen untuk aku memperkatakan sesuatu mengenainya dengan secara sesuka hati..aku lebih suka bersederhana..diam…melainkan situasi terpaksa, maka akan ku jadi lebih ‘outspoken’

Dalam berkaitan dengan duit ni, semua manusia sama…cuma ada yang yang boleh dikategori sederhana atau terlebih..bak kata ayah aku, kalau puak tu, semua nak makan, kiri kanan depan belakang tapi puak ni pun ada makan jugak cuma takda la banyak..

Aku pulak tambah…ada kuasa, macam-macam boleh buat..

Sehingga kini, aku masih lagi mengumpul pengalaman mengenai benda ini..aku cukup suka mengumpul..

Aku dan Pintu Masjid

Hari ini, Jumaat..Penghulu kepada semua hari..seperti biasa, bagi seluruh umat Islam bertandang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat..

Sudah setahun aku menunaikan solat di sini..Masjid Muhammadi..dan inilah buat kali pertama, sebuah pintu pagar di masjid ini dibuka seluas-luasnya untuk laluan orang ramai..lega aku..ada juga perubahan untuk kemudahan orang ramai..

image850

Aku dan Anak Orang

anak_nazri1

anak_vip8

anak_nazri10

Anak siapa la gini..muka macam kenal..agak mirip bapak dia..tapi tak tahu la betul ke tak..hairan aku ye..orang yang berstatus ‘kaya’ gini, apa-apa pun dia nak buat orang tak kisah agaknya..

satu yang pasti, anak-anak orang ‘ini’, buat ‘begini’, tak kena masuk ISA..

Aku dan Pasca Bayar

img_7535

Setelah hampir 8 tahun aku berkecimpung dalam dunia telekomunikasi (pakai HPla) dengan menggunakan perkhidmatan prabayar (prepaid), semalam aku gatal tiba-tiba nak bertukar tajuk..pasca-bayar..orang kampung panggil, pakai bil..kalau ikutkan, aku takut sebenarnya nak pakai bil ni, ada sila-silap terlebih pakai..inilah yang cukup aku gerun berdasarkan pengalaman yang aku ‘tumpang’ pada kawan-kawan sepengajian dulu..

Mengikut sejarah, aku mula memakai HP selepas masuk semester ke-2 di Matrikulasi Londang, Melaka..walhal, ikutkan peraturan, memang aku tak boleh bawak…muhahahaha..rules are meant to be broken..orang tua aku beli, persetankan semuanya..asalkan, aku tak salah guna..Nokia 3210, jenama HP yang menjadi kegilaan ketika itu, ditangan aku..dengan dilengkapi talian Celcom prepaid ketika itu..tentu ada yang ingat masa tu Celcom sediakan dua kad top up..satu untuk Airtime, satu lagi untuk Access Time..aku guna Celcom sampai aku masuk universiti..kopak juga PTPTN aku masa guna talian ni..

Selepas terasa kopak, aku bertukar kepada Hotlink prepaid..jiwa orang muda ketika zaman itu..jimat juga aku rasa sebab hanya beli satu kad top up saja, dapat dua..airtime dengan access time..tapi zaman tu, nilai top up yang ada RM60, untuk 3 bulan (kalau tak silap)..hehehe..ada yang tanya, cukup ke 3 bulan aku guna nilai top up tuh..jujur aku katakan, yang tak cukup tu, biasa..

Ketika ini, sudah ada rakan-rakan yang memberanikan diri menggunakan Pasca-Bayar..dengan pelbagai promosi menarik ketika itu, berlumba-lumba  orang nak pakai benda alah ni..aku..tak berminat sangat..nak jadikan cerita, bil yang diterima oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan ini mececah ribuan ringgit..amik ko..langsung terus aku jadi takut nak pakai bil..

cuma aku salute ada sorang member serumah aku, Zul Zaariman Musbahudin, yang tetap steady dalam ngadap benda-benda ni..dia pun pakai bil tapi tak angkanya tidak ‘semewah’ orang-orang lain yang terkena penangan bil..siap HP dia jadi public phone kepada kawan-kawan aku serumah untuk bergayut ketika itu..hehehe..termasuk aku..pakai saja, kata dia..yang penting, cukup bulan, bil sampai, bayar..

Masa aku mula-mula kerja dulu masih juga aku guna prepaid.aku bercinta pun guna khidmat menatang ni..cuma, banyak kali la top up ye…sehingga semalam, akhirnya aku bertukar secara rasmi kepada pasca bayar..lama juga aku fikir..8 tahun beb..aku pun tak tau kenapa tertarik dengan pelan baru..nak kata kadar panggilan murah, selama ni pun aku tau pasal benda ni..cuma tak penah nak amik port sangat..yang aku tau, asalkan talian aku pakai boleh buat call, tu saja..

img_7537

Nama pelan yang aku pilih Value Plus 50..kata dikertas itu, Jika anda suka cakap sikit, pilhlah Value Puls 50 dan hanya bayar sikit…tunggu bulan depan, aku nak tengok bil..harap-harap takdela melambung sangat..

Aku dan Sorotan Banjir Kelantan 2007

BANJIR KELANTAN

(Gambar pertama permulaan banjir yang dirakam oleh Zaki Amiruddin di Tambatan DiRaja, Kota Bharu yang mengadap Sungai Kelantan)

banjir011

(banjir oh banjir, rumah kita naik air..Mohd Nazri Ahmad, 12, membantu rakannya Mohd Fikri Zahari, 6, membawanya ke daratan dengan menggunakan kereta sorong selepas rumahnya dinaiki air di Kg Ayer Lanas, Jeli)

SERONOK

(SERONOK…Si Kecil sedang menaiki pelampung ikan paus ketika bermain air Jalan Tok Hakim, Kota Bharu)

KANAK-KANAK

MANDI

(‘Slumber badak’ saja budak-budak ni..bukan kat sungai ni, di jalan yang dipenuhi air boleh bikin aksi ‘stunt’ camni – Gambar: Rizalman Nor)

banjir008

(REZEKI BANJIR… Farizwan Fauzi, 9 menunjukkan ikan puyu hasil tangkapannya ketika menjala di Sungai Tasik Garu, Rantau Panjang)

banjir010

(Tak surut air, tak g sekolah la kawe..hheheehehee…)

banjir009

(Ya Tuhan ku, tempatkan mereka disisi orang yang beriman..Amin..)

AIR

(Pemandangan dari pejabat aku)

BANJIR RANTAU PANJANG

(PULAU KERETA…antara gambar terbaik yang dirakam menunjukkan sebuah lokasi di pekan Rantau Panjang yang hampir tenggelam ketika it. – Gambar oleh Zaki Amiruddin dengan ihsan Unit Udara PDRM)

Aku dan Sungai

untitled1

http://infobanjir.water.gov.my/kelantanw.htm

dah takda kerja, benda ni aku tengok..sejak dua menjak ni, website ni rajin aku jenguk..hehhee..persediaan beb..