Aku dan Kempen

Terbaca paparan muka depan sebuah akhbar arus perdana mengenai Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen..

Sejauhmana berbudi bahasa ini dapat dipraktikkan sepenuhnya di dewan mulia itu nanti, pasti ada yang ramai menunggu..atau ada yang sudah menjangka apa yang akan berlaku..atau ada yang tidak mahu mengambil tahu langsung mengenai perkara tersebut..

Aku cuba membayangkan sebuah sidang dewan yang akan dipenuhi dengan percakapan yang penuh berbudi bahasa.sopan santun seperti ada ketimuran..lenggok seperti orang berpantun atau bercengkerama di bawah bulan purnama di bawah sinaran lampun minyak tanah..

Kalau seperti yang biasa dipertontonkan, aksi ahli-ahli parlimen di dewan itu ada pelbagai ragam..pelbagai tatabahasa..pelbagai intonasi perkataan..pelbagai bau dan rasa..boleh dikatakan tidak menepati piawaian kempen yang akan diadakan..adakah mereka ini bersedia menyahut kempen yang ingin dibuat ini..

Kesabaran adalah merupakan kekuatan kepada perkara yang disebut diatas..tanpa benteng kebal ini, rasanya boleh menyebabkan sesuatu yang baik bertukar menjadi buruk..yang diam boleh jadi bising…yang sopan santun boleh jadi celupar..yang toleransi boleh jadi hasad..yang sabar boleh jadi amarah..

Kita tidak akan menjadi celupar, naik minyak, hilang sabar jika bercakap dengan diri sendiri atau seorang..kalau tak percaya, cuba bercakap depan cermin..apa mungkin anda akan bergaduh dengan wajah anda sendiri..porak peranda ini hanya berlaku apabila wujudnya interkasi dua mulut atau lebih..makin menjadi apabila kelantangan diselang-seli dengan kelancangan satu pihak dalam menghabur kata-katanya…ditambah pula apabila pihak yang mendengar percakapan itu memang tidak penyabar, hilang sabar atau mencabar kesabarannya..jadi, SIAPA YANG TIDAK BERBUDI BAHASA dalam hal ini..

manlukeman: aku akui benda ini..bukannya mudah..

    • fayzura
    • November 3rd, 2008

    tom,
    aku dh masukkan gmbr mak aku..heheh😀
    dh susut dah..hhehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: