AKu dan Bisik-Bisik

Dalam kemalasan aku membaca surat khabar, sempat juga membelek isi-isi yang menarik sehingga aku tertarik pada satu kenyataan yang ringkas dan padat..
Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden AS ke 44 terus menjadi perbualan hangat di seluruh dunia termasuk Malaysia..cuma Awang tidak selesa dengan analisis tertentu yang mengaitkan pemilihan warga kulit hitam pertama sebagai Presiden AS itu dengan politik Malaysia. Sudah kedengaran suapa pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.

Dalam kita megakui bahawa politik negara mempunyai banyak ruang untuk berubah, ia tidak bermakna kita harus menerima pakai senario AS.Kajilah seharaj dan budaya politik AS yang sudah merdeka lebih 232 tahun berbanding Malaysia yang baru 50 tahun..

Fahamilah juga Perlembagaan kita.

Lagipun, para pemimpin bukan Melayu masih dibelenggu politik perkauman – berbeza dengan AS..Di AS misalnya, rakyat termasuk pendatang hanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris dan satu sistem serta aliran pendidikan.

Banyak lagi relaiti yang perlu dilihat termasuk soal agama. Obama adalah seorang Kristian iaitu agama teras AS. Antara faktor beliau ‘diterima’ ialah ibunya juga, seorang kulit putih warga asal AS

Awang – Sentiasa fahami realiti.

Hairan juga bila perbandingan ini cuba dibuat..dalam kedangkalan aku berfikir, rasanya kenyataan yang cuba menyamakan situasi di sini dengan di sana tidak wajar diucapkan..lebih hairan lagi, semakin ramai yang cukup acap kali menjadikan bahan pertuturan mereka mengaitkan sentimen perkauman dalam negara ini..aku yang bodoh lagi hina ini pun tahu serba sedikit mengenai sejarah negara..malah, budak-budak sekolah khususnya peringkat menengah cukup arif dengan matapelajaran Sejarah..sebab tu dapat A..

manlukeman: Kurang gemar pada Si Kaduk Naik Junjung…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: