Aku dan Solat

Kredit to Razak Latif (razaklatif.wordpress.com)

Kredit to Razak Latif (razaklatif.wordpress.com)

Solat/Sembahyang Itu Tiang Agama..ungkapan yang biasa ditanamkan dalam setiap individu yang beragama Islam..sejak dari kecil lagi, kedengaran ustaz, utazah, pak imam, pak bilal dan mak bapak menghaburkan petikan ini..ada ke sesiapa yang tak tahu, tak pernah dengar ungkapan ini..atau sebenarnya mereka-mereka itu pekak..

Kenapa ia dikatakan tiang..tak kata dinding, tak kata bumbung, tak pula disebut lantai..sebab yang paling mudah adalah ia merupakan ASAS pembentukan individu ISLAM dengan adanya ‘tiang; ini, maka Insyallah, kukuhla pegangan Islamnya..bukan hanya terletak pada nama saja..bayangkan kalau robohnya tiang dalam rumah Minangkabau..runtuhnya tiang rumah bungalow 4 tingkat yang kat Klang..runtuhnya tiang KLCC tinggi..apa akan jadi..

Cukup intro panjuang lebar..aku sebenarnya tertarik dengan satu berita yang disiarkan di salah sebuah televisyen swasta negara ini..mengenai Solat/Sembahnyang..ada sebuah sekolah kebangsaan yang mengambil pendekatan terbaru lebih AGRESIF dalam mengajar salah satu Rukun Islam ini…dengan menunjukkan tayangan video yang menunjukkan KEMATIAN..kronologi bagaimana seseorang MUSLIM yang akan menjalani proses kematiannya sebelum 7 langkah orang ramai meninggalkan kuburnya..

29082008005

Pendekatan terbaru ini cuba menghubungkan aspek solat dengan ALAM KEMATIAN..bagaimana seseorang itu akan dihukum oleh Tuhan jika meninggalkan Solat/Sembahyang..apa yang akan yang dihadapi oleh si Peninggal Solat apabila berada dalam kubur..akan ada la Si Ular menjadi peneman manusia lalai ini..

Nak jadikan cerita, ada pula ibu bapa yang menentang keras pendekatan terbaru ini seperti yang dinyatakan dalam berita tersebut..siap ada sepasang ibu bapa yang memberi komen..kata terlalu AGRESIF..tidak sesuai untuk peringkat umur..psikologi kanak-kanak terganggu..turut menyebut berlaku perubahan pada anaknya..tapi tak sebut habis (mungkin anaknya jadi lebih kerap Solat/Sembahyang kot)..siap nak suruh siasat pihak mana yang buat video tersebut..

pusara04

Malu juga aku bila yang beri komen itu adalah individu MUSLIM..mendengung aku sebentar bila paparan berita itu keluar..sedikit demi sedikit darah aku tersirap..kenapa perkara itu berlaku..dalam dunia serba teknologi yang bergerak AGRESIF, aku lebih suka pendekatan lebih AGRESIF untuk mengajar budak zaman sekarang..aku secara terang-terangan mengatakan aku SUKA pendekatan itu..

Ini zaman..ketika umur belum mencapai belasan tahun, sudah mengenali seks bebas..mengenai video lucah, mengenali rempit, mengenali sepak terajang sesama baya, tak lupa sepak cikgu, mengenali segala benda HARAM, masih juga ada orang nak cakap pendekatan AGRESIF tidak diperlukan..rasa seperti bermimpi apabila budak ini zaman mampu dinasihat dengan LEMBUT..

“meh sini sayang mak, meh sini sayang bapak, jangan la buat begini, buat begitu..alahai bertuah punya anak”…lebih elok diajar mengenai MATI..kalau kau tak Solat/Sembahnyang, ini yang akan kau terima..manusia bila ditakutkan dengan KEMATIAN, baru nak MENGGELUMPUR..perlu diingatkan, Rukun Islam ke-3 ini adalah Tiang Agama..apabila ia tidak dapat disemai dengan baik, maka mudahlah terjerumus kepada lembah kemaksiatan yang hina..

Ye..aku tau pasti ada yang kata, ada juga orang yang Solat/Sembahyang yang buat maksiat..buat jahat..tapi jangan lupa, orang-orang ini akhirnya akan kembali kepada JALAN yang sebenarnya daripada terus membiarkan diri menjadi HAMBA SETAN..hasil daripada celiknya diri pernah mengikut jalan TUHAN..berbeza dengan orang yang langsung tidak mempunyai ‘tiang’ yang kukuh, ditakuti, dibimbangi terus-menerus membiarkan diri hanyut macam SAMPAH di Sungai Klang dan Sungai Gombak..hanya berdoa ada orang akan mengutip..

Asas PERBEZAAN yang mudah..cuba hidup dengan individu yang bersembahyang/solat dengan yang tidak melakukannya..perhatikan apa perbezaannya..

manlukeman: Aku Hamba Tuhan..

    • razaklatif
    • November 9th, 2008

    insofffffff…

    • fayzura
    • November 9th, 2008

    hmmmmm..takotnya…..
    hmmmmm bersedia menghadapi qadaq dn qadar🙂

  1. Berita malam tadi. Saya pun sentap juga bila yang membantah merupakan ibu bapa muslim. Pengajaran untuk anak-anak harus dimulakan sejak kecil.

    Mungkin juga tayangan video itu terlalu menakutkan. Seharusnya juga tayangan tersebut disertai ibu bapa, agar ibu bapa boleh memeberi penerangan yang jelas kepada anak-anak. Itupun kalau ibu bapa tersebut tahu tentang Islam dan bersedia mendidik anak agar tahu fitrah mereka sebagai manusia di muka bumi.

    Memang benar, mengingati mati dan melihat orang mati mendekatkan kita pada tuhan. Percayalah.

    • mywanfai
    • November 9th, 2008

    macam bukak laman web jakim la… hehe… insaf… insaf…

  2. Terima kasih atas ingatan yang diberikan. jangan insaf sekejap ajer, tapi insaf sehingga ke akhir hayat.

    • dila
    • November 10th, 2008

    memang budak skrg perlu diajar lebih agresif..sbb sumenye dah lebih dari agresifkalau hal lagha and duniawi..esktrim mungkin..??
    well,kalau bende lain parents nk anak die agresif, tapi kalau tang solat taknak..susahla.sedangkan nabi pun anjurkan kalau anak dah umur 7tahun taknak solat boleh dirotan..
    fenin dgn parents mcmni..

  3. ayaqhangat: sesama la kita
    fayzura: Aku tetap bersedia utk mati
    Bayan:anak ibarat Kawan..
    mywanfai: sekali-sekala, gini lah
    sahabat-gunung: sesama kita
    dila: Aku ikut Sunnah

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: