Aku dan 5 Kilometer

ne_05

 

 

Aku cuba gagahkan tangan ini untuk menulis entry ini..even pada mulanya agak keberatan..kalau tidak pasti ada episod pertama dan keduanya termasuk yang baru aku tulis ni..usah ditanya detail, kepada yang membaca surat khabar, pasti ketahuan..

Bila aku dengar je pasal story ni kelmarin, spontan aku cakap..sah pakai muka depan..budak umur 10 tahun mati kena seret kereta sejauh 5 kilometer…berderau darah aku dengar…tragik…tragis..penuh tragedi..

Kemalangan ini berlaku di depan bengkel bapanya yang juga kediaman sekeluarga..bapa hanya dengar bunyi dentuman..sedar-sedar rupanya babitkan anak sendiri..Tuhan saja yang tau perasaan ketika itu..mujur Tuhan tarik seorang saja..bukan kombo..pandai pula si adik yang sedanng kesakitan bertanyakan abangnya tidak kelihatan bersama di saat terpelanting di udara..

Remuk hati bapa bila dengar anaknya diseret oleh kereta sejauh jarak itu..tak berperikemanusiaan kata bapa malang ini menggambarkan sikap pemandu kereta itu yang hilang pertimbangan ekoran sedar kesalahan yang perlu digalas..sebagai balas ketakutannya, nyawa insan kerdil yang tidak berdosa ini jadi ganti..

Hampir rebah juga aku..seperti bapanya..melihat sekujur tubuh kecil hampir lunyai..raut wajah yang tidak dapat ditatap…bahagian kiri tubuh itu seperti dikisar mesin..mau tidaknya..5 kilometer menjadi penumpang yang tidak diundang..tidak dijemput masuk ke dalam kereta..hanya bersandar di bonet kereta..

Mengikut maklumat yang diterima, pemandu kereta itu menyedari ada ‘benda’ yang terlekat dibahagian depan bonet keretanya..tapi enggan memberhentikan kereta..seperti yang dikatakan di atas..Namun, atas hidayah Tuhan juga, akhirnya pemandu ini tampil menyerah diri untuk diberi perhitungan atas mahkamah dunia..

 

ne_04

 

Entry ini tidak berniat untuk menyalahkan pemandu itu..cuma dia sendiri perlu sedar kesalahannya sendiri..itu yang lebih hebat daripada orang terus memperkatakan insiden ini..mungkin juga ada yang menunding jari kepada mangsa serta yang terbabit ekoran menaiki motosikal secara bertiga..ada pro, ada kontra..terpulang kepada masing-masing..

Aku cuma sebagai pemberitahu yang jujur..berkongsi setiap kejadian Tuhan..buat yang hidup jadi pengukur..

    • mywanfai
    • November 16th, 2008

    bro, kenapa letak gambar arwah masa tadika… takde gambar terbaru ke?

    • tukang canang
    • November 16th, 2008

    sedih bro… kadang-kadang manusia terlalu cuai dan terlalu mementingkan diri…

  1. wanfai: itu saja gambar yg ada..
    tukang canang: biasala..nama pun manusia..

    • lala
    • October 22nd, 2010

    sape org tu?
    saye x tahu..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: