Aku dan Percanggahan

skeletal-debate

 

 

Mengapa percanggahan itu berlaku…antara pelbagai pihak yang mempunyai kuasa..yang punya akal..punyai agenda masing-masing..tak tau apa yang ditegakkan..mungkin benang yang basah..atau tiang layar bot yang memang dah patah..aku sendiri tidak faham kenapa percanggahan itu berlaku..

Yang lebih memalukan, ia turut disaksikan oleh jutaan rakyat..dibaca sesama rakyat…diheboh sana-sini..diperkatakan dalam sembang kedai kopi..bukan percanggahan biasa, tapi melibatkan sesuatu dasar yang agak penting..

Yang si cerdik hebat kata begini mengenai perkara ini..yang lebih cerdik hebat pula kata begini di zaman ia berlaku..yang si lebih cerdik ini orang semua tahu sememangnya dia punya kuasa yang mutlak ketika era pemerintahannya..berkatalah dia ketika itu ini sebenarnya berlaku..dibalas pula bukan begitu..berlaku la percanggahan yang mempunyai dua makna yang agak besar dan implikasi yang berlainan..ketahui la orang mengenai percanggahan ini..diuar-uarkan pula..dicanang sana-sini..meskipun rakyat miskin kat ceruk sana menganggap ia tidak penting selain memohon bantuan disalurkan..

Percanggahan jua berlaku antara yang baru cerdik hebat dengan yang baru nak dapat status cerdik hebat..kononnya si baru nak cerdik hebat ini, dia pejuang gender itu..bertegang uratlah, bertikam lidah la, sampai nak maki-memaki, nak tunjuk siapa lebih cerdik hebat..yang seorang pejuang dasar, yang seorang mahu dasar diubah..alih-alih aku baca surat khabar arus perdana hari ini, terkeluar kenyataan dari gender itu berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh si baru nak cerdik hebat..habis bercanggah daripada apa yang diperkatakan oleh si baru cerdik hebat..alahai..

Apabila difikir balik, percanggahan itu ibarat pentas lakonan..sesiapa bebas melakonkan watak masing-masing..cuma hanya perlu mainkan peranan jika dituntut..apabila berlakon, maka ia bukanlah watak sebenar..yang malang, orang ramai atau mudah dikenali sebagai rakyat..rasa macam tertipu saja dengan lakonan puak-puak cerdik hebat ini..macam dipermain-mainkan la pulak..atau mungkin di cerdik hebat ini menganggap percanggahan ini berlaku di atas paras lantai mereka saja..tak tau la kalau-kalau ada pula yang bangkit nak pertahankan kebodohan percanggahan yang berlaku ini..

Timbul persoalan, jadi akhirnya, kepada siapa sebenarnya kepercayaan itu boleh digantung..kepada siapa harapan itu boleh disandarkan..kepada cerdik hebat ini..dengan percanggahan yang dikira bodoh ini tercipta oleh si cerdik hebat ini..atau nak tunggu Hero yang muncul mengaku kononnya tahu apa segala yang berlaku tetapi sebenarnya mempunyai muka bertalam dua..mintak simpang la ye..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: