Aku dan Menyampah

tension

(untuk bacaan orang-orang yang open minded)

Entry ini sekali lagi ingin aku kisahkan mengenai luahan seorang taulan kepada aku mengenai kemarahannya tahap cipan terhadap manusia yang berada dalam profesion wartawan ini..aku pernah menaip luahan hatinya di dalam blog aku sebelum ini (Aku dan Byline)..dan kini penghormatan diberikan sekali lagi kepadanya..memandangkan ruang percakapannya agak terhad di samping mahu menjaga hati yang mudah terguris..

Bercerita sikit pasal kawan aku ni…dia memang suka bercakap meskipun daripada raut wajahnya sebenarnya orang boleh menganggap dia adalah pendiam..kadang-kadnag suka juga buat lawak bodoh yang boleh menyebabkan mulutnya sendiri disumbat dengan cawan kopi old school di kopitiam..bayangkan, dari pukul 9 sampai 12.30 tengahari aku dengar dia membebel..tak puas hati, tak suka, dan MENYAMPAH…

Kawan aku ni MENYAMPAH dengan WARTAWAN yang:

– marah bila orang scoop dia tapi dia scoop orang takpe…

– tak pergi asignment tapi suka, selalu sangat mintak story

– datang keje 3 kali dalam seminggu, yang selebihnya hilang entah ke mana..tapi buat macam-macam kerja.

– datang sesuatu program, suka bawak suku sakat, anak beranak, macam program tu dia yang anjur..

– berlagak macam dia kenal sangat dengan VIP tu..bajet dalam ‘mileage’ la..

– menggunakan profesion mulia ini sebagai batu loncatan itu pelbagai ‘previllages’..

– datang asignment yang penting-penting saja, kalau tak, tak sampai d2 3 minit, panas punggung nak berambus..

– tanya soalan macam bagus konon nak buat berita tuh jadi muka depan..

– nak semua orang setuju dengan pendapat dia walhal sebenarnya syok sendiri..

– yang paling MENYAMPAH, berlagak macam media dia saja orang nak tengok tiap-tiap hari..

fighting1

(risau aku kalau kaan aku gaduh macam ni)

Kalau ikutkan, panjang lagi dia membebel, tak nak la aku letak semua yang dia cakap..sikit-sikit, aku kena tapis..aku pun tak tau kenapa dia marah sangat..

  1. hahahha….ada juga yang mengena pada saya. Sebab saya baru belajar jadi wartawan. Mintak story dengan pegawai perhubungan awam. Saya tak sempat nak tulis berita sebab sibuk ambik gambar. Saya tak boleh buat dua keje la, Ambil gambar dan buat story. Aduhai…ada petua?

  2. Macam pernah dengar ja ayat-ayat nie… hehehe

  3. Bayan: yang cik Bayan buat bkn mintak stori..mintak maklumat..itu salah satu prosedur yg betul..kena dgn tempat ye..asalkan pergi asignment tu..wartawan Sinar Harian, antara yang buat 2 keje, buat story, amik gamba..
    tukang canang: bukan ayat-ayat cinta, ayat ‘dia’ la..hahahahaha..

    • mywanfai
    • November 19th, 2008

    aku pun macam pernah dengar la ayat ni… tapi di mana ya?? so, kepada reporter di luar sana, jagalah etika… jangan sampai orang memandang rendah pada kerjaya kita ni…

    p/s – gua pun reporter jugak…

    eh, ada lagi… menyampah dengan reporter yang takde keje lain asyik nak pau wakil rakyat je…. malu la sikit… story tak buat tapi mintak duit kat orang… (bukan aku yang cakap, member manlukeman yang cakap)

  4. wanfai: Ko nak tambah ker..aku ble wat entry baru…hahahahahaa..kali ini khas utk ko lak..mau????

  5. syok ke jadi wartawan ni…

    aku setuju 4 juta peratus dengan senarai kau tu man
    mmm..sebenarnya senarai tu boleh jadi 100 atau menjangkau 500.
    sejak 15 tahun jadi wartawan ni, terlalu banyak asam garam diterima.
    tapi, betul tu wanfai, memang ada yg jenis muka tak tau malu kulit biawak punya, bila nak raya ke, selamba pau yb ke (biasanya yb), siap bagitau nak berapa RM lagi, nak bayar tol la, minyak la, hotel la.
    tapi, stori yg dibuatnya, takde le gempak manapun.
    paling tidak, stori yg dia cover yb tu, tak penah pakai pun…!!!

    Pada bayan, petua nya senang saja, kita gunakan kedua-dua tangan kita, kedua-dua mata, telinga dan satukan hati ini, maka jadilah kita dapat buat kerja yang belbagai tu dalam satu masa…!!!

    • mywanfai
    • November 23rd, 2008

    wah dapat sambutan la entry ni… siapa agaknya yang punya idea ni… hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: