Aku dan Tiaga Rajan

FUTSAL

(Adakah bola bahasa perpaduan)

Seberum aku tiba-tiba saja teringat pada seorang sahabat lama yang di kampung halaman, Hulu Langat..seorang pemuda (dulu budak) India yang bernama TIAGA RAJAN..cukup mesra dipanggil TEGA..atau dalam bahasa Inggerisnya TIGER...dalam 2, 3 minggu aku asyik terfikir pasal mamat ni..bukan sebab aku gay..cuma hati terkenang kisah lama yang mahu diungkitkan semula..seperti orang zaman ini suka buat..

Tega dua tahun muda daripada aku..orangnya tinggi..agak handsome..perangai seperti anak muda yang lain..gila-gila remaja (ketika itu)..Tega bersama dengan aku sejak zaman persekolahan lagi bermula dari sekolah rendah hingga aku sendiri meninggalkan alam persekolahan sementara dia masih lagi berlumba untuk mengejar apa yang dicita..aku menjadi rapatnya dengan berpunca daripada satu akar.. BOLA SEPAK..

Aku selalu bermain bola sepak dengan Tega di sekolah mahupun di tempat lain bersama-sama rakan lain satu ketika..di zaman sekolah rendah dan menengah..peringkat daerah dan negeri..Kelebihan Tega yang tinggi lampai dengan larian pantas (macam Tiger) serta mempunyai stamina yang tinggi membuatkan dia sering terpilih menyertai pasukan bola sepak ketika itu..seingat aku kali terakhir aku bermain dengan Tega adalah pada sekitar 2003-2004 ketika menyertai sesi pemilihan pasukan KL Hawk (KL Reserve League)..cuma sayang, dia tidak terpilih..

Tempat aku, Hulu Langat banyak dibanjiri oleh suku-sakat Minang yang telah berkampung lama sejak turun temurun disitu.maka, bahasa perantaraan adalah bahasa Minang..campur Negeri Sembilan sikit-sikit..yang guna pakai bahasa ini adalah Tega dan sekeluarga..lebih hairan lagi, bahasa ini juga menjadi bahasa perbualannya di rumah yang aku pernah saksikan sendiri..lebih menakjubkan lagi, Tega tidak pandai menggunakan bahasa ibundanya malah lebih mesra bergaul dengan dengan orang seperti aku..bapa Tega cukup orang kenal dengan rajinnya melakukan kerja-kerja kampung..orang Surau sendiri kadang-kadang jemput dia makan sekali..boleh pergi Hulu Langat, tanyakan sendiri perkara ini kepada sesiapa jika aku sekadar propa..

Lebih menggelikan hati, adik aku pun dia nak ngorat…boleh tahan mamat Tega ni..

Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Tega..aku pun tak tahu apa yang dibuatnya sekarang..aku menjangkakan tega tetap mengejar cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak, bermain dalam kancah profesional..aku seperti mahu berjumpa dengannya..bercakap dalam dialek yg aku cukup rindu..aku nak tengok bagaimana tega sekarang..

Adakah dia masih seperti dulu..ATAU..sudah menjadi Kaduk Naik Junjung..ATAU..Kacang Lupakan Kulit..

    • Tega
    • December 4th, 2008

    wei.. aku ni tega.. cerita pasal aku? famous aku wei!!! hahahaha ape cite ko skang? hahah.. terkojut den dongar cito den… hahahaha e-mail no. tel ko kat aku..

  1. aik..camne ko ble tau citer ko ade kt cni..heran aku..

    • tega
    • December 5th, 2008

    aku saje2 search dalam google name aku.. tibe2 lak jumpa cerita pasal aku.. =) haha famous aku wei… ape cite ko skang?

    • mywanfai
    • December 7th, 2008

    nampaknya internet sekali lagi menemukan dua sahabat yg terpisah sekian lama…. teringat zaman dapat awek melalui internet dulu… hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: