Aku dan Pantai Kuala Pak Amat

Jepun Darat

Bagi sesiapa yang meminati sejarah, pasti nama Pantai Kuala Pak Amat, Kota Bharu, Kelantan bukan asing bagi mereka.. di sinilah antara destinasi pendaratan pertama askar Jepun (selain Pantai Sabak dan Badang) ketika menyerang Tanah Melayu..dengan kekuatan anggota seramai 5,200 orang, gerombolan serangan yang diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pemerintah IJN Awagisan Maru meneruskan agenda Maharaja.

Ketika aku memulakan tugasan di ibu negeri Kelantan setahun yang lalu, Pantai Kuala Pak Amat antara persinggahan pertama aku..diarahkan oleh bos aku untuk mengikuti rombongan Tourism Kelantan, mereka membawa aku bersama ahli rombongan yang lain meninjau kawasan yang penuh bersejarah ini..sesampainya aku ke Pantai Kuala Pak Amat, satu saja yang aku nampak, bukan askar Jepun, bukan meriam Jepun, bukan kubu pertahanan Jepun mahupun hantu askar Jepun..yang jelas lagi bersuluh, Hakisan Pantai sedang berlaku di sini..

Ikut kata penduduk, yang aku nampak ketika itu adalah barah yang sedang merebak..perlahan-lahan ombak kuat menghempas pantai, membaham daratan sedikit demi sedikit membuatkan lautan di situ menjadi lebih luas..bayangkan, kata penduduk, daratan seluas kira-kira 3 kilometer sudah menjadi lautan..4 baris pokok kelapa sudah rebah ke dalam lautan..ketiadaan benteng pemecah ombak di sini menjadi fenomena alam itu menjadi lebih serius..jadi, benteng itu diperlukan kira-kira 200 orang penduduk yang tinggal berdekatan dengan pantai tersebut…

Jepun Darat

Kuala Pak Amat menjadi lebih dekat dengan aku..hampir setiap minggu, aku cuba bertapa di sini pada waktu petang atau malam, melihat perubahan rupa wajah semulajadi pantai ini..sambil juga menunggu jika ada pihak berwajib sudah memulakan pembinaan benteng harapan penduduk..namun, janji itu hanya tinggal janji..aku sendiri lihat, Pantai Sabak yang turut mengalami nasib yang sama, sudah dibina benteng pemecah ombak tetapi tidak di Pantai Kuala Pak Amat..

3 hari yang lalu, aku kembali lagi ke Kuala Pak Amat..nak tinjau kawasan ini sebab musim tengkujuh hampir tiba..nampak cukup berbeza ketika aku singgah di sini pada penghujung Ramadhan lalu..aku sendiri terkejut..lautan menjadi semakin dekat..dekat pula dengan sebuah tugu peringatan yang dibina bagi menandakan kawasan itu bersejarah..pelik juga, benteng tidak dibuat sebaliknya tugu pula dibina..takut tugu ini bakal menerima nasib yang sama seperti sebuah tugu dahulu yang rebah bersama pokok kelapa akibat hakisan..

klt_laut002

Terbaru kata penduduk, ombak kuat dengan ketinggian 3 meter menghempas sehingga memasuki rumah mereka..aku dapat lihat kesan air pada dinding-dinding rumah di situ..ada benar kata penduduk ini yang nampak ketakutan..mereka bakal kehilangan tanah yang bergeran kepada alam..aku sememanhnya menunggu saat itu untuk dirakamkan..baru pasti cerita aku dibenarkan terbit lagi..

Aku sempat berborak dengan seorang pengusaha chalet di situ..ada kenyataannya yang diluahnya ku kira cukup menarik..Kita pernah bersedih akibat kehilangan Batu Putih kepada Singapura tetapi tanpa kita sedar, saban tahun sedikit demi sedikit tanah kita hilang ekoran masalah hakisan ombak ini..tidak tahu mana silapnya kenapa benteng tersebut masih tidak dibina..apa yang pasti, ketiadaan bajet merupakan alasan yang kerap kita dengar..sebagai rakyat, mahu tidak mahu, alasan ini perlu diterima biar hakikatnya masing-masing ketahuan..

  1. alamak bro, dah macam karam singh pun agak nie, hehehe

  2. hehee..tang citer2 cmni, mmg gua minat..

  3. terbaik bro! nih kampung halaman aku.. aku tumpang bersedih..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: