Aku dan Kongsi

e9e9b847c3

(aku lebih risau kalau solat aku jadi tak khusyuk)

MELBOURNE, 23 Nov (Bernama) — Mufti Australia Sheikh Fehmi Maji el-Imam mahu menghentikan amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita semasa menunaikan solat di masjid bagi memenuhi tuntutan kaum wanita yang menyifatkan perbuatan itu sebagai diskriminasi terhadap mereka , lapor akhbar The Age.

Sheikh Fehmi berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu pada mesyuarat Majlis Imam Kebangsaan Australia akan datang dan meminta mesyuarat itu menimbangkan bagaimana wanita dapat berkongsi bilik dengan lelaki semasa menunaikan solat.

Di kebanyakan masjid di Australia sekarang, semua jemaah menunaikan solat di bilik yang sama, dengan kaum lelaki berada di saf depan, diikuti kanak-kanak dan wanita di saf belakang.

Sheikh Fehmi berkata beliau berpendapat amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita yang diperkenalkan sejak lama dulu, dibuat atas dasar budaya, bukan kerana tuntutan agama.

“Tugas saya hanya untuk membuat cadangan, membincangkan dan cuba meyakinkan. Saya tak boleh jamin hasilnya,” kata beliau dalam temubual eksklusif dengan akhbar itu.

Sheikh Fehmi mempertahankan cadangannya itu dengan alasan bahawa semasa zaman Nabi Muhammad (s.a.w.) 1400 tahun dulu, jemaah lelaki dan wanita tidak diasingkan semasa mengerjakan solat.

Pada satu persidangan di Pusat Kecemerlangan Kebangsaan Dalam Pengajian Islam di sini Khamis lepas, seorang pensyarah dari Sydney Jamila Hussain berkata kaum wanita mendapati kemudahan yang disediakan di sesetengah masjid “menghina” dan melayan wanita Islam sebagai warga kelas kedua.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa semalam, Jamila menyambut baik ikrar Sheikh Fehmi untuk cuba menghentikan amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita semasa mengerjakan solat.

Naib presiden Majlis Islam Victoria Sherene Hassan pula memberitahu akhbar berkenaan bahawa rancangan Sheikh Fehmi itu merupakan satu inisiatif yang baik dan sejajar dengan ajaran Islam yang sebenar.

Beberapa wanita Islam yang menghadiri persidangan itu juga bercakap tentang diskriminasi dan layanan buruk yang dialami oleh rakan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Turut diperkatakan ialah tentang laporan Majlis Kebajikan Wanita Islam mengenai perbuatan sesetengah imam yang tidak mempedulikan kes keganasan rumah tangga, perbuatan suami merogol isteri, penipuan wang kebajikan dan penindasan terhadap wanita.

Walaupun mengaku perkara itu memang berlaku, Sheikh Fehmi, yang juga setiausaha Majlis Imam Victoria, berkata sebagai manusia biasa, imam juga terdedah kepada melakukan kesilapan, tetapi sekiranya ada imam yang berbuat demikian, ia tidak bererti semua imam bersifat begitu.

Mengenai layanan yang diberi kepada wanita Islam, Jamila, yang membuat kajian tentang masjid di Sydney, dilaporkan berkata bahawa di sesetengah tempat, wanita terpaksa menunaikan solat di bawah terik matahari, sedangkan lelaki menikmati keselesaan bersembahyang di tempat berhawa dingin.

Katanya ada juga tempat di mana wanita terpaksa memunaikan solat di celah dapur atau di dalam khemah yang terdedah kepada pemerhatian pengunjung pub yang terletak di seberang jalan raya.

Pengerusi Majlis Kebajikan Wanita Islam Tasneem Chopra pula berkata respons yang diberi oleh Sheikh Fehmi dalam perkara itu meyakinkan beliau bahawa wanita akan menikmati keadaan yang lebih baik bagi menunaikan solat pada masa akan datang.

— BERNAMA

manlukeman: aku pun tak tahu benda ni..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: