Aku, MLM dan Pelaburan

swisscash

Masa aku study di sebuah universiti awam di selatan tanahair, aku mengambil jurusan Ijazah Pengurusan (Teknologi)..pengkhususan kepada Kewangan..kononnya selepas aku tamat, bercita-cita nak bekerja di ‘line’ yang berkaitan dengan kewangan berbekal dengan latar belakang ni..cabuk la aku ni, akhirnya rezeki dibidang sekarang..apa-apa pun aku tetap syukur..

Aku minat dengan kewangan ni, ikut mula-mula dulu ada cita-cita nak jadi akautan tapi tidak kesampaian juga..tapi bila duk cerita pasal benda-benda yang berkaitan dengan hal kewangan, aku taula nak rancakkan borak-borak itu..

Kebetulan, (ayat macam biasa), aku dapat peluang membuat liputan pendakwaan mahkamah mengenai beberapa individu daripada syarikat tertentu dituduh melakukan kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan  1989 (Akta 372). Mereka-mereka yang melakukan kesalahan ini akan didakwa mengikut Seksyen 106(1) akta  yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1) akta  tersebut yang sabit kesalahan boleh didenda RM10 juta atau  penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

diringkaskan, mereka ini menerima wang secara haram..sebab ye takde lesen

Aku berpeluang untuk berborak dengan seorang Umat A yang bekerja di tempat yang menjadi igauan kepada aku untuk bekerja bersama dengannya..lalu aku tanyakan beberapa benda yang bersarang dalam kepala sejak sekian lama..aku cukup tertarik dengan Multi Level Marketing (MLM) dan Skim Pelaburan Internet atau yang sama waktu dengannya yang bermacam-macam dan popular sekarang..sedikit demi sedikit pengetahuan mengenai dua-dua benda ini aku kumpul sejak aku bekerja dalam bidang ini.

Bukan apa, sebagai ‘pendinding diri’ apabila berdepan dengan fanatik-fanatik terhadap dua benda ni..aku ingat lagi, sebab berita yang dikeluarkan oleh kawan sebumbung mengenai MLM yang dikatakan tak betul caranya, aku pula kena berdepan dengan puak-puak yang terbabit..bukan main-main yang datang tu..salah seorang daripadanya seorang yang cukup di kenali ramai melalui wajahnya yang sering terpampang dalam bidang pengacaraan ketika itu..jenuh juga aku nak mempertahankan apa yang kawan aku tulis walaupun ketika itu aku kurang pengetahuan mengenainya..berkat pertolongan Tuhan, berjaya juga aku melembutkan hati puak-puak itu dengan mereka sendiri mengaku ada silapnya..

Hasil borak-borak aku dengan Umat A bertambah juga sedikit pengetahuan aku mengenai dua benda ni..tau mana hala tuju apabila keadaan yang memerlukan aku bercakap mengenai benda ni..terima kasih juga kepada dua orang bos aku di KL dulu kerana banyak beri idea dan pandang mengenai benda ni..

Sedikit aku berkongsi mengenai benda ni..sama ada MLM atau pelaburan internet atau apa-apa yang sama waktu dengannya..Bercakap sebagai Muslim, hal ini kita perlu tau yang mana mengikut saluran agama..sama ada hasilnya halal atau haram..ini perkara pokok…jangan kelabu mata, asal untung ada, duit dapat, hasil lumayan, ada lesen, syarikat berdaftar, ada produk, dah terkenal, satu Malaya dah tahu, ada kelulusan pihak itu dan pihak ini, langsung nak percaya..rujuk dengan sebaiknya..fikir molek-molek..tiada jalan mudah untuk senang..percayalah, pasti ada ‘bengkok’ dalam setiap operasi dua benda ni..ada ke sesiapa nak sara keluarga sepanjang hidup dengan hasil haram..

Aku tak mampu nak hurai panjang..selebihnya tepuk dada sendiri…

Satu saja yang perlu disimpan dalam kepala dan disemat di hati, rezeki takkan datang bergolek..Rasulullah sendiri jadi pedagang, berniaga..sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Auf masa nak mula berniaga pun, minta kapak daripada saudara muslim Ansar untuk belah kayu dipasar...bermula dengan itu, Abdul Rahman menjadi hartawan Islam…kawan aku, Isma pun bersetuju dengan kenyataan ini..

Jadi semua, beringatlah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: