Aku dan Pasca Bayar

img_7535

Setelah hampir 8 tahun aku berkecimpung dalam dunia telekomunikasi (pakai HPla) dengan menggunakan perkhidmatan prabayar (prepaid), semalam aku gatal tiba-tiba nak bertukar tajuk..pasca-bayar..orang kampung panggil, pakai bil..kalau ikutkan, aku takut sebenarnya nak pakai bil ni, ada sila-silap terlebih pakai..inilah yang cukup aku gerun berdasarkan pengalaman yang aku ‘tumpang’ pada kawan-kawan sepengajian dulu..

Mengikut sejarah, aku mula memakai HP selepas masuk semester ke-2 di Matrikulasi Londang, Melaka..walhal, ikutkan peraturan, memang aku tak boleh bawak…muhahahaha..rules are meant to be broken..orang tua aku beli, persetankan semuanya..asalkan, aku tak salah guna..Nokia 3210, jenama HP yang menjadi kegilaan ketika itu, ditangan aku..dengan dilengkapi talian Celcom prepaid ketika itu..tentu ada yang ingat masa tu Celcom sediakan dua kad top up..satu untuk Airtime, satu lagi untuk Access Time..aku guna Celcom sampai aku masuk universiti..kopak juga PTPTN aku masa guna talian ni..

Selepas terasa kopak, aku bertukar kepada Hotlink prepaid..jiwa orang muda ketika zaman itu..jimat juga aku rasa sebab hanya beli satu kad top up saja, dapat dua..airtime dengan access time..tapi zaman tu, nilai top up yang ada RM60, untuk 3 bulan (kalau tak silap)..hehehe..ada yang tanya, cukup ke 3 bulan aku guna nilai top up tuh..jujur aku katakan, yang tak cukup tu, biasa..

Ketika ini, sudah ada rakan-rakan yang memberanikan diri menggunakan Pasca-Bayar..dengan pelbagai promosi menarik ketika itu, berlumba-lumba  orang nak pakai benda alah ni..aku..tak berminat sangat..nak jadikan cerita, bil yang diterima oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan ini mececah ribuan ringgit..amik ko..langsung terus aku jadi takut nak pakai bil..

cuma aku salute ada sorang member serumah aku, Zul Zaariman Musbahudin, yang tetap steady dalam ngadap benda-benda ni..dia pun pakai bil tapi tak angkanya tidak ‘semewah’ orang-orang lain yang terkena penangan bil..siap HP dia jadi public phone kepada kawan-kawan aku serumah untuk bergayut ketika itu..hehehe..termasuk aku..pakai saja, kata dia..yang penting, cukup bulan, bil sampai, bayar..

Masa aku mula-mula kerja dulu masih juga aku guna prepaid.aku bercinta pun guna khidmat menatang ni..cuma, banyak kali la top up ye…sehingga semalam, akhirnya aku bertukar secara rasmi kepada pasca bayar..lama juga aku fikir..8 tahun beb..aku pun tak tau kenapa tertarik dengan pelan baru..nak kata kadar panggilan murah, selama ni pun aku tau pasal benda ni..cuma tak penah nak amik port sangat..yang aku tau, asalkan talian aku pakai boleh buat call, tu saja..

img_7537

Nama pelan yang aku pilih Value Plus 50..kata dikertas itu, Jika anda suka cakap sikit, pilhlah Value Puls 50 dan hanya bayar sikit…tunggu bulan depan, aku nak tengok bil..harap-harap takdela melambung sangat..

  1. Tahniah bro atas ‘penghijrahan’ dari prepaid ke post paid. Pada saya, memang post paid lebih murah berbanding prepaid, cuma kena pandai controllah.

    Cuma saya lebih suka celcom sebab lebih murah… tapi bukanlah promosi Celcom plak. hehehehe

  2. hehehe..aku pn rase nk pakai celcom..tp awek maxis approach aritu comel sgt..muahahahahan..

    • fayzura
    • November 25th, 2008

    bro…
    celcom lar bro…
    ahakssss….cam aku🙂

    • mywanfai
    • November 25th, 2008

    aku akan setia dengan digi sampai bila2…

  3. nani: smpai masa, aku tuka celcom lak..
    wanfai: yela, ko ape2 pn setia..ring tone setahn lalu pn ko pkai lg..muahahahaha

  4. Telefon genggam ‘post-paid’ ini menguji nafsu dan kebijaksanaan kita. Saya menggunakan ‘post-paid’ hampir setahun. Bulan pertama memang banyak sikit. bulan kedua berkurang. Begitu juga bulan seterusnya. Yang penting kita belajar daripada bil pertama. Tampal kat dinding. Bila tengok bil itu, kita akan cuba kawal penggunaan telefon. Mudah kan?

    Semoga encik berjaya menguasai dan mengawal teknologi itu. Jangan biarkan ‘ia’ menguasai dan menyusahkan kita.

    • mywanfai
    • November 27th, 2008

    apasal dah dua hari blog cabok ni tak diupdate!

  5. wanfai: ko ni bile aku rajin, ko bising..bila aku malas, pn ko bising..aku off la semlm..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: