Aku dan Duit (Wang)

kkb_duit002

Ada yang panggil ringgit, Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht, Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit, Bikin orang belit

Duit! Duit!, Di mana kau duit
Duit! Duit!, Hutangku membukit

Ada yang benci duit, Ada yang cinta duit (bikin perut buncit)
Skandal sana sini, Punca juga duit
Cari duit halal, Agar jangan kesal

Duit!, Duit beli duit
Duit!, Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata, Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah, Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit, Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit, Nanti musnah diri sendiri (M.Nasir – Duit)

manlukeman: seingat aku lagu ni dah lama dicipta, popular tapi tak ingat tahun bila..mungkin 80-an kot..maknanya ketika itu, sudah heboh mengatakan mengenai penangan duit..itu zaman aku pun belum lahir..zaman la ni pulak, mungkin orang dah naik jelak bercerita pasal benda yang berkaitan dengan duit..macam tiada kesudahan..

aku ada baca satu entry di blog Tun Dr. M yang bertajuk Rasuah dan Keazaman Politik..tersengih macam kerang busuk aku depan PC (tapi ni memang peel azali aku)..mungkin aku terlalu muda untuk memperkatakan sesuatu pasal benda-benda rasuah dalam politik ini..

aku sebenarnya tak suka politik..tapi aku boleh berborak, mendengar dan melontarkan idea apabila berbicara topik politik ini..cuma yang pasti, aku bukan ORANG PARTI, aku adalah ORANG INDIVIDU

Cuma sedikit yang ingin dikongsikan..sejak dari 1990 (Darjah 2), 1995 (Tingkatan 1), 1999 (Tingkatan 5), aku pernah menjadi jentera penggerak pilihan raya umum.untuk dua parti yang berbeza..aku buat sekadar mengisi masa lapang..mengikut kawan..meskipun masih muda, ada pengalaman yang aku kutip dari apa yang aku buat ketika itu..ditambah pula dengan kerja yang aku buat sekarang, ada juga isi-isi yang aku dapat..seronok juga..duduk bercampur gaul dengan orang dalam dua keadaan yang berbeza..

masa 1990, 1995, berbasikal aku dengan rakan-rakan lain pergi ke kawasan ‘sasaran’…membawa sesuatu yang ‘penting‘…aku juga dapat sesuatu yang penting itu…kali terakhir aku buat benda ni, 1999, ketika ini aku sudah bermotosikal..cuma banyak menghabiskan masa duduk di ‘cawangan’..aku pula merangka strategi..strategi penting tanpa sesuatu yang penting..sepatutnya orang baya aku ketika itu sibuk mentelaah buku sebab sedang hadap peperiksaan penting (SPM), tapi aku slumber saja buat sibuk hadap benda ni (nasib baik ayah aku tak marah, nasib baik result aku tak teruk sangat, boleh belajar sampai U)…

tapi semua yang aku dapat itu bukan menjadi lesen untuk aku memperkatakan sesuatu mengenainya dengan secara sesuka hati..aku lebih suka bersederhana..diam…melainkan situasi terpaksa, maka akan ku jadi lebih ‘outspoken’

Dalam berkaitan dengan duit ni, semua manusia sama…cuma ada yang yang boleh dikategori sederhana atau terlebih..bak kata ayah aku, kalau puak tu, semua nak makan, kiri kanan depan belakang tapi puak ni pun ada makan jugak cuma takda la banyak..

Aku pulak tambah…ada kuasa, macam-macam boleh buat..

Sehingga kini, aku masih lagi mengumpul pengalaman mengenai benda ini..aku cukup suka mengumpul..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: