Archive for December, 2008

Aku dan P.Ramlee

ramlee3

Saja aku nak masukkan gambar seniman agung ini di blog aku..kebetulan ada terbaca artikel mengenainya di Kosmo!…dalam banyak artis, dia saja yang aku minat gila..sesiapa boleh gelar aku fanatik jika berkata mengenai dirinya..biarpun aku hanya mengenalinya melalui lagu dan filemnya…

Malas aku nak cerita pasal dia sebab dah ramai sangat yang tahu..banyak sangat dah dengar cerita pasal dia..

Kenapa aku tak handsome macam dia..hehehhee..gurau…

Aku dan Diana Danielle

diana

Kalau dia ni jadi awek aku, amacam..ada gaya..muahaha..mula intro dengan lawak..

Lagi perihal selebriti yang menjadi topik perbualan..kalau dia bukan artis, maka tak keluar la cerita pasal..maka, kalau keluar juga, silap-silap, tak laku paper..

Bercakap benda yang subjektif ini, memang sukar untuk dijelaskan..melihat kepada berita yang ditulis oleh wartawan, maka memang alasan yang tercipta itu boleh diterima akal..

Namun begitu, apa yang lebih menarik adalah kita tunggu babak yang seterusnya..kalau diikutkan, Diana hanya ditangguhkan menyertai PLKN, bukan dikecualikan terus..

Maka, sesiapa yang di KL tuh, nak merasa berita keluar muka depan, rajin-rajin la buat follow upĀ  mengenai berita ini selepas 22 Januari atau bila kumpulan 2 siri 6/2009 akan bermula..kita tengok apa pula nak dikatakan nanti, apa pula nak jadi..

Jangan lupa Syeh..ini follow up, confirm front page kalau dapat..

Aku dan Pedajal II

Babak yang seterusnya…

Heboh juga mengenai isu blog adibahahmad.blogspot.com ini..heboh sampai keluar TV3, keluar juga di Harian Metro..blog yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal sangat berani menghina Islam atau lebih tepat junjungan besar, Nabi Muhammad melalui entry-entry bergambar..

Klimaks ‘drama’ ini berakhir dengan tiba-tiba pagi ni, aku cuba nak buka balik blog ini, tau apa yang keluar…

Lu fikirlah sendiri (bak kata Nabil)

blog

aku juga ada baca mengenai blog ini di http://perisik-rakyat.com/, ulasan mengenai isu blog panas ini yang secara ‘segera’ menaikkan nama minah yang yang bersalah ini mengalahkan artis..nak baca lebih lanjut, boleh klik saja di link yang ada..

Elok juga di ‘removed’ akan blog yang boleh aku kategori bodoh tak berkiblat..haru biru dibuatnya..aku baca komen yang ada semalam, bersepah minah celup ni kena maki free.mujur orang sekarang dah cerdik pandai..

Aku dan Pedajal

Makin jadi-jadi hingus aku dihidung dek membaca satu blog ini..terkejut aku..biar betul..apa ke benda sebenarnya minah ni nak sampaikan..lama juga aku duduk mendengu berfikir..habis emua entry dia aku buka..termasuk komen-komen yang dihantar oleh orang yang mengunjungi blog dia..

Lebih hebat lagi..dia ada siap tinggal nombor telefon di blog nya..siap gambar..nak cerita pasal entry dia, tak tau aku nak cakap macam mana, better pergi sendiri tengok..

gilo

http://adibahahmad.blogspot.com

Sibuk-sibuk aku baca komen, ada satu komen itu yang tertulis..alamak, tak sempat aku nak paste di sini..sebab baru aku tengok kejap tadi, dah hilang komen tu..hairan..rapi bunyi ye lebih kurang begini.

– minah ni dah kene pedajal..

untuk lebih lanjut , http://perisik-rakyat.com/2008/12/update-adibah-di-sabotaj-malaysiakini.html atau http://perisik-rakyat.com

hairan juga aku..sempat aku letak komen, tapi tak pula diluluskan..cuma memberi salam perkenalan…dalam zaman teknologi ini, macam-macam benda orang boleh buat..nak pedajal kan orang pun boleh..

sebab apa orang-orang ini nak buat macam ni..aku jadi hairan..aku cuba tahan gelodak darah muda aku untuk bercakap dengan waras..aku ingat dia ada nak sampaikan sesuatu..tetapi ia tidak kena cara, malah aku melihat ia cenderung untuk menghina agama Islam, agama yang aku anuti..

Aku mahu tengok babak yang seterusnya..

Aku dan Apa Kejadahnya

Maaf la ye Wan K..aku pinjam trade mark kau..

Apa kejadah la manusia yang popular dengan panggilan jutawan segera ada lagi nak menipu orang..tak pernah serik..mudah saja kau menipu orang ramai..senang saja kau nak ambil duit orang..kalau tak takut kena tangkap dengan pihak berkuasa, takutlah sikit dengan hukum Tuham..ha, kan dah kena tangkap, kata kaya, nak bayar ikat jamin pun tak boleh..Tuhan dah bayarkan ‘cash’ untuk kau..apa kejadah la umat-umat sekarang suka sangat nak buat benda tak senonoh nih..

ne_01_1

Apa kejadah la orang yang bertopeng dengan panggilan ‘Haji’ ni sampai berani nak tipu duit orang untuk pergi Mekah..berani betul ‘Pak Haji’ ni nak kelentong orang untuk buat ibadat..apa kejadah la kau nak tipu orang sampai macam ni sekali..ingat makan duit halal ke..ingat dunia ni besar ke kau nak lari..ingat duit tu boleh beratkan timbangan di Neraca Al-Mizan ke..

ne_03_1

Apa kejadahla umat-umat macam ni..mudah saja nak tipu duit orang..kasihan juga pada orang yang mudah termakan dengan cakap-cakap auta umat-umat penipu ni..

Aku dan Pertanyaan

Kaabah

Suka sangat aku ajukan pertanyaan-pertanyaan sebegini apabila heboh yang memperkatakan mengenai Islam:

– Islam ini datang dari siapa ?

– Siapa yang cipta Islam ini”

– Hukum-hakam dalam Islam ini siapa yang cipta?

– Kepada siapa Islam ini dibawa?

– Islam ini untuk siapa?

– Apa guna Islam ini ada?

– Apa kebaikan datangnya Islam?

– Apa bukti Islam ini bagus?

– Orang lain tak boleh terima Islam ke?

– Islam ini dicipta secara suka-suka ke?

ada banyak lagi soalan yang sering aku tanya..tapi last but not least..

Siapa aku, engkau, mereka, atau anda semua untuk memperkatakan apa yang terkandung dalam Islam dengan kedangkalan ilmu didada..

Adakah disebabkan engkau berselindung dengan nama Islam, jadi engkau boleh memperkatakan dengan sesuka hati?

Bagaimana pula dengan engkau yang langsung tidak berlandas Islam, mengapa lebih taksub pula memperkatakan sesuatu mengenai agama ini?

Kawan..suruhan Solat itu datang dari siapa? Manusia sendiri ke? Ustaz-ustaz ke? Pak Imam ke? Tok Siak ke? Mufti-mufti ke?

Kawan..hukum murtad (yang ingkar kembali pada Islam setelah dinasihat tiga kali ) dilawan dengan bunuh, siapa yang cipta? si tukang gantung ke? si algojo ke? si tukang jatuh hukum ke?

Kawan..di mana bumi engkau berpijak, di mana langit engkau junjung?

Kawan..kalau engkau rasa orang yang berpaksi Islam..atau yang cenderung engkau katakan bertopeng Islam itu salah, aku yang cabuk ini ada satu idea untuk kita ajar orang itu..

Kawan, mari sama-sama kita doakan orang-orang itu mati dalam kesesatan..mahu engkau aminkan doakan aku ini?Berani engkau bersama-sama aku untuk melakukannya?

Aku, Persamaan dan Perbezaan

Lama dah aku perhatikan benda ni..hari ni saja nak masuk entry nih..mana tau kot ada yang sama perasan..

Dua team bola sepak yang mempunyai persamaan dan perbezaan seperti langit dan bumi..

Logo Hull CIty

Logo Hull City

jersi002

Logo Team Malaysia

Nampak persamaan bukan..ada lagi persamaannya..

Jersi Malaysia

Jersi Malaysia

Jersi Hull City

Jersi Hull City

Hampir sama bukan..

Bercakap tentang perbezaan pula..perlukah aku memperjelaskannya secara terperinci..aku beranggapan bagi penggemar bola sepak atau yang hanya tau serba sedikit mengenai dunia permainan nombor satu dunia ini pasti dapat menjangka apa perbezaannya..

Biarlah orang nak kata apa, aku cuma sekadar hanya berkongsi apa yang mata ini lihat..