Aku dan Hukum

question_mark3

Lama aku tak merepek..jadi, nak jadi balik peel aku nih..mungkin berpunca daripada tidak ketahuan apa yang ingin ditulis..langsung menjadi apa-apa sebagai sasaran..

aku berpegang pada hukum..jangan kau persoalkan hukum..siapa engkau yang mahu berdalih mengenai hukum..yang putih, itu putih..hitam itu hitam..yang benar tetap benar..salah tetap salah..Tidak suka akan diri ini apabila ada umat manusia yang cuba mempermainkan, mempersendakan, memperlekehkan, apa-apa lagi yang ‘mem’ mengenai hukum agama..

Empat hari yang lepas, ketika aku pulang daripada pejabat, perjalanan aku ditemani oleh radio yang ditala kepada frekuensi 105.10..HotFM..segmen petang-petang tu..macam mana hari anda, hangat atau tidak..ada seorang pendengar yang menghubungi DJ bertugas ketika itu..kata pendengar itu, hangat harinya..lalu DJ itu bertanya apakah sebabnya..

Saya cukup seronok sebab berpeluang jumpa bakal MADU..terkejut DJ bila dengar ayat itu terpacul dari mulut pendengar yang juga wanita jantinanya..yang aku pulak, tersembul asap rokok yang sedang bergelumang dalam mulut..diselang seli dengan batuk yang berdekah-dekuh..dalam suasana hujan lebat ketika itu, aku cuba menguatkan suara untuk menangkap percakapan wanita itu..

“Saya tak sangka MADU saya adalah kawan baik sendiri..cukup seronok dapat berjumpa dengan dia..saya dengan dia berbual panjang sampai lupa suami yang bakal dikongsi turut ada bersama”…tanya macam mana boleh izinkan suami kahwin satu lagi..”Saya ada sakit yang sukar sembuh..saya tak bolehkan lahirkan zuriat,,jadi saya rasa tak salah kalau benarkan suami berkahwin lagi (bermadu) untuk mendapatkan zuriat..saya tak tahu bakal MADU saya rupa-rupanya kawan baik saya..lepas tau, saya percaya MADU saya akan jaga suami saya dengan baik”..

DJ itu membalas dengan penghormatan kepada pendengar tersebut..susah nak jumpa wanita seperti dia..

Seperti biasa, kepala aku terus berputar untuk berfikir mengenai apa yang Tuhan perdengarkan kepada umatnya yang lemah ini…

Selalu aku dengar ada umat-umat manusia yang cuba untuk mempersoalkan hukum Tuhan..tidak secara terang-terang, cuba dengan berselindung..malah ada hukum yang sudah terang lagi bersuluh, juga turut jadi bahan percanggahan..kadang-kadang aku terfikir, apa sebenarnya umat-umat ini cuba ditegakkan..

Seperti yang di atas itu, poligami..yang biasa kita dengar, KAMI MENENTANG POLIGAMI..KAMI BENCI POLIGAMI..KAMI TIDAK SUKA POLIGAMI..KAMI ANTI POLIGAMI….

pernah tak dengar, KAMI MENENTANG ORANG YANG AMALKAN POLIGAMI YANG SALAH..KAMI BENCI ORANG YANG BERPOLIGAMI SEBAB NAK SEKS SAJA..KAMI ANTI ORANG YANG BERPOLIGAMI SEBAB KEPENTINGAN DIRI SENDIRI..atau apa-apa saja yang berkaitan dengan INDIVIDU yang mengamalkan POLIGAMI tidak seperti yang dituntut dalam hukum..hakikatnya, mereka tidak suka akan INDIVIDU itu tapi menentang sepenuhnya apa yang telah termaktub dalam hukum..

banyak contoh yang aku nak masukkan..ada umat-umat yang merosakkan hukuman agama yang sememangnya sudah tersurat..ada pula juga umat-umat yang tidak faham hakikat hukum agama yang cuba disampaikan oleh alim ulamak…

Hukum tidak pernah silap..yang sudah termaktub itu adalah hakiki..yang silap ada si empunya badan yang ‘membawa’ hukum..ditambah dengan penafsir hukum yang berlagak pandai..inilah yang selalu terjadi..

  1. Harap entri ini tidak terinspirasi dengan adanya entri saya tentang alasan poligami. Saya tidak menolak poligami, cuma pertikai alasan dangkal lelaki untuk menambah isteri.

    Jika kisah wanita di atas begitu ceritanya, saya akui sukar untuk menolak poligami. Kerana hati, kasih sayang dan adil terlalu subjektif untuk dipersoalkan.

    Saya banyak berbual dgn wanita yang bakal dimadukan. Kebanyakannya rela tapi tak redha. Hati manusia mana kita tahu. Mulut kata ya, hati tidak redha. Syurga mana yang mahu dicapai?

  2. maaf cik bayan..sbnr ye entry ni saye nk masukkan awal, cuma tak berkesempatan..sibuk ‘main air’..kebetlan pula cik bayan ada menulis benda yg sama..sbnr ye asas entry ni bkn poligami tp hukum..cuma saye gunakan situasi poligami’ yg kbtln saye dgr sbg ‘hiasan’..

  1. June 4th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: