Aku dan Kronologi Jalan Semantan

klc000086516

18 september 06 – Norhailini Yahya, 45, Pemangku Naib Presiden Bahagian Undang-Undang CIMB maut setelah keretanya terjatuh dari ketinggian 25 meter dari atas bukit. Selalu datang awal ke tempat kerja untuk berebut tempat letak kereta bersebelahan bangunan pejabatnya.

lib000072025

29 mei 07 – Noraini Mamat, 46, tidak cedera kecuali trauma kerana dia bersama kenderaannya tersangkut di atas penghadang konkrit setinggi 0.3 meter di tempat letak kereta di situ. Kejadian pukul 8.15 pagi itu berlaku apabila Noriani dikatakan tertekan pedal minyak keretanya ketika hendak memasang kunci tambahan di pedal minyak tersebut. Difahamkan, tempat letak kereta tersebut baru sahaja digunakan oleh kakitangan CIMB semalam memandangkan tempat letak kereta yang disediakan sebelum ini tidak mencukupi.

semantan

3 jun 07 – Sekumpulan tujuh anggota bomba dan penyelamat tidak menyangka panggilan kecemasan yang diterima mengatakan terdapat kemalangan melibatkan tiga buah kereta rupa-rupanya tanah runtuh di  Jalan  Duta- Semantan  di sini semalam. Kejadian pukul 7.10 malam itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat yang melanda ibu negara sejak pukul 4 petang lagi mengakibatkan hakisan tanah di tebing bukit  jalan  berkenaan. Tanah runtuh di tebing bukit setinggi kira-kira 15 meter itu juga mengakibatkan sebuah rumah banglo di Taman Tunku yang berhampiran dengan kejadian itu terpaksa dikosongkan.

klc000368430
4 Disember 08 – Kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta terbuka bersebelahan bangunan Commerce Square di jalan Semantan, Damansara mengakibatkan dinding konkrit setinggi 31 meter ranap dan menimbus 11 buah kenderaan. Hujan lebat sejak pukul 2 petang dipercayai menyebabkan tanah di kawasan itu runtuh.

1998 hingga 2000 – seorang pemuda yang boleh digelar Mat Rempit menunggang motosikal EX5, no plat WDB 3927 kerap menggunakan laluan ini sebab nak lari dari road block..

manlukeman: Macam-macam kejadian silih berganti, ada juga yang masih tak nampak..apa yang tak kena dengan tempat ini..nak tunggu semua runtuh kot..mesti seronok masa tu sebab banyak ‘pencakar langit’ yang ada..

  1. Betul bang, jalan Semantan ni memang byk kejadian berlaku di jalan itu sendiri maupun di sekitarnya.Akupun dah byk kes cover kat kawasan sekitar.
    tapi yg paling segar dlm ingatan yang arwah Norhailini tu, sebab aku antara yg paling awal tiba di lokasi.
    jalan tu penghubung utama antara damansara dgn kl n jalan duta, jadi apa2 yg berlaku di situ, akan jadi mcm domino, berangkai2 sesaknya kl ni.

    • fayzura
    • December 5th, 2008

    mcm ada pape je kat situ kan?
    hmm….musykil musykil😛

  2. ondsecene: aku takut semua pencakar langit kt ctu jd domino..
    fayzura: ko xtau ker kt ctu ada hantu..hantu ble terbang…hehehee

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: