Aku dan Lebuh Raya Karak

148071827_9e8d70467a_b

Aku baru mula kerja..blog cabuk ni pun dah lama tak update..cuti lama, tangan dan jari jemari aku pun sama nak cuti..kononnya letih melapah daging…

Semalam, aku memandu ke arah timur menggunakan laluan biasa, Lebuh Raya Karak sebelum keluar ke Exit Bentong..buat kali pertama kali, aku memandu dalam cuaca hujan, ada sesuatu yang aku perasan..tak tau mungkin ada pernah merasai pengalaman seperti aku yang cabuk ini..

Aku jadi hairan sepanjang jalan di lebuh raya ini, aku lihat air hujan bertakung merata-rata..benar aku tau hujan ketika itu agak lebat..ku rasa agak dalam takungan air itu..jika memandu dalam kelajuan yang agak pelesit, bisa tersasar stereng yang dipegang..lebih-lebih keadaan tayar kenderaan yang ‘botak’..kepada semua, jangan cuba aksi ini, tidak digalakkan..

Aku berfikir sebentar, adakah ia satu perkara yang biasa..jika dikenang kembali ketika empat tahun aku memandu di Lebuh Raya Utara-Selatan, hala ke selatan tanahair, aku tidak berhadapan dengan situasi seperti ini..tak dinafikan memang ada takungan air tetapi tidak seperti di Lebuh Raya Karak..aku masih mampu untuk berani menekan accelerator sehingga mencecah kelajuan 100 km dalam keadaan hujan lebat..macam semalam, sumpah memang aku tak berani..sebab takungan air yang banyak cukup menakutkan aku walaupun membawa pacuan jelmaan Mitsubishi Evo VII..

Serebrum aku masih lagi berfikir di saat entry ini aku ditulis..betul ke apa yang aku rasa..atau hanya sekadar ilusi untuk idea update blog cabuk ni..muahahahahahaa..

  1. lebuhraya Karak ni memang banyak nostalgia pada saya.
    Saya mula melaluinya sejak tahun 80 han ketika menetap di terengganu dan selalu berulang alik ke KL
    Masa tu, tol baru 50 sen, tapi jalannya, mengalahkan jalan estet
    Seram, ngeri dan kena hati hati melaluinya, dan sebaenarnya tak layakpun dipanggil hway masatu.

    tapi, sekarang dah beratus2 kali ganda beza dari 20 tahun lalu.

    Bagi saya, jika ada kes di hway karak, biasanya yang dasyat2 terutama melibatkan bas ekspres…

    dah dua bulan rasanya tak lalu situ…rindu la pulak kat kehijauan kiri kanannya

  2. bro, hijau kiri kanan di situ bisa membuat tersasar juga stereng kereta..hahahahaa..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: