Aku dan Parti Itu

(Gambar Hiasan)

(Gambar Hiasan)

Semalam…elok saje aku baru nak gerak balik dalam pukul 5.50 petang, seorang kakak kat opis aku menjerit..”meh akim, hafiz, ada org kene ligat buat parti liar..dekat hotel opis kita nih”..kelam-kabut si hafiz capai kamera, dengan aku tak semena-mena nak jadi jakun ikut sekali tengok..

Sesampai di hotel itu, aku nampak kelibat ramai budak-budak muda, bercampur lelaki dan perempuan, beratur panjang, naik ke tingkat atas..sah, polis nak buat ujian air kencing..

Datang pula seorang lelaki Cina yang meminta supaya si Hafiz jangan mengambil gambar di situ..aku rasa mamat ni pengurus hotel..selepas beberapa ketika baru aku tau dia penolong pengurus hotel itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ad..

Pucat lesi muka Ad bila polis datang serbu tempat tuh..nampak benar garis-garis ketakutan di mukanya..”saya langsung tak tahu budak-budak ni nak buat apa..yang saya tau, masa mula nak book dewan di sini, kata nak buat promosi drum set…siap kata ada jemput ‘press’ datang buat coverage..dia orang bayar RM380 untuk sewa dewan..tiba-tiba pekerja saya call, kata polis datang serbu, terkejut saya..kalau saya tahu benda ni nak jadi, saya tak bagi dia orang sewa..tak berbaloi sewa yang dibayar dengan dapat malu macam ni,”..antara luahan Ad dalam dialek tempatan yang ketakutan sambil ke hulu hilir keresahan..

Lama juga aku dengan gang lain tunggu budak-budak ni turun sebab polis tak bagi shoot gambar dekat dalam hotel..tiba-tiba pula, aku nampak kelibat seorang awek cun baru turun kereta Kancil, menuju ke kaunter hotel itu..lama juga awek ni bercakap dengan kakak kaunter..aku ingat dia nak check in hotel..rupa-rupanya adik dia antara yang ditahan..

“Adik call, kata polis mari tahan..band adik saya yang perform hari ni..memang biasa band dia buat persembahan, sebelum ni biasa buat di dewan futsal, tapi sekarang selalu hujan, dewan futsal bocor, jadi pilih buat di hotel”..mengigil kaki tangan, satu badan awek ni bercakap, melayan soalan gang aku..

Last sekali..awek tu tanya balik pada gang aku..”Salah ke dia orang buat macam ni, macam mana polis boleh tahu benda ni”..langsung aku menjadi lebih ‘simpati’ kepada awek ni bila dia mampu melontar soalan-soalan itu..

Sempat juga gang aku bertanyakan kepada pegawai polis yang terlibat dalam siasatan dan hasilnya..”Biasala budak muda, nak berseronok, tapi tak ada apa-apa”..ringkas jawapannya..selain masing-masing dapat tahu seramai kira-kira 80 orang yang terlibat dan seorang positif dadah..

Kenapa budak-budak muda suka buat benda-benda macam ni..aku pernah menjadi ‘follower’ kepada GIG yang dipelopori band-band bukan mainstream satu ketika dulu..tapi yang pelik, tak pernah pula sampai polis datang serbu..

Aku masih lagi memikirkan persoalan yang diajukan oleh awek yang ku kira sama agama dengan aku..simpati aku masih lagi tebal pada awek itu..

    • mywanfai
    • December 17th, 2008

    bro… kalau ada mamat gemuk, misal tebal, kepala botak, pendek, berkulit hitam kelat dan tak hensem langsung, tapi adik dia terlibat… simpati jugak ke?

  1. ko ni pun..tgk la simpati tuh aku camne..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: