Archive for January, 2009

Aku dan Puaka Niyang Rapik

2847057933_546e02899b

(susah gak aku nak cari gambar dari drama ni, mujur jumpa gak di http://www.budiey.com/gambar-hantu-dalam-drama-niyang-rapik/ – terima kasih kawan)

mppb_12482


Malam semalam, drama Puaka Niyang Rapik yang menghiasi Slot Seram di TV3 melabuhkan tirai..dah habis la..setelah berapa episod, berapa ntah, setiap malam Khamis, pukul 9.30..aku ikut cerita nih..tiba-tiba rasa seronok nak tengok..

Aku mula tau pasal drama ni bila tengok Malaysia Hari Ini apabila dua pelakon utamanya, Ashraff Muslim dan Liyana Jasmay termasuk pengarahnya ditemubual..dari situ dapat rasa cerita ini pasti akan memberi sesuatu yang baru pada aku (korang semua, aku tak tau la) untuk tengok drama di kaca televisyen..

Hari pertama cerita dimainkan, ceritanya berkisarkan penduduk kampung Niyak Rapik yang terlalu taksub mempercayai unsur kuasa ghaib yang didalangi Tok Dalik dan Bok Miah melebihi daripada kuasa Tuhan..guna pakai tangkal, kemenyan, percaya pada korban Tahun Baru, segala-gala yang mistik la..sampai Tok Penghulu pun tak boleh nak buat apa-apa bila kena marah dengan anaknya ekoran tak dapat kawal orang kampung..tak pasal dia pun jadi korban..

Drama ini kalau diikutkan seperti mana-mana filem dan drama seram..ada hantu..yang lainnya dalam drama nih, hantu boleh keluar siang hari..cuma yang tertarik, apabila watak Ustaz Amirul yang didokong oleh Ashraff mula diperkenalkan..aku suka akan watak ini sebenarnya..tumpuan aku hanya pada watak ini.

2846751893_88a27310851

ALO KAWAN….aku bukan GAY la..

Dengan tenang, Ustaz Amirul ni ‘sekolahkan’ seluruh penduduk Kampung Niyang Rapik yang terlalu ‘bodoh’ nak percaya kuasa lain lebih hebat dari Tuhan..selain ada kebolehan untuk melawan kuasa Puaka Niyang Rapik..sampai penghujung cerita, semua orang tahu tiada kuasa yang hakiki selain Tuhan..

Wirna..aku suka juga..selain dia jantina perempuan ditambah dengan pakej dia comel, watak dia yang tidak suka akan perbuatan mak ayah dia (Tok Dalik dan Bok Miah) cukup menyedarkan..sampai peringkat, dia lari dan tinggalkan rumah sebab tak tahan..ada ke mak bapak sanggup tukar anak jadi hantu..bodoh agak ye..

2847886026_b8fc3b954e

Pendapat aku sebenarnya drama ini bukan hantu yang menjadi subjek sebaliknya Ustaz Amirul dengan usahanya dan kepercayaan yang salah cukup tebal di kalangan penduduk kampung ini sehingga membelakang AGAMA yang cuba digarapkan..aku marah juga tengok orang yang BODOH, tak fikir pasal agama, sampai nak jadi takut benda-benda karut..

Kita boleh percaya pada alam ghaib, ini salah satu RUKUN IMAN tapi bukan sampai peringkat menjadi hamba atau jadi takut pada penghuni alam ghaib..ni yang selalu silap dalam kepala otak orang MELAYU atau orang ISLAM sekarang..BODOH TAK BERTEMPAT..

Jadi, inilah yang aku dapat dari situ..ada lagi, tak larat pulak aku nak jadi ‘Ustaz’ dalam blog cabuk ni..aku sendiri pun tak betul lagi..

Aku dan Abdullah Shawwa

ap001592092

Nam saya Abdullah Shawwa, 4 tahun daru Palestin..

Kelmarin 8 pakar dari AS mengeluarkan tumor dari kepala saya dalam pembedahan yang memakan masa 5 jam, dilakukan di Hospital Shifa.

Doktor saya, Ismail Mehr kata, saya berkemungkinan akan meninggal dunia jika satu pembedahan segera tidak dilakukan. Walaupun demikian, selepas satu pembedahan dibuat, tahap kesihatan saya masih belum dapat dipastikan.

Saya perlukan rawatan susulan termasuk dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi yang tidak diperoleh di Gaza sebab Israel dan Mesir menutup sempadan masing-masing.

manlukeman: Aku rindukan Dania Qistin

Aku dan Kebodohan

People Paris Hilton

(susah jugak aku nak cari gambar minah ni dengan berpakaian senonoh, mujur ada, tak orang ingat blog cabuk ni blog lucah..muahahahahahah)

Kalau ikutkan, aku tak nak cemarkan blog cabuk ini dengan cerita-cerita yang sangat bodoh sehingga menjadikan kita lebih bodoh kalau memikirkannya..

Gatal tangan aku untuk tepekkan juga cerita mengenai seroang selebriti yang aku rasa mencapai tahap bodoh (senang cerita, straight to the point) sebab tak boleh nak ingat nama pemimpin sendiri..

Paris Hilton gagal memberitahu nama sebenar Perdana Menteri Britain, Gordon Brown..mula-mula sebut Gordon Ramsay..siapa la agaknya mamat yang bernama ini..

teringat aku dulu, seorang artis ternama yang berseloroh dengan wartawan dengan mengatakan ‘Siapa Mahathir”..apa jadi pada artis tersebut..kalau Paris Hilton kena benda yang sama..

Aku dan Pembaharuan

Aku agak kurang termotivasi sejak tahun baru ni..dek kerana dengar macam-macam masuk dalam telinga aku ni..cerita tentang pembaharuan..

pembaharuan yang agak kurang menyenangkan..mmm..rasa memang dah jadi kebiasaan pulak bila datang bab-bab pembaharuan, pasti ada yang tak suka..betul ke ????

Aku cuba untuk berkelakuan seperti biasa..menerima pembaharuan yang berlaku..walaupun jauh dalam serebrum aku nih dapat rasa sesuatu akan berlaku berpunca daripada pembaharuan ini..

aku tidak mahu jadi orang yang suka berfikiran negatif..aku cuba jadi lebih terbuka..terima dengan baik apa yang cuba ‘dibaharukan’…

Cuma..antara hak yang batil, dua ini ada perbezaan..aku tetap akan bersuara jika nampak sesuatu yang berlaku antaranya membabitkan pembaharuan ini..

jadi, seperti biasa, cabuk akan berkata, mari kita lihat babak yang seterusnya..

Aku dan Peter James Butler

kkb000011754

Baru aku dapat jumpa Peter James Butler, Jurulatih Kelantan selepas beberapa bulan dia mengendalikan skuad itu..

Banyak juga aku borak-borak dengan dia pasal bola sepak di Malaysia..ada yang dengar seronok, ada juga yang tak seronok..

Peter memuji kebanyakan pemain negara yang katanya mempunyai stamina dan fitness tinggi..semua masih muda dan boleh bermain dengan baik..

cuma..ada banyak yang perlu dibuat untuk menaikkan semula imej bola sepak negara..perancangan jangka panjang..part yang ni, aku sendiri tau, ramai orang tau apa yang perlu dibuat..jadi tak perlu aku ceritakan di sini..

Bercakap mengenai perlawanan skuad negara kendalian B. Sathianathan menentang UAE baru-baru ini..ada juga yang dikomen..yang paling penting, dia kata, kurang bersetuju dengan cara Sathianathan mengeluarkan kenyataan..satu lagi, strategi yang dirancang ketika perlawanan itu..

Apa yang dikatakan oleh bekas pemain yang pernah berkecimpung dalam arena EPL ini ada juga betulnya..dia tak banyak kondem, banyak beri cadangan..ini yang aku suka..

yang paling best, dia offer aku main di EPL..ada team yang berminat dengan aku..katanya team itu  cukup terkenal dengan jolokan Red Devil tuh…dia nak arrange aku ke sana..eeehhh..hairan aku..macam mana dia tau aku main bola..

Aku dan Dara Lari Dengan Bangla

klt000017774

Masa mula-mula kedua ibu bapa malang ini datang ke pejabat, aku tak ambil ‘port’ saja..disebabkan aku sibuk untuk memasuki berita sebanyak yang mungkin, seawal yang mungkin untuk disuap ke mulut-mulut bos aku..aku nak pergi asignment jauh…aku kena kerja seorang..

aku dengar bunyi mereka mencari anaknya yang hilang..cuma member aku, azran saja yang layan mereka berborak..si hafiz pulak ‘pukul’ gambar..aku langsung tak endahkan..

Selepas seketika selesai urusan berita azran dengan kedua-dua ibu bapa malang ini, maka beredarlah mereka..aku gatal tanya pada azran..apa cerita..

Lagi kes budak perempuan lari dengan orang asing..Bangladesh..

Tepuk dahi aku, dah nak mula resah..aku dah boleh nampak apa yang nak jadi..semuanya ni memang punca..punca yang nak membuat aku jadi lebih rajin daripada biasa..

Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, pelajar tahun tiga jurusan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak yang dipercayai menghilangkan diri sejak Julai tahun lalu.

Mangsa dikatakan hilang dari kampus UIAM setelah keluar dengan seorang buruh kontrak yang dipercayai warga Bangladesh.

Kehilangan Nor Syuhada menjadi lebih misteri apabila ibu bapanya mengesan kesemua wang simpanannya sebanyak RM5,000 dalam bank telah dikeluarkan beberapa hari selepas dia menghilangkan diri

Orang ramai yang mengenali Nor Syuhada diminta supaya  menghubungi Nazirah atau Naina Mohamad ditalian 09-7884613 dan mana-mana balai polis berhampiran.

Jenuh aku nak melayan permintaan bos-bos aku selepas penat memandu jauh dari Gua Musang..sejam jugak Evo 8 celup aku buat..nak kejar asigment malam lagi..selesai juga aku ‘memuaskan nafsu’ mereka dengan mulut manis aku..hahahahahaaa…

Dengan nada serius aku berfikir mengenai apa yang berlaku ini..masih ada lagi gadis yang menjadi mangsa..

jadi, aku menantikan babak seterusnya yang aku pasti akan menjadikan kerja aku berlipat kali ganda..

Aku dan Merempit

klt000017791

(Pix by – Hafiz Johari Utusan)

“Memang orang tahu dia laju…dia tak tahu ramai orang sayang kat dia..”

Ingat pada dialog iklan ini..menceritakan mengenai mat rempit yang hidup tersempit setelah kaki disimen dan duduk di atas kerusi roda..

Satu ketika dulu, aku pun tunggang motor.pandu dengan lajunya..jalan mana yang tak pernah tempuh, Parlimen, Dang Wangi, Dataran Merdeka, Jalan Kuching, Tabung Haji, antara tempat permainan..syukur ketika itu tiada apa yang berlaku pada aku..syukur juga aku tidak pernah menambah dosa aku dengan peel yang tak senonoh selain menunggang motosikal dengan laju..

Lima tahun aku tinggalkan zaman itu..seronok juga masa tuh..masa zaman tu istilah mat rempit pun takda lagi..tengok mesin buatan manusia meluncur laju..rasa gian pulak aku nak buat peel lama bila tengok budak-budak sekarang makin ligat buat benda ni..

Malam semalam, aku buat perangai lama balik..hehehhe..yang berbeza adalah cuma, aku sekadar jadi penonton saja..dan tidak menunggang motosikal..dan datang untuk bertugas..ramai juga kawan-kawan lain yang tumpang sekaki..yang dah senior pun ada..

23012009019

23012009017

(antara gang yang tersarong sama layan gian aku)

Jalan Sultan Yahya Petra menjadi gelanggang pertempuran maut budak-budak muda yang memandu kereta dan menunggal motosikal memperagakan aksi maut masing-masing..tak pasal-pasak lak kena kantoi dengan polis..dah kena saman..

“ooo, berlumba haram ye, dah hebat sangat,” kata polis sambil mengarahkan budak-budak rempit ‘park’ motor ke tepi..aku tengok saja budak-budak ni tolak motor ke tepi…