Aku dan Lagi Kata-Kata Itu

NEW YORK 17 Jan. – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Tergempar Khas lewat semalam menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera di Genting Gaza dan askar Israel berundur sepenuhnya dari wilayah Palestin itu.

Dalam resolusi yang diluluskan dengan hampir sebulat suara, badan terdiri daripada 192 anggota itu menuntut supaya “dipatuhi sepenuhnya” resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan minggu lepas.

Resolusi 1860 Majlis Keselamatan itu menggesa agar “gencatan senjata berpanjangan yang dipatuhi sepenuhnya dilaksanakan segera bagi membawa kepada pengunduran seluruh askar Israel dari Gaza.”

Resolusi UNGA itu diluluskan dengan 142 anggota menyokong, enam menentang dan lapan berkecuali, pada pengundian yang berlangsung selepas perbalahan selama berjam-jam mengenai soal prosedur.

Duta Palestin ke PBB, Ryad Mansour mengalu-alukan “undi sokongan hampir sebulat suara” oleh UNGA itu bagi meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mematuhi Resolusi 1860 Majlis Keselamatan.

“Kami akan mengatasi dugaan ini dengan sebab sokongan anda,” ujar beliau. – AFP

manlukeman: Apa lagi ditunggu..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: