Aku dan Peter James Butler

kkb000011754

Baru aku dapat jumpa Peter James Butler, Jurulatih Kelantan selepas beberapa bulan dia mengendalikan skuad itu..

Banyak juga aku borak-borak dengan dia pasal bola sepak di Malaysia..ada yang dengar seronok, ada juga yang tak seronok..

Peter memuji kebanyakan pemain negara yang katanya mempunyai stamina dan fitness tinggi..semua masih muda dan boleh bermain dengan baik..

cuma..ada banyak yang perlu dibuat untuk menaikkan semula imej bola sepak negara..perancangan jangka panjang..part yang ni, aku sendiri tau, ramai orang tau apa yang perlu dibuat..jadi tak perlu aku ceritakan di sini..

Bercakap mengenai perlawanan skuad negara kendalian B. Sathianathan menentang UAE baru-baru ini..ada juga yang dikomen..yang paling penting, dia kata, kurang bersetuju dengan cara Sathianathan mengeluarkan kenyataan..satu lagi, strategi yang dirancang ketika perlawanan itu..

Apa yang dikatakan oleh bekas pemain yang pernah berkecimpung dalam arena EPL ini ada juga betulnya..dia tak banyak kondem, banyak beri cadangan..ini yang aku suka..

yang paling best, dia offer aku main di EPL..ada team yang berminat dengan aku..katanya team itu  cukup terkenal dengan jolokan Red Devil tuh…dia nak arrange aku ke sana..eeehhh..hairan aku..macam mana dia tau aku main bola..

    • mywanfai
    • January 26th, 2009

    aku tau ko terel main bola, tapi… Red Devil tu gelaran untuk team mana? wes brom ke?

  1. ha..dengki la tuh..

    • Akim_JR
    • January 7th, 2012

    waah hbt ko ni…dpt main ngn team Manchester united..cool la..hahahah

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: