Aku dan Puaka Niyang Rapik

2847057933_546e02899b

(susah gak aku nak cari gambar dari drama ni, mujur jumpa gak di http://www.budiey.com/gambar-hantu-dalam-drama-niyang-rapik/ – terima kasih kawan)

mppb_12482


Malam semalam, drama Puaka Niyang Rapik yang menghiasi Slot Seram di TV3 melabuhkan tirai..dah habis la..setelah berapa episod, berapa ntah, setiap malam Khamis, pukul 9.30..aku ikut cerita nih..tiba-tiba rasa seronok nak tengok..

Aku mula tau pasal drama ni bila tengok Malaysia Hari Ini apabila dua pelakon utamanya, Ashraff Muslim dan Liyana Jasmay termasuk pengarahnya ditemubual..dari situ dapat rasa cerita ini pasti akan memberi sesuatu yang baru pada aku (korang semua, aku tak tau la) untuk tengok drama di kaca televisyen..

Hari pertama cerita dimainkan, ceritanya berkisarkan penduduk kampung Niyak Rapik yang terlalu taksub mempercayai unsur kuasa ghaib yang didalangi Tok Dalik dan Bok Miah melebihi daripada kuasa Tuhan..guna pakai tangkal, kemenyan, percaya pada korban Tahun Baru, segala-gala yang mistik la..sampai Tok Penghulu pun tak boleh nak buat apa-apa bila kena marah dengan anaknya ekoran tak dapat kawal orang kampung..tak pasal dia pun jadi korban..

Drama ini kalau diikutkan seperti mana-mana filem dan drama seram..ada hantu..yang lainnya dalam drama nih, hantu boleh keluar siang hari..cuma yang tertarik, apabila watak Ustaz Amirul yang didokong oleh Ashraff mula diperkenalkan..aku suka akan watak ini sebenarnya..tumpuan aku hanya pada watak ini.

2846751893_88a27310851

ALO KAWAN….aku bukan GAY la..

Dengan tenang, Ustaz Amirul ni ‘sekolahkan’ seluruh penduduk Kampung Niyang Rapik yang terlalu ‘bodoh’ nak percaya kuasa lain lebih hebat dari Tuhan..selain ada kebolehan untuk melawan kuasa Puaka Niyang Rapik..sampai penghujung cerita, semua orang tahu tiada kuasa yang hakiki selain Tuhan..

Wirna..aku suka juga..selain dia jantina perempuan ditambah dengan pakej dia comel, watak dia yang tidak suka akan perbuatan mak ayah dia (Tok Dalik dan Bok Miah) cukup menyedarkan..sampai peringkat, dia lari dan tinggalkan rumah sebab tak tahan..ada ke mak bapak sanggup tukar anak jadi hantu..bodoh agak ye..

2847886026_b8fc3b954e

Pendapat aku sebenarnya drama ini bukan hantu yang menjadi subjek sebaliknya Ustaz Amirul dengan usahanya dan kepercayaan yang salah cukup tebal di kalangan penduduk kampung ini sehingga membelakang AGAMA yang cuba digarapkan..aku marah juga tengok orang yang BODOH, tak fikir pasal agama, sampai nak jadi takut benda-benda karut..

Kita boleh percaya pada alam ghaib, ini salah satu RUKUN IMAN tapi bukan sampai peringkat menjadi hamba atau jadi takut pada penghuni alam ghaib..ni yang selalu silap dalam kepala otak orang MELAYU atau orang ISLAM sekarang..BODOH TAK BERTEMPAT..

Jadi, inilah yang aku dapat dari situ..ada lagi, tak larat pulak aku nak jadi ‘Ustaz’ dalam blog cabuk ni..aku sendiri pun tak betul lagi..

    • mywanfai
    • January 30th, 2009

    layan jugak ko ye cerita seram ni… puaka niyang merepek… hahaha

  1. cis..lu kutuk citer ni..

  1. October 8th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: