Archive for February, 2009

Aku dan Badminton

thomas92a

Aku masih ingat lagi tanggal 17 Mei 1992..12.36 pagi..Piala Thomas kembali dalam genggaman Malaysia setelah 25 tahun menunggu sejak 1967..aku tengok sendiri kat TV final mase tuh sekali dengan ayah..memang gila punye panik..tengok Rashid nak dapat mata pertama untuk Malaysia, punya susah nak jinakkan Ardy Wiranata..

Selepas saat ini, ramai budak jinjing raket ke hulu ke hilir..nak jadi pemain badminton..siapa idolanya, semua keluarga Sidek..Razif Hj. Sidek, Jalani Hj. Sidek, Rashid Hj. Sidek..jadi satu macam fenomena..

Termasuk aku yang ketika itu masih berumur 10 tahun..terus ligat nak main badminton..lupa sekejap main bola sepak..bersama-sama gang BJ Union (https://manlukeman.wordpress.com/2009/02/15/aku-dan-bj-union/#comments)..ada gak gang lain main sekali..rata-ratanya lebih tua dari aku, lebih tinggi saiz dari aku..zaid, arin, am, zali, JJ, ayie, si galah (aku xigt nama dia, cuma nama samaran je)..

Pagi, Petang, Malam..aku bermain di gelanggan buatan sendiri atas jalan tar di Jalan Cempaka 1, Taman Desa Raya, Hulu Langat, Selangor..memandangkan saiz aku kecil berbanding lain, lambat sikit aku nak jadi teror macam yang lain..single, double, semua aku try nak jadi pandai.

Aku ingat lagi friendly pertama aku dengan budak Kampung Padang, Pangsun (berdekatan dengan Sungai Congkak)..berakhir dengan kemenangan mudah 5-0..aku penyumbang mata dalam double..kalau tak silap dengan Ed..

Ketika aku menuntut di Darjah 6, aku terpilih mewakili sekolah untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sekolah St. Paul, Seremban..kalah dengan 4-1..aku main double dengan awaluddin, teruk kena main..ha..masa ni baru benda baru aku nampak yang lain daripada yang lain..cara orang bermain..tambah ilmu sebab selama ni hanya main dengan gang se-taman  je..

Masa mula bekerja di tempat sekarang, aku juga ada bermain badminton..gang yang biasa main, Shahren (kini bertugas di SSM), Bob, Mus..yang lain semua bos-bos aku..LO, Luqman Haziq, Abu Hakim, Wan Hasnan..bayangkan, kuasa badminton nih buat aku jadi ringan mulut dan  boleh baik dengan bos-bos aku..hahahahhaa..

Memandang aku agak kurang kompetitif dalam permainan ini, aku hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada bola sepak..lebih-lebih lagi mengingat dua kekalahan yang cukup pedih dalam sejarah aku bermain badminton..pertama, dengan sparing partner belasahan Muhammad Hafiz Hashim di BAM, Mahathir (apa ntah nama penuh dia) di Kejohanan Tertutup Selangor..yang kedua, dengan sorang mamat cina ketika belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)..terus rasa macam taubat tak nak main badminton lagi..

Ada juga kenangan manis..bukan berdiri atas podium terima medal..tau apa..aku dapat bermain dan train sekali seorang junior di UTM..jadi Johan Perseorangan budak ni dalam Sukan Antara Kolej..Sha nama panggilan dia..hahahahaha..klaka siot ingat balik benda nih…

Sekarang bersama gang-gang Media Kelantan (mediakelantan.wordpress.com), kegilaan bermain kembali semula..selain futsal pada setiap malam Selasa, masing-masing bersemangat nak main badminton malam Jumaat di MSN, Telipot..termasuk gang yang veteran, wak, sasuki..umur dah lebih 40 tahun, rajin nak hayun raket….aku main double saja..tak mau aku main single..

Cuma, kali ini aku hanya untuk mengeluarkan peluh..berdoa terus sihat dengan pembabitan aktif dalam sukan..

Advertisements

Aku dan Warna Bumi Malaysia Pagi Ini 2

Aku malas nak bercakap-cakap..rasa semakin menyampah pun ada..mujur ada agamad..kalau tak dah lama kena makan sumpah puak-puak nih..mari bersama Cabuk untuk melihat agenda suratk khabar arinih..

Aku suka gambar nih..aku tabalkan..pix of the day

kredit untuk naim aziz (photographer Utusan)

kredit untuk naim aziz (photographer Utusan)

1) Kadar tol 5 lebuh raya naik

Hujan saja yang turun..bunga pula kembang cantik, kemudian luruh..yang satu nih naik saja manjang..

Kadar tol di lima lebuh raya akan mengalami kenaikan antara lima hingga 34 peratus mulai 1 Mac ini.

Lebuh raya terlibat ialah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

2) PM: Kaji semula kenaikan tol

Kerunsingan Pak Lah diungkap melalui kata-katanya…“Walaupun dipertimbangkan dari segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,”

3) KECOH

Haru-biru..huru-hara..kacau-bilau..caci-maki..tolak-menolak..

Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

4) Karpal diberi masa 24 jam kemuka bukti

Aku sendiri pun tak tahu macam mana si peguam hebat nih boleh main lepas cakap sampai begitu sekali

Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

5) Kes abai kucing ditentukan 2 April

Apa kejadah la dia nih..makhluk kesayangan Junjungan Besar pun kau buat gini.

Selepas empat tahun perbicaraan, kes pemilik dan pembiak kucing yang didakwa atas empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu akan diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2 April depan.

Aku dan Warna Bumi Malaysia Pagi Ini

Mari kita baca surat khabar..laporan yang sahih..tiada tokok tambah..tiada putar belit..tiada niat apa-apa..

1) Sultan Selangor tidak campur tangan kes Elizabeth

antara petikan yang menarik…. “Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ’privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

2) Kes Karpal ke Peguam Negara

menarik di dalam…” Polis juga telah membuat cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya kes itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

3) Ungkapan ‘celaka’ Karpal cetuskan kekecohan

menarik orang nak dengar…” Saya tidak tuduh sesiapa (kirim peluru), tetapi ungkapan celaka ini saya buat kerana Pemuda UMNO adalah celaka.

”Ini kebenaran Tuan Speaker. Saya tidak mahu sesiapa ganggu. Saya ada hak untuk bercakap mengenai kebenaran. Pemuda UMNO adalah celaka kerana adakan demonstrasi di Pulau Pinang,” katanya

4) Elaun cuti Exco Perak dimansuh

Kata Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir , ”Dalam keadaan ekonomi sebegini mendesak, elaun sebanyak RM120,000 bagi semua Exco itu lebih baik digunakan untuk mengatasi masalah rakyat dan membantu mereka yang memerlukan.

5) PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

Dengan tegas A. Samad berkata,

“Kalau hendak ambil (gelaran), ambillah sekarang, perjuangan mesti diteruskan, ia langsung tidak menyentuh saya, kalau fikir itu besar sangat ambil dan simpan sajalah.

“Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat,”

Last But Not Least

6) Tidak perlu ada kem – Abdullah

kata Pak La ” Tak payah lah berkem- kem. Kita (semua ahli UMNO) telah sama-sama kenal. Yang hendak bertanding itu pun kita kenal siapa mereka.

“Masing-masing ahli UMNO boleh membuat keputusan mereka sendiri yang mana boleh dan yang mana tidak boleh (berkhidmat kepada parti), biar mereka tentukan

manlukeman: menarik bukan…

Aku dan Nokia N85

untitled

 

Aku ingat dah tak mau beli hp lagi..cukup dengan apa yang ada..tapi entah..aku gatal buat perangai beli hp baru…mungkin sebab bosan, jadi terbeli..boleh terima ke alasan nih..

Nokia N85..bukan baru dapat semalam..dah dekat 2 bulan aku pakai..hahahaha..jangan kata aku beru wang..trust me..sebenarnya, adalah sebaliknya..

jadi, ini pagi, saja aku install PC Manager yg ada, jadi nak try apa yang menarik..termasuk la surf internet..menggunakan bantuan talian pasca bayar Maxis..boleh tahan laju nampaknya percubaan kali pertama..harap-harap tak punah notebook susbsidi aku nih..

Canggih rupanya HP nih..pendek kata, macam,-macam ada, selagi tak tutup mata, kerja-kerja-kerja..eh..silap dialog..banyak aplikasinya yang masih aku menggagau nak guna..yang aku tau, buat call, video call, sms, mms, ‘pukul gambar’, dengar lagu dan lain-lain..

eh..macam syok sendiri lak aku buat entry..nak sambung tengok bola..fav team aku tengah main, Red Devils..

Aku dan Murtad

Berapa punya lewat daa..jam sudah pukul 3.38 pagi..aku tak boleh tidur lagi..mata tak mau tutup laa…

aku dah plan nak masukkan entry ni kat cabuk..cuma tak sangka dimasukkan diwaktu-waktu begini..

aku terbaca mengenai perkara ni di sebuah laman blog http://zul4kulim.blogspot.com/ yang aku baru baca kelmarin secara kebetulan..milik YB Zulkifli Nordin..Ahli Parlimen Pas Kulim Bandar Baharu P.18..entry secara ringkasnya tidak lain berbunyi

”Just to inform that esok Isnin 27 Safar/ 23 Feb soalan saya berkaitan Artikel 11 akan dijawab oleh Menteri secara live di TV 1 @ 10am.

Soalan:
Adakah Kerajaan bercadang meminda Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam).

Jawapannya yang panjang jela ada tertera di Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Cuma di sini aku ‘paste’ kan secara ringkas berbunyi

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy jelas menunjukkan bahawa orang Islam tidak boleh keluar daripada agama itu sesuka hati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kerajaan juga tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ekoran keputusan kes itu.

Beliau berkata, sekiranya kebebasan sedemikian diberikan, sudah pasti umat Islam di negara ini akan menjadi huru-hara malah kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi turut terjejas.

“Hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1) tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu luas sehingga meliputi hak kebebasan seseorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya.

“Bagi orang Islam yang berhasrat keluar agama Islam, orang itu perlu mendapatkan perintah Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

 

Aku sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal soalan dan jawapan yang aku tepekkan di cabuk ni..kebetulan aku berminat untuk merepek pasal ‘penyakit kronik’ dalam dunia Islam moden nih..

Kau dilahirkan sebagai orang Islam..apa yang susah sangat kau nak pertahankan agama yang kau anuti sampai hujung nyawa..bukan suruh berjuang, berperang lawan orang kafir, cuma amalkan yang termaktub dalam al-Quran seperti yang disyariatkan..tak payah nak cakap mak bapak Islam, jadi kau Islam..jadi sampai masa, kononnya selepas akil baligh, kau boleh pilih untuk agama selain Islam..nak murtad..ini alasan bodoh..

Ye..aku tau kalau sesiapa yang mengikuti kes di atas, pasti ada yang memperkatakan bahawa ia boleh dicabar..sebab Perlembagaan la..undang-undang lah..persetankan semua tuh..ni kita bercakap pasal keluar agama..murtad..bukan benda kecil, hukumnya mati, bunuh (selepas tiga kali dinasihat kembali pada Islam)..

Mudah bukan orang memilih untuk Murtad..kita tak boleh nak kata sebab perlembagaan kononnya longgar, maka ia ‘dibolehkan’..aku tak nampak semua tuh..kalau kita dengar lah satu ketika, kononnya melambak permohonan di jabatan agama negeri tuh., negeri ni untuk murtad..gila apa..mana silap benda kronik nih, apa puncanya..

Sampai tersebar luas cerita kononnya ada pergerakan agama lain untuk memurtadkan Islam..ramai yang terkena bunyinya..tokoh agama, pelajar agama, ustaz…disogok dengan wang ringgit, kekayaan, gaya hidup yang lebih bebas, minum air suci, boleh murtad..wujudlah ketakutan orang Islam kepada perkara ini melebihi ketakutan pada Tuhan yang Satu..

Apa la semua nih..tak payah nak taksub takut kan benda tuh..budak-budak sekarang tak murtad pun tak cukup sama macam keluar agama..jika wujud sekalipun cerita-cerita tuh, bukan dorongan untuk menjadi takut sebaliknya perlu berhati-hati, waspada..lagi mau tanya macam mana nak buat semua tuh..ingat Tuhan la kawan..ni pun nak tanya lagi macam mana nak buat, takkan nak kena ajar..pegang yang 6, buat yang 5..biar apa pun jadi…susah ke..

Aku rasa ni yang orang tak nampak..maka itu yang menyebabkan orang lebih takut pada cerita-cerita…dah kau takut cerita tuh lebih takut pada Tuhan, macam mana Tuhan nak tolong..kau minum air kosong pun boleh jadi murtad..

Aku sampai la ni dok fikir pasai apa kes macam Lina Joy tuh boleh jadi..dengan kes-kes yang aku ada dengar..hairan aku..tapi..siapa la aku..bukan hebat sangat..cuma berkongsi asas untuk semua..

Aku dan Blog di Indonesia

id

Malam tadi, aku susah nak tidur..ingat lepas tengok game Liverpool Vs Man City yang agak membosankan, aku boleh terlelap (jangan mare ye Wanfai)..langsung gatal aku nak surf, guna broadband si Hafiz yang entah macam mane boleh ada dalam beg laptop aku..

Godek punye godek, belek punye belek banyak-banyak blog, aku terjumpa sesuatu yang menarik..di sebuah blog milik mazidul akma sidek..http://mazidulakmal.blogspot.com….kenal tak..tak kenal, lu fikir la sendiri..lalu, aku terbaca satu entry yang menarik..

Entry yang menceritakan sebuah blog kurang ajar…http://id-top.blogspot.com/…terkejut jugak aku baca blog nih..kemain handal..kemain outspoken…habis semua pasal Malaysia dia hentam..gila-gila punye hentam lak tuh..bersemangat disulam dengan penuh emosi ayat-ayat dia..

—————————————————————————————————————-

Malingsia Tidak Beretika
Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar :
1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.
2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.
3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.
Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?

———————————————————————————————————————–

Ayat di atas nih mukadimah blog ni..sedikit la aku ‘paste’ kat sini..selebihnya, baca sendiri..

ada satu comment yang menarik perhatian aku ketika membaca entry yang dimasukkan oleh Mazidul..datang ye dari salah seorang student yang menuntut di Indonesia..

Izyan Nadirah berkata… saya adalah salah seorang penuntut di Indonesia. blog tersebut sememangnya mewakili sebahagian besar dari mereka. mereka mmg anti malaysia. sampai lecturer pun ada yang terang2an sewaktu kuliah menghina malaysia, mengatakan lagu ‘negaraku’ adalah ciplak daripada lagu2 peminta sedekah di negara mereka. di sana juga sering diadakan demonstrasi ‘ganyang malaysia’ sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan layanan kita kepada pekerja mereka di malaysia. memang tak sedar diuntung. walaubagaimanapun, memang tak semua macam tu. tapi saya sebagai penuntut di sana, amat merasakan kebencian segelintir rakyat mereka terhadap negara kita.

hampir semua entry dalam blog tuh menibai Malaysia yang dipanggil olehnya Malingsia..segala penjuru aspek diperkatakan..sosial, ekonomi, undang-undang, agama dan tak lupa juga politik..clam-clan blogger di sana yang sama kepala dengan blogger ni nampak macam ramai..nampak benar macam berdendam kesumat orang di sana dengan negara ini..negara yang menjadi destinasi pilihan wajib rakyat di sana untuk berhijrah mencari rezeki yang halal..ada juga yang haram..

Hairan aku..atas sebab musabab apa kebencian yang meluap itu dizahirkan dengan sebegitu rupa..terkedu aku baca..walhal, kita sebenarnya serumpun, tapi kenapa perkara ini berlaku..aaii..cukup la dalam negara dah teruk, nusantara pun nak ikut sama..seram bulu tengkuk aku fikir benda nih..

Aku dan ayat-ayat Harussani Zakaria

prk000012527

” Kita boleh marah kepada seseorang tetapi jangan sampai ke tahap mencaci dan menghina. Saya cuma sampaikan apa yang termaktub dalam al-Quran” .

Cacian dan cakap-cakap yang mengeji itu tidak pernah mengganggu fikiran saya. Hidup saya, tidur saya, ibadat dan kerja harian saya tidak terjejas.

Saya juga tidak pernah mengadu pada Allah atau mendoakan keburukan ke atas orang Islam yang melakukannya, malah saya mendoakan agar Allah memberi pentunjuk kepada kita semua dan umat Islam bersatu. Saya juga tidak pernah berdendam walaupun jika saya kenal orang yang melakukannya. – Datuk Seri Harussani Zakaria

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta. – Surah al-Ankabut:2-3

untuk bacaan lanjut, sila klik  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

=====================================================

manlukeman: cantik bukan ayat-ayat di atas tuh..aku sendiri tak tau kenapa aku cukup suka dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut seorang yang tinggi ilmu AGAMA ye..

aku cukup hormat dengan tokoh agama yang bergelar mufti ini.. suaranya yang lantang dalam menyampaikan hukum Islam..tegas…siapa yang tak kenal Datuk Seri Harussani Zakaria..orang yang ‘outspoken’ menentang acara Sure Heboh..dia kata haram acara tuh..aku ingat lagi..ramai yang menentang apa yang diutarakan oleh mufti ini..

Aku sendiri pernah ‘kena’ dengan dia ketika aku nak buat susulan satu cerita..dia sendiri naik letih nak memperkatakan sesuatu mengenai hukum, yang jelas semua orang nampak salahnya..

Beliau tak pernah pilih bulu, orang UMNO, Pas, habis dia bantai kalau apa yang dilakukan tak betul..tak betul di sisi agama..teguran beliau berkiblat agama..

Syukur, secara kebetulan, aku mendapat satu rujukan yang terbaik dalam menangani masalah yang bersarang dalam kepala aku..aku suka..ilmu aku semakin tambah..syukur pada Tuhan..

bersedia semua..