Aku dan Pedajal III Return

blog

(selepas dibuang)

Ada sesiapa yang masih ingat pada satu berita yang menggemparkan penghujung tahun lalu, Disember..wujud satu lama blog yang begitu ‘out spoken’ menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW..blog yang dikatakan dipunyai oleh seorang wanita Melayu, Islam, Adibah Ahmad…

sempat keluar laporan mengenainya di kaca televisyen, muka depan akhbar..macam-macam pihak bercakap..politik..pengguna..menteri termasuk pihak yang berkuasa, polis..

kalau aku tak silap, di bawah ni mungkin kenyataan terakhir, selepas itu….mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

gilo

(ketika mula-mula menjadi terkenal)

Polis mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam penulisan serta penyiaran artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan mendapati laman blog berkenaan menggunakan server komputer di luar negara.

“Kita mendapat tahu laman blog itu menggunakan server dari luar negara dan bukan di Malaysia. Ini merupakan satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beret kepada 48 pelatih kursus asas 69 Komando dan Unit Tindakan Khas yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta di sini.

Sabtu lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai artikel berkenaan yang dipaparkan dalam sebuah laman blog menggunakan nama seorang wanita Melayu.

Wanita berkenaan telahpun menafikan pembabitannya. – Bernama

dah hampir sebulan lebih ia berlalu, mungkin ada juga yang dah lupa pasal benda ni..tapi aku susah nak lupa..mungkin kebetulan aku sendiri sempat ‘berkenalan’ dengan pemilik laman blog itu..

Simpati juga aku pada wanita yang bernama adibah Ahmad ini..dipedajalkan..tak pasal jadi orang salah..yang buat kerja, sampai la ni orang tak jumpa..

bos aku, Mike memang suka buat follow up benda-benda macam ni..

Gang, takde sapa nak tanya pada ‘orang’ ranking yang tinggi ke..tanya balik siapa yang pernah bagi statement dulu..tak kan nak senyap kot..kes Sharlinie pun kita boleh korek, tak kan yang ni nak dok senyap saje..


  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: