Aku dan Khusyuk

Tanpa aku merujuk istilah khusyuk dalam kamus dewan, perkataan ini melalui pemahaman aku membawa maksud

Tekun, tumpu, fokus,tidak menyimpang,satu..ibarat macam wanita-wanita yang terpotong jari akibat terpegun dengan kekacakan Nabi Yusoff a.s..itulah khusyuk..

awal bulan ini, aku sempat menonton Al-Khuliyah, terbitan TV3 yang membincangkan permasalahan mengenai bagaimana mahu khusyuk dalam solat…panel yang dijemput membicarakan mengenai perkara ini, seorang Kiyai daripada Indonesia, Kiyai Abdullah (maaf, nama penuh aku lupa)..

Ada butiran dan huraian daripada Pak Kiyai Abdullah ni yang cukup menarik perhatian aku…sampai penonton di studio ketika itu yang terdiri daripada makcik-makcik sebak mengalir air mata mendengar ceramahnya..beliau menolak pendekatan seperti baca dengan kaut, tutup mata, tutup telinga dengan kapas, menangis atau yang lain-lain dalam memastikan kita khusyuk dalam solat..katanya cukup seperti yang termaktub di dalam kitab..seperti Sunnah..cantik kiasan yang diberikan olehnya dalam merungkaikan permasalahan umat Islam yang bermasalah untuk khusyuk dalam solat..

Pak Kiyai mengaitkan khusyuknya solat seseorang umat itu dengan MARAH…seperti yang cuba aku tanyakan dalam entry aku sebelum ini..tanya beliau..cuba bayangkan anda sedang marah..lebih-lebih lagi kemarahan yang meluap-luap..pasti anda tidak memikirkan perkara lain sehingga menyebabkan kemarahan anda itu boleh dianggap keterlaluan seperti berlaku tindakan seperti memaki hamun, cacian, menangis atau mungkin sampai peringkat yang lebih teruk lagi..bertindak lebih agresif..biarpun dipujuk sekalipum, pasti anda akan terus berasa marah…

Langsung Pak Kiyai menambah..mengapa ketika bersolat, anda tidak begitu ????????? kenapa tidak mampu memusatkan rasa rendah diri kepada Tuhan dalam menjalankan ibadah itu..khusyuk sepenuhnya..ketika marah, mampu pula anda tidak memikirkan perkara lain tetapi dalam beribadat, ada saja yang tak kena mula bermain dalam fikiran..hutang keliling pinggang, nak jumpa marka, baju tak sidai lagi, makan malam tak masak, macam-macam lagi..

Terpegun aku dengar kiasan Pak Kiyai Abdullah..kali pertama aku mendengar pendekatan yang diambil oleh seorang tokoh agama dalam menghuraikan permasalahan mengenai kesempurnaan dalam melakukan ibadat…

Aku rasa semua begitu..termasuk aku yang cabuk dan dangkal nih..bersetuju bukan ?? kita bila nak marah, memang dah tak fikir benda lain..fikir nak luahkan kemarahan sehabis-habis dan tanpa sedar, perkara lebih buruk akan berlaku hasil daripada kemarahan itu..andai kata kemarahan itu dapat dielak atau dikawal, pasti lebih besar hikmahnya..sama seperti apabila kita khusyuk dalam solat, maka berlipat kali ganda pahala yang diperolehi..

Aku mengaku, satu ketika aku pun begitu..tapi, hasil benih yang aku tanam sendiri dalam jiwa dan minda, aku seorang yang BERAGAMA, maka, syukur semakin kurang aku khusyuk dalam meluahkan kemarahan aku..sebaliknya melalui kemarahan yang ada, aku tumpukan sepenuhnya dalam mengingatkan Tuhan yang Satu..tapi aku masih daif lagi bab ni..aku cukup takut kalau ‘watak’ aku yang satu lagi muncul ketika marah, lain pula jadinya..masa tu, aku rasa, orang tua, pak imam, bilal, pengetua, guru besar, ketua kampung, bos, semua nampak lebih kecil daripada aku yang sedia kecil..eee..mintak simpang perangai buruk yang pernah aku buat dulu…

    • sebaliktabir
    • February 13th, 2009

    Memang la…aku masa belum kenal diri dulu pun habis cermin dengan almari pecah dalam tangan aku…itu dulu la…skrg insyaAllah tak… tak silap aku masa aku belajar dulu tentang beberapa nikmat yang Allah tarik balik, khusyuk adalah salah satu daripadanya. Hanya hamba yg terpilih je akan memperolehinya. Maknanya kena usaha. Udara free, angin free…. banyak lg tu…. semoga memperoleh semula nikmat ini dgn usaha.

  1. sebaliktabir: sesama kita

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: