Aku dan Termuda

du_072

 

LONDON – Seorang budak lelaki berumur 13 tahun, Alfie Patten menjadi bapa apabila kekasihnya melahirkan anak perempuan empat hari lalu di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Kekasihnya, Chantelle Steadman yang berumur 15 tahun bersalin di Hospital Eastbourne, Timur Sussex dan anak mereka seberat 3.31 kilogram.

Menurut Patten, dia dan Chantelle memutuskan untuk tidak melakukan pengguguran selepas mengetahui berita kehamilannya.

Patten mempunyai ketinggian hanya 1.21 meter dan tubuhnya seperti seorang budak berumur lapan tahun.

“Saya tidak pernah berfikir mengenai cara kami mahu membesarkan anak kami.

“Saya tidak mempunyai wang poket. Kadang-kadang bapa saya memberikan saya £10 (RM52.49),” katanya.

Patten menjalin hubungan seks ketika berumur 12 tahun tanpa memakai kondom dan mengetahui kekasihnya hamil ketika usia kandungan adalah 12 minggu.

Berita kehamilan itu terbongkar enam minggu kemudian apabila ibu Chantelle, Penny, 38, mengesyaki sesuatu selepas melihat tubuh anaknya berisi.

Pasangan kekasih itu akan membesarkan anak mereka dengan bantuan ibu dan bapa Chantelle.

Ibu Chantelle berkata: “Kami sudah mempunyai lima anak dan ia merupakan satu tanggungjawab kewangan besar.

“Namun, kami merupakan sebuah keluarga dan kami akan meneruskan kehidupan.”

Sebelum ini, bapa termuda di Britain ialah Sean Stewart yang berumur 12 tahun. Dia mendapat anak selepas dia melakukan hubungan seks dengan Emma Webster berumur 15 tahun di Sharnbrook, Bedford pada 1998. – Agensi

 

manlukeman: biarpun ada yang mungkin mencela budak nih tapi aku anggap dia seorang yang mulia..termasuk emak bapak dia yang cukup baik memberi sokongan..meskipun kita berlainan agama, aku tetap menghormati apa yang budak ni dah buat..berani buat, berani tanggung la..

apa yang dia buat..melahirkan anak dan mahu menjadi bapak..berlainan bukan dengan umat yang sama agama dengan aku yang cenderung memilih jalan yang salah..buang bayi..

apa..ada suara sumbang aku dah dengar..dia lain la, mat salleh, kafir, agama lain dengan kita..bukan lain agama yang kita perlu teliti, perbuatan itu..semua agama di dunia kecuali ajaran sesat menuntut melakukan kebaikan..apa..korang yang bersuara sumbang, yang nih pun tak boleh nak fikir..

jadi, lu fikir lah sendiri..tak guna mengucap dua kalimah Syahadah, kalau benda yang mudah ni pun tak boleh fikir

    • mywanfai
    • February 14th, 2009

    kecik2 dah pandai

  1. rase aku budak dh akil baligh..sebab tu pandai

    • sebalitkabir
    • February 17th, 2009

    kalau belum akil baligh mana boleh dapat…Bak kata Ustaz aku masa sekolah menegah dulu-dulu… tapi aku memang sedih dengan remaja kita sekarang ni, pedulikan bangsa lain…bangsa kita Melayu yang mempunyai statistik tertinggi dalam kebanyakkan gejala sosial dalam negara. Minta-minta mereka sedar sebelum terlambat…..amin…

  2. dah terlambat pun, belum tentu diorang sedar..

  3. sekurang-kurangnya berhati mulia budak tu..kalau budak kita, dalam tong la ko jumpa baby kan..realiti

  4. cthassan: aku sokong ayat ko..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: