Aku dan BJ Union

11 tahun dulu (lama gak rupanya) selepas aku baru pulang dari sekolah kira-kira jam 2.00 petang, terus ke dapur, melihat mak dan awo (nenek) aku sedang sibuk membuat kuih..

Mak: Lambat balik ?? (soal mak aku, walhal dah biasa aku macam tuh)

Aku: Ada kerja sikit..tolong Minah buat kerja akaun..duduk kat ‘port’ biasa..pastu tadi hantar Amat dulu balik rumah..

Mak aku: Kenapa kau ‘baik sangat’ layan kawan-kawan kau..?

Aku: Ala mak, bukan buat benda salah..tolong orang..

Mak: Apa yang kau dapat jadi ‘baik sangat’?

Aku: Tak pernah fikir nak dapat apa..cuma buat apa yang patut je..

Mak: Tak salah apa yang kau buat tuh..beringat sikit..jangan ‘terlalu’ baik..

—————————————- mula-mula, aku tak setuju dengan ‘cakap-cakap’ mak tuh tapi akhirnya, aku sendiri dah masak setelah ‘masa’ mengajar aku………………………………………………………………………………………………..

Sakit jugak selepas ‘pengajaran’ yang aku dapat tuh..tak tau apa nak buat..mujur, ada lagi ‘port’ yang boleh aku lepak sekali…bukan ‘port’ baru, cuma dah lama aku tinggalkan, aku lupakan..sekali lagi mujur, ‘port’ itu terima aku..

n731013561_1034437_4685

Budak Jahat Union (BJ Union)..Ed, Along, Deli, Awal, Ajan, Joe, Ijam, Kebad, Edex, Faiz…berbeza umur, berbeza peel, berbeza profesion kerja..semua boleh layan kepala..

Seronok masa aku dengan gang nih..even hingga sekarang..bukan seronok buat jahat..bunyi je budak jahat tapi takdela seperti nama..masing-masing pun kerja yang elok-elok (bak kata orang tua)..

Macam-macam aku buat dengan gang nih..main futsal..konvoi merata tempat..jalan-jalan makan durian kat kampung atuk aku..yang lebih best, bersama-sama diberi amanah untuk ‘jaga’ budak-budak remaja dan belia di tempat aku..

n731013561_1034350_5053

—- KINI —–

Mak : Dah lama mak tak dengar cerita pasal Amat dengan Minah ?

Aku: Entah, Akim pun dah lama tak jumpa dia..(jawab aku ringkas)

dah takda lagi soalan-soalan tuh mak aku tanya…terima kasih mak atas peringatan berharga..maaf, anak bertuah mak ni masih belajar..

dengan BJ Union, aku dah tak perlu lagi fikir lagi apa yang mak pesan..terima kasih kawan..

    • mywanfai
    • February 15th, 2009

    kita buat pulak team BB (budak baik) Union… takpun budak blogger union pun boleh… hahaha

  1. dengan gua lu takmau reunion ke bro, halah halah halah

  2. wanfai: gua on je..bereh..
    syahril: dgn SAK, kita lalak la..hahahahaa

  1. February 28th, 2009
  2. September 7th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: