Aku dan Malu

ini bukan aku..hiasan saja

ini bukan aku..hiasan saja

Malu sebenarnya aku nak menulis tentang benda nih..dah jadi macam artis pulak..surat khabar sekarang pun dah pandai naikkan berita seumpama gosip ke arena mainstream..seperti menulis isu berkaitan dengan politik..

Aku ingat lagi ketika berita mengenai skandal gambar separuh bogel ahli politik ini, Elizabeth Wong keluar di TV3, aku langsung tak perasaan..tak dengar butir pembaca berita tuh bercakap..yang aku perasan, gambar Elly terpampang..

ni gambar elizabeth, bukan gambar separuh bogel

ni gambar elizabeth, bukan gambar separuh bogel

Seperti satu komen yang aku tinggalkan komen di sebuah blog rakan, Bayan, aku ulang mahu tulis sekali lagi di sini..tak berkesempatan pula aku nak menulis ketika isu ini mula meletup..

Sejak bila orang ramai terutamanya orang ‘kita’ jadi heboh bila orang tak seagama dengan kita, membuat sesuatu yang agama kita tidak benarkan..hairan bukan..walaupun visual flash back yang ditunjukkan oleh TV3 ada 2 kes seumpamanya sebelum ini (tak termasuk di Kedah), juga bukan orang yang segama dengan kita melakukannya, sejak bila kita heboh, riuh..

hairan bukan..pelik sangat aku..setiap kali berlaku, pasti ada yang ambil kesempatan..tak kira la orang UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PAS, PKR, DAP ke, masing-masing lantang..nak berlawan..dia kata dia..dia sumpah dia..team yang terkena, standby nak bertahan..team yang tak kena, standby nak serang..bercakap pasal moral, kredibiliti, berdosa…yela..kononnya ye nak membalas dendam kesumat..

Aku lebih malu bila perangai tak senonoh segelintir orang, lebih-lebih melibatkan orang ternama, VIP, politik, kerabat raja, anak-anak uztaz, lebih-lebih lagi orang yang segama dengan aku yang masih lagi didiamkan..buat perangai begitu macam ada lesen..macam ada kebenaran..lebih-lebih lagi membelakangkan pegangan agama..

tak payah lah nak tipu, secabuk kau berfikir, tak kan kau tak tahu skandal-skandal orang..cuba ingat, yang ada buat peel gitu, apa agama dia..apa anutan dia..

Tanya aku..kalau puak-puak tak segama dengan aku, buat sesuatu yang membahayakan, memudaratkan aku, bangsa aku, agama anutan aku, ye……. aku tentang, aku serang, aku ganyang..setakat yang jadi nih, alahai..orang segama dengan aku pun sama..malah lebih ekstrem lagi..

Itulah aku…

    • sebaliktabir
    • February 19th, 2009

    Gambar “gelisah+gembira”artis kita yang katanya Islam bersepah sekarang ni…Takde ke tindakan undang-undang???

    • mywanfai
    • February 19th, 2009

    bro, ko tau… aku ada member, berbangsa Melayu dan beragama Islam, aku ulang… Melayu dan beragama Islam! Mamat ni memang kuat jiwa Melayu dia… kira hidup Melayu lah mamat ni.

    Tapi, hari tu dia cakap kat aku… ada 2 bangsa dlm dunia ni yg dia paling benci… pertama Yahudi, kedua ko tau bangsa apa?… Melayu lah… banyak fakta yang dia bagitau aku sebab apa dia benci bangsa Melayu sampai aku sendiri tak boleh nak pertikaikan…

    Aku ulang, member aku ni kuat jiwa Melayunya…

  1. sebaliktabir: undang-undang ada..tapi dah jadi macam hiasan..
    wanfai: melayu benci melayu..bukan perkara baru beb..

  2. pendek kata..apa benda ko simpan dalam almari(lemari, rak kasut..) tu la orang nk tahu..(kinky skeleton in the closet)..tak kira la ko bangsa apa..firaun ke kafir..hehe

  3. cthassan: tak benda nak cari pasal, gitu lah

    • perfumeshopkb
    • February 23rd, 2009

    separuh bogel macam gempak je. tapi bila aku tgk, biasa je. ramai lagi artis2 dan anak2 vip yang lebih dari “separuh bogel” tak pulak bising.

    alah standard lah rakyat malaysia. suka controversy. benda taklah seperti mana yang dihebohkan.

  4. perfumeshopkb: biasa la tuh, suka sngat nk palu kompang..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: