Aku dan Pulai 70

legend-21

Entry ini bersambung daripada yang pernah aku tulis sebelum nih..Aku dan BJ Union..cuma kali ini, watak yang berbeza..

Ini gang aku ketika menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor 2000-2004..lebih tepat lagi, budak-budak satu pengajian, duduk satu rumah..di Taman Pulai Utama, Skudai..bahasa Inggeris ye, housemate…

Apeq, Jama, Gman, Botaq, Lan, Aku..(nama bukan urutan di dalam gambar)

Gambar ini dirakamkan selepas rumah aku diserbu oleh teman sepengajian bersempena jamuan Hari Raya Aidilfitri 2003 (kalau tak silap) yang budak rumah aku anjurkan..ada seorang yang takde dalam gambar ni, Chope..di rumah sendiri..jangan main-main, gang aku semua nih yang masak..macam menu malam tuh selain kuih raya, ada bihun goreng, ada sandwich, ada salad, tak lupa juga barbeque…semua ye sedap sehingga menjilat jari..

Tau tak budak-budak lain sepengajian panggil gang rumah aku ni apa…aku nak cakap pun segan..tapi ini aku dengar dengan telinga, mata dan tubuh aku sendiri..gang rumah aku yang lain pun tak tau..ADIK BERADIK SETAN..kejam bukan gelaran nih..

Biasalah zaman remaja, nakal ala-ala macho, bukan jahat sangat pun..setakat bising dalam bilik kuliah, usik budak-budak perempuan, sorok beg budak-budak, buat surat cinta layang, bahan kawan-kawan depan pensyarah, jadi match maker untuk kawan-kawan, perkara lazim yang berlaku..biasa juga berlaku, manusia cukup pantas memberi, meluahkan persepsi masing-masing tanpa mengenal dengan lebih dalam terlebih dahulu..tapi, aku suka dengan gelaran yang diberi itu yang akhirnya kekal meskipun penghujungnya budak-budak yang menggelarkan dengan panggilan itu mengenali gang ini dengan lebih dekat lagi..hahahahahahahahaaaaa…

Aku cukup seronok menjadi ‘penumpang’ dalam kumpulan ini..sehingga aku lupa ‘pengajaran’ yang pernah berlaku pada aku seperti yang tertera dalam tulisan entry Aku dan BJ Union..banyak juga aku belajar ketika di sini, bersama gang nih..biarpun masing-masing cukup ‘terejal’ tapi syukur kini semuanya menjadi manusia…

Syukur juga sehingga kini, masing-masing still keep in touch..mungkin kecuali aku, sebab duduk jauh sangat dengan yang lain..malah salah seseorang daripada mereka, menjadi lebih rapat dengan aku mengambil kira pertalian darah..hahahahahahaaaa..sekali lagi aku gelak..

Aku rasa macam zaman emas aku di sini..bukan di sekolah menengah seperti yang pernah aku banggakan dulu..biarpun kurang pencapaian di UTM, tapi aku cukup menghargai waktu di sana..cakap pasar ye, seronok gila lah..

Lagenda Budak Setan Pulai 70,….Budak Jahat Union (BJ Union)….menarik bukan…..All For One, One For All…

    • HN
    • February 20th, 2009

    apsal geng ko semua jahat je gelaran tu? budak setan lar.. budak jahat lar… muahahhahaa…

  1. mane aku tau..org bg..aku tulis jer..

    • fayzura
    • February 20th, 2009

    sedar dirilah korang berdua yer…
    nak nak..korang ni dh ade ‘pertalian darah’

    muhahahahhaahha :))

    • mywanfai
    • February 20th, 2009

    wah blog ni dah berwajah baru lah… ni yg aku jeles nih

  2. fayzura: ala nani ni, dia pecah lobang lak kt cni..ceh..
    wanfai: sekadar nak cuba yang lain daa..aku pn jeles tgk blog ko..hehehe

    • nickmenza
    • February 27th, 2009

    kitorang duduk taman seri pulai huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: