Aku dan Blog di Indonesia

id

Malam tadi, aku susah nak tidur..ingat lepas tengok game Liverpool Vs Man City yang agak membosankan, aku boleh terlelap (jangan mare ye Wanfai)..langsung gatal aku nak surf, guna broadband si Hafiz yang entah macam mane boleh ada dalam beg laptop aku..

Godek punye godek, belek punye belek banyak-banyak blog, aku terjumpa sesuatu yang menarik..di sebuah blog milik mazidul akma sidek..http://mazidulakmal.blogspot.com….kenal tak..tak kenal, lu fikir la sendiri..lalu, aku terbaca satu entry yang menarik..

Entry yang menceritakan sebuah blog kurang ajar…http://id-top.blogspot.com/…terkejut jugak aku baca blog nih..kemain handal..kemain outspoken…habis semua pasal Malaysia dia hentam..gila-gila punye hentam lak tuh..bersemangat disulam dengan penuh emosi ayat-ayat dia..

—————————————————————————————————————-

Malingsia Tidak Beretika
Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar :
1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.
2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.
3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.
Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?

———————————————————————————————————————–

Ayat di atas nih mukadimah blog ni..sedikit la aku ‘paste’ kat sini..selebihnya, baca sendiri..

ada satu comment yang menarik perhatian aku ketika membaca entry yang dimasukkan oleh Mazidul..datang ye dari salah seorang student yang menuntut di Indonesia..

Izyan Nadirah berkata… saya adalah salah seorang penuntut di Indonesia. blog tersebut sememangnya mewakili sebahagian besar dari mereka. mereka mmg anti malaysia. sampai lecturer pun ada yang terang2an sewaktu kuliah menghina malaysia, mengatakan lagu ‘negaraku’ adalah ciplak daripada lagu2 peminta sedekah di negara mereka. di sana juga sering diadakan demonstrasi ‘ganyang malaysia’ sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan layanan kita kepada pekerja mereka di malaysia. memang tak sedar diuntung. walaubagaimanapun, memang tak semua macam tu. tapi saya sebagai penuntut di sana, amat merasakan kebencian segelintir rakyat mereka terhadap negara kita.

hampir semua entry dalam blog tuh menibai Malaysia yang dipanggil olehnya Malingsia..segala penjuru aspek diperkatakan..sosial, ekonomi, undang-undang, agama dan tak lupa juga politik..clam-clan blogger di sana yang sama kepala dengan blogger ni nampak macam ramai..nampak benar macam berdendam kesumat orang di sana dengan negara ini..negara yang menjadi destinasi pilihan wajib rakyat di sana untuk berhijrah mencari rezeki yang halal..ada juga yang haram..

Hairan aku..atas sebab musabab apa kebencian yang meluap itu dizahirkan dengan sebegitu rupa..terkedu aku baca..walhal, kita sebenarnya serumpun, tapi kenapa perkara ini berlaku..aaii..cukup la dalam negara dah teruk, nusantara pun nak ikut sama..seram bulu tengkuk aku fikir benda nih..

    • sebaliktabir
    • February 23rd, 2009

    Aku sendiri kadang-kadang kurang faham sikap mereka. Tidak sedar diuntung. Rakan-rakan mereka paling ramai di sini mencari rezeki yang sah ok la. Yang dikategorikan merompak hasil negara macam mana???
    “Kito sedulor, asal leh seko tanah. Ngesok luso mati melebu nang tanah jugak. Orak eneng bedo nang sisi Allah”

    • abgzel
    • February 23rd, 2009

    pastinya aku panas hati biarpun baca sekerat je apa yg ada dalam blog tu tentang malaysia. aku xnak komen pasal tu tapi ada sedikit kebenarannya apa yang diorg kata. satu yg jadi contoh..tarian poco poco. setahu aku tarian ni memang tarian indon n x salah dari medan tapi inilah tarian kebanggan rakyat malaysia. pantang ada function sure nak nari poco-poco, aerobik dgn poco-poco, makan malam dgn poco-poco. apa cer ni…

  1. sebaliktabir: samo la ngn den, pun tak faham apo dio nak laie
    abgzel: ye, aku tau, ko berpengetahuan…

    • mywanfai
    • February 23rd, 2009

    orang indon memang dari dulu benci kat msia sejak zaman sukarno lagi, sebab tu kalau pegi jakarta, pemandu teksi kat sana tak berapa nak layan pelancong malaysia ni…

    tapi orang msia pulak sibuk hari2 tak boleh mis tgk drama indon… mulai sekarang aku nak pulaukan agnes monica… hahaha

  2. citer indon, aku caye ko pulau..agnes monica, ni susah sket..

  3. apa pun dia orang fikir pasal malaysia, aku tak kisah.
    sebab aku tahu mereka amat mencemburui kita.

    Biarlah mereka dengan kerenah mereka,
    tapi aku tahu tak semua bersikap begitu.

    Aku tetap berbangga menjadi Rakyat Malaysia.

    utk penulis blog tersebut, satu saja komen aku:

    Piiiiirah!

    • qeefas
    • September 9th, 2009

    dengan ayat mereka…malingsial memamg aku pun naik marah…

    pastu dok bakar bendera malaysia… hanya kerana pertembungan budaya… padahal itu budaya melayu… cara hidup hampir sama…tapi indonesia ni ada sikap bodoh sombong…suka mencetuskan ….hal-hal yang remeh…tapi diperbesar-besarkan.

    pasal agnes monica tu… aku pun xdapat nak pulau… coz ternyata dia antara penyanyi yang hebat di rantau ini… mcm kita juga, disebab nila setitik rosak susu sebelanga… yang bagus mmg akui…

    tapi sekarang ni aku malas ambil serius sgt fasal kutukan indonesia yang semakin hari terselah ketidak cerdikan…. mereka….

    hampeh…………..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: