Aku dan Murtad

Berapa punya lewat daa..jam sudah pukul 3.38 pagi..aku tak boleh tidur lagi..mata tak mau tutup laa…

aku dah plan nak masukkan entry ni kat cabuk..cuma tak sangka dimasukkan diwaktu-waktu begini..

aku terbaca mengenai perkara ni di sebuah laman blog http://zul4kulim.blogspot.com/ yang aku baru baca kelmarin secara kebetulan..milik YB Zulkifli Nordin..Ahli Parlimen Pas Kulim Bandar Baharu P.18..entry secara ringkasnya tidak lain berbunyi

”Just to inform that esok Isnin 27 Safar/ 23 Feb soalan saya berkaitan Artikel 11 akan dijawab oleh Menteri secara live di TV 1 @ 10am.

Soalan:
Adakah Kerajaan bercadang meminda Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam).

Jawapannya yang panjang jela ada tertera di Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Cuma di sini aku ‘paste’ kan secara ringkas berbunyi

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy jelas menunjukkan bahawa orang Islam tidak boleh keluar daripada agama itu sesuka hati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kerajaan juga tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ekoran keputusan kes itu.

Beliau berkata, sekiranya kebebasan sedemikian diberikan, sudah pasti umat Islam di negara ini akan menjadi huru-hara malah kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi turut terjejas.

“Hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1) tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu luas sehingga meliputi hak kebebasan seseorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya.

“Bagi orang Islam yang berhasrat keluar agama Islam, orang itu perlu mendapatkan perintah Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

 

Aku sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal soalan dan jawapan yang aku tepekkan di cabuk ni..kebetulan aku berminat untuk merepek pasal ‘penyakit kronik’ dalam dunia Islam moden nih..

Kau dilahirkan sebagai orang Islam..apa yang susah sangat kau nak pertahankan agama yang kau anuti sampai hujung nyawa..bukan suruh berjuang, berperang lawan orang kafir, cuma amalkan yang termaktub dalam al-Quran seperti yang disyariatkan..tak payah nak cakap mak bapak Islam, jadi kau Islam..jadi sampai masa, kononnya selepas akil baligh, kau boleh pilih untuk agama selain Islam..nak murtad..ini alasan bodoh..

Ye..aku tau kalau sesiapa yang mengikuti kes di atas, pasti ada yang memperkatakan bahawa ia boleh dicabar..sebab Perlembagaan la..undang-undang lah..persetankan semua tuh..ni kita bercakap pasal keluar agama..murtad..bukan benda kecil, hukumnya mati, bunuh (selepas tiga kali dinasihat kembali pada Islam)..

Mudah bukan orang memilih untuk Murtad..kita tak boleh nak kata sebab perlembagaan kononnya longgar, maka ia ‘dibolehkan’..aku tak nampak semua tuh..kalau kita dengar lah satu ketika, kononnya melambak permohonan di jabatan agama negeri tuh., negeri ni untuk murtad..gila apa..mana silap benda kronik nih, apa puncanya..

Sampai tersebar luas cerita kononnya ada pergerakan agama lain untuk memurtadkan Islam..ramai yang terkena bunyinya..tokoh agama, pelajar agama, ustaz…disogok dengan wang ringgit, kekayaan, gaya hidup yang lebih bebas, minum air suci, boleh murtad..wujudlah ketakutan orang Islam kepada perkara ini melebihi ketakutan pada Tuhan yang Satu..

Apa la semua nih..tak payah nak taksub takut kan benda tuh..budak-budak sekarang tak murtad pun tak cukup sama macam keluar agama..jika wujud sekalipun cerita-cerita tuh, bukan dorongan untuk menjadi takut sebaliknya perlu berhati-hati, waspada..lagi mau tanya macam mana nak buat semua tuh..ingat Tuhan la kawan..ni pun nak tanya lagi macam mana nak buat, takkan nak kena ajar..pegang yang 6, buat yang 5..biar apa pun jadi…susah ke..

Aku rasa ni yang orang tak nampak..maka itu yang menyebabkan orang lebih takut pada cerita-cerita…dah kau takut cerita tuh lebih takut pada Tuhan, macam mana Tuhan nak tolong..kau minum air kosong pun boleh jadi murtad..

Aku sampai la ni dok fikir pasai apa kes macam Lina Joy tuh boleh jadi..dengan kes-kes yang aku ada dengar..hairan aku..tapi..siapa la aku..bukan hebat sangat..cuma berkongsi asas untuk semua..

    • sebaliktabir
    • February 24th, 2009

    Bro, semua dah jelas… bak pepatah, “ayam putih terbang siang”. Apa yang Nabi S.A.W katakan sudah berlaku.
    “Bila Islam itu hanya pada nama, Al-Quran hanya tinggal tulisan, Masjid hanya lambang keagungan/kebanggaan…ila akhir kalam.”
    Kita kurang menghargai Islam itu agama kita sebab kita tak perlu berusaha mendapatkannya.Mungkin.

  1. pendek kata…dunia nak Kiamat..siapa tak ingat, tak selamat..

    • ayin
    • January 6th, 2010

    saudar – saudari semua…pertahankan lah agama kita…kerana islam itu agama sebenar,,,agama yang suci lagi indah..

    • nur
    • January 10th, 2010

    Islam adalah suatu agama yang paling perfect…tiada perkataan ketinggalan atau tdk moden kerana kita masih belum habis mendalaminya gingga ke akhir nya……

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: