Aku dan Warna Bumi Malaysia Pagi Ini 2

Aku malas nak bercakap-cakap..rasa semakin menyampah pun ada..mujur ada agamad..kalau tak dah lama kena makan sumpah puak-puak nih..mari bersama Cabuk untuk melihat agenda suratk khabar arinih..

Aku suka gambar nih..aku tabalkan..pix of the day

kredit untuk naim aziz (photographer Utusan)

kredit untuk naim aziz (photographer Utusan)

1) Kadar tol 5 lebuh raya naik

Hujan saja yang turun..bunga pula kembang cantik, kemudian luruh..yang satu nih naik saja manjang..

Kadar tol di lima lebuh raya akan mengalami kenaikan antara lima hingga 34 peratus mulai 1 Mac ini.

Lebuh raya terlibat ialah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

2) PM: Kaji semula kenaikan tol

Kerunsingan Pak Lah diungkap melalui kata-katanya…“Walaupun dipertimbangkan dari segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,”

3) KECOH

Haru-biru..huru-hara..kacau-bilau..caci-maki..tolak-menolak..

Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

4) Karpal diberi masa 24 jam kemuka bukti

Aku sendiri pun tak tahu macam mana si peguam hebat nih boleh main lepas cakap sampai begitu sekali

Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

5) Kes abai kucing ditentukan 2 April

Apa kejadah la dia nih..makhluk kesayangan Junjungan Besar pun kau buat gini.

Selepas empat tahun perbicaraan, kes pemilik dan pembiak kucing yang didakwa atas empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu akan diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2 April depan.

    • sebaliktabir
    • February 27th, 2009

    Ni lagi satu hal…baru aku ulas panjang sikit dah jadi realiti..lagi real lagi power.. Ini la yang orang katakan… “Adat ayam ke lesung, adat itik ke pelimbahan” Memang susah nak ajar orang yang rasa dirinya lebih bagus dan lebih baik dari orang lain. Mak aku selalu cakap “Bodoh tak boleh diajar,Pandai tak boleh diikut”. Aku marah. Tapi diaorang dengar ke aku marah? Aku rasa semua ahli parlimen yang macam ni tak payah la gantung-gantung keahlian ke, tak boleh masuk dewan ke. Masukkan je diaorang join sekali PLKN. Baru tau tinggi mana sangat pekerti tu. Aku Cintakan Keamanan bukan orang yang sibuk-sibuk tidak sedar diri ini! Aku marah! Siapa yang dengar?

  1. xpe..kita niatkan utk kebaikan..pasti Tuhan balas..relax bro..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: