Aku dan Badminton

thomas92a

Aku masih ingat lagi tanggal 17 Mei 1992..12.36 pagi..Piala Thomas kembali dalam genggaman Malaysia setelah 25 tahun menunggu sejak 1967..aku tengok sendiri kat TV final mase tuh sekali dengan ayah..memang gila punye panik..tengok Rashid nak dapat mata pertama untuk Malaysia, punya susah nak jinakkan Ardy Wiranata..

Selepas saat ini, ramai budak jinjing raket ke hulu ke hilir..nak jadi pemain badminton..siapa idolanya, semua keluarga Sidek..Razif Hj. Sidek, Jalani Hj. Sidek, Rashid Hj. Sidek..jadi satu macam fenomena..

Termasuk aku yang ketika itu masih berumur 10 tahun..terus ligat nak main badminton..lupa sekejap main bola sepak..bersama-sama gang BJ Union (https://manlukeman.wordpress.com/2009/02/15/aku-dan-bj-union/#comments)..ada gak gang lain main sekali..rata-ratanya lebih tua dari aku, lebih tinggi saiz dari aku..zaid, arin, am, zali, JJ, ayie, si galah (aku xigt nama dia, cuma nama samaran je)..

Pagi, Petang, Malam..aku bermain di gelanggan buatan sendiri atas jalan tar di Jalan Cempaka 1, Taman Desa Raya, Hulu Langat, Selangor..memandangkan saiz aku kecil berbanding lain, lambat sikit aku nak jadi teror macam yang lain..single, double, semua aku try nak jadi pandai.

Aku ingat lagi friendly pertama aku dengan budak Kampung Padang, Pangsun (berdekatan dengan Sungai Congkak)..berakhir dengan kemenangan mudah 5-0..aku penyumbang mata dalam double..kalau tak silap dengan Ed..

Ketika aku menuntut di Darjah 6, aku terpilih mewakili sekolah untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sekolah St. Paul, Seremban..kalah dengan 4-1..aku main double dengan awaluddin, teruk kena main..ha..masa ni baru benda baru aku nampak yang lain daripada yang lain..cara orang bermain..tambah ilmu sebab selama ni hanya main dengan gang se-taman  je..

Masa mula bekerja di tempat sekarang, aku juga ada bermain badminton..gang yang biasa main, Shahren (kini bertugas di SSM), Bob, Mus..yang lain semua bos-bos aku..LO, Luqman Haziq, Abu Hakim, Wan Hasnan..bayangkan, kuasa badminton nih buat aku jadi ringan mulut dan  boleh baik dengan bos-bos aku..hahahahhaa..

Memandang aku agak kurang kompetitif dalam permainan ini, aku hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada bola sepak..lebih-lebih lagi mengingat dua kekalahan yang cukup pedih dalam sejarah aku bermain badminton..pertama, dengan sparing partner belasahan Muhammad Hafiz Hashim di BAM, Mahathir (apa ntah nama penuh dia) di Kejohanan Tertutup Selangor..yang kedua, dengan sorang mamat cina ketika belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)..terus rasa macam taubat tak nak main badminton lagi..

Ada juga kenangan manis..bukan berdiri atas podium terima medal..tau apa..aku dapat bermain dan train sekali seorang junior di UTM..jadi Johan Perseorangan budak ni dalam Sukan Antara Kolej..Sha nama panggilan dia..hahahahaha..klaka siot ingat balik benda nih…

Sekarang bersama gang-gang Media Kelantan (mediakelantan.wordpress.com), kegilaan bermain kembali semula..selain futsal pada setiap malam Selasa, masing-masing bersemangat nak main badminton malam Jumaat di MSN, Telipot..termasuk gang yang veteran, wak, sasuki..umur dah lebih 40 tahun, rajin nak hayun raket….aku main double saja..tak mau aku main single..

Cuma, kali ini aku hanya untuk mengeluarkan peluh..berdoa terus sihat dengan pembabitan aktif dalam sukan..

    • sebaliktabir
    • March 2nd, 2009

    Memang best saat ni… tapi sekarang ni…mungkin nak cukupkan 25 tahun sekali…JUBLI PERAK…JUBLI EMAS…dan JUBLI INTAN

  1. bisa komen lu ni bro…

    • sebaliktabir
    • March 2nd, 2009

    Bisa ke? hehehe.. Sepatutnya pihak berkenaan ambil iktibar susah payah dan pahit manis Allahyarham Datuk Sidek membentuk anak-anaknya menjadi bintang badminton. Hanya buah tangan orang kampung yang sederhana sahaja.Kini berbagai kemudahan dan kecanggihan yang ada. Apa lagi? Manfaatkanlah sepenuhnya wahai yang berkenaan.😉

    • mywanfai
    • March 2nd, 2009

    nanti gua pun nak turun jugak la… hehehe… tunggguuuu….

  2. sebaliktabir: main sekali, dapat duit, bereh..
    wanfai: sila la turun kalau berhajat, aku menanti..

    • arrayyan
    • January 8th, 2010

    tengok wjh awk ni skali macam iras2 adik beradik sidek
    ada kena mengena ke??
    hehe….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: