Aku dan Silap Mata

Sebenarnya aku tak tau nak update apa dalam blog nih..tapi tetap rajinkan diri..macam biasa, kebetulan, aku ade idea nak kongsi dengan semua

kkb000012457

Berpura-pura  minta tukar wang RM50 tapi  sebenarnya nak kebas duit.

Itulah modus operandi yang dijalankan seorang penjenayah  yang berjaya menipu dua wanita dalam hari yang sama se kaligus mengakibatkan kerugian RM800 setiap seorang dalam  dua kejadian yang berasingan kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku di bank yang mempunyai  perkhidmatan mesin wang automatik (ATM) di Jalan Wakaf  Siku dan Jalan Parit Dalam di sini, suspek terbabit bijak  memanipulasikan mangsa yang baru saja mengeluarkan wang  untuk menukar  wang RM50.

Apabila pertukaran wang berlaku antara mangsa dan suspek,  secara tiba-tiba suspek akan bertukar fikiran dengan meminta  untuk menukar wang RM5 pula dan kemudiannya terus me larikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supri tendan Hamzah Alias, dalam kejadian yang berlaku pada pukul  9.50 pagi dan 10.15 pagi, dua wanita berumur 31 dan 55 tahun  dipercayai ditipu oleh suspek yang sama.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua kejadian yang  berlaku menggunakan modus operandi yang sama dan pe ngecaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) mengesan  suspek dipercayai berketurunan Cina.

“Mangsa pertama mengeluarkan wang berjumlah RM2,000  manakala mangsa kedua berjumlah RM3,000.

“Ketika suspek meminta untuk menukar wang  RM5, mangsa  tidak mempunyai wang itu dan apabila wang diserahkan  kembali, menyedari ia berkurangan sebanyak RM800 daripada  jumlah yang dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini  semalam.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420, Kanun  Keseksaan dan kini polis memburu suspek terbabit yang berusia  lingkungan 30-an.

Katanya, selain modus operandi tersebut, siasatan juga  mendapati jenayah ini kerap berlaku ketika musim orang ramai  menerima gaji dan mengeluarkannya daripada ATM.

Justeru, Hamzah menasihatkan orang ramai supaya lebih  berhati-hati ketika dihampiri oleh individu yang tidak dikenali  lebih-lebih lagi apabila membabitkan wang ringgit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan  kes ini diharap dapat menghubungi polis berdekatan bagi  memudahkan usaha mengesan suspek dibuat,” tambahnya.

habis

  1. wah!

    magik

    pelik

    tragik

    • sebaliktabir
    • March 5th, 2009

    Silap mata kita ni…
    Jadi lah haribulan terkena…
    Silap-silap bukan sekali jer…
    Hati-hati jangan tersilap lagi..

  2. imaranabduljabar: betul la tuh
    sebaliktabir: pesanan baik utk semua

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: