Aku dan iPod Ben Foster

picsrv_manutd_comcaoxy7zv

sumber (http://picsrv.manutd.com/?fif=/manu/img_10_27814_5237.jpg)

LONDON: Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA Inggeris) tidak akan mengambil tindakan terhadap Manchester United atau penjaga gol Ben Foster kerana menggunakan iPod ketika perlawanan akhir Piala Liga, ketika menentang Tottenham Hotspur, Ahad lalu.

Foster melihat video pemain Spurs mengambil penalti menerusi iPod dan kemudian berjaya menyelamatkan sepakan Jamie O’Hara bagi membolehkan United menjulang piala itu menerusi penentuan penalti 4-1 selepas terikat tanpa jaringan di Stadium Wembley.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter menolak penggunaan sebarang teknologi video, terutamanya untuk memastikan sama bola melepasi garisan gol, sejak bertahun-tahun lamanya.

Bagaimanapun penggunaan iPod sebagai alat bantu taktikal adalah sesuatu yang baru dan tidak melanggar peraturan perlawanan.

Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Graham Poll memberitahu Daily Mail kelmarin bahawa penggunaan teknologi iPod “mempunyai potensi untuk mewujudkan kepincangan dalam undang-undang yang sepatutnya dirujuk kepada Fifa”.

Jurucakap FA berkata: “Apa yang berlaku tidak melanggar peraturan, jadi kami tidak akan mengambil tindakan lanjut.”

Kali terakhir Spurs terbabit dalam penentuan penalti adalah pada tahun lalu ketika tewas kepada PSV Eindhoven dalam Piala Uefa.

Dalam perlawanan itu, O’Hara menyepak ke bahagian kiri penjaga gol dan Ahad lalu dia turut melakukan tendangan ke arah sama dan berjaya diselamatkan Foster.

“Sebelum sepakan penalti itu, saya melihat iPod bersama jurulatih penjaga gol, Eric Steele dan ia mengandungi imej pemain Tottenham sedang mengambil penalti,” kata Foster.

“Mereka memberitahu bahawa saya perlu kuatkan semangat ketika menentang Jamie O’Hara dan dia akan lakukan apa yang selalu dilakukannya.

“Saya membuat banyak penyelidikan sebelum ini tetapi ini adalah pembaharuan yang dibawa kepada kelab ini.” – Agensi

manlukeman:  Aku puji betul kalau ahli sukan yang cerdik bijak macam mamat ni..guna IT bertujuan untuk jadi bagus dalam apa yang dia nak buat..aku ingat lagi penyerang antarabangsa England dan Newcastle, Micheal Owen pernah mendedahkan yang dia jadi lebih bijak merancang permainannya melalui kajian yang dibuat olehnya ketika bermain PS2..amik ko..

Agaknya, ada tak ahli sukan lain yang macam mamat dua orang nih..mungkin ada (kita tak tahu) atau sebaliknya..ke dapat pergi disko, boleh jadi hebat di padang atau balapan..heheheehee..jangan marah ye senior..

Dalam hal ni, patut la Ben Foster baguih dok ada..dapat save penalti..menang MU satu piala (biar la tak penting pun piala nih)..team lain, apa cerita…hahahahaaaa..

    • mywanfai
    • March 4th, 2009

    dah la lawan team cap ayam dalam piala cam ayam, itu pun nak guna taktik kotor… itu tak kira player suka menipu dive dalam kotak penalti lagi tu… hish teruk betul la! aku benci betul team takde semangat kesukanan ni

  1. aku dh agak..sure ko komen ye..dengki la tuh..aku maleh nk citer byk..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: