Archive for March 15th, 2009

Aku dan Baju Angkasawan

malaysian-astronaut-sheikh-muszaphar-shukor

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membeli pakaian angkasawan yang pernah dipakai oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang bernilai AS$50,000 (RM184,600).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pakaian tersebut yang kini berada di Rusia mungkin akan dipamerkan di Muzium Mara atau Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT).

Tujuan pembelian pakaian tersebut, jelasnya, sebagai simbol kejayaan seorang bekas pelajar di bawah institusi Mara yang juga merupakan angkasawan Melayu pertama.

“Saya telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada Mara dan Mara akan berurusan dengan Sheikh Muszaphar sendiri kerana beliau yang akan mengendalikan pembelian pakaian itu.

“Sebelum ini Sheikh Muszaphar ada memberitahu bahawa pakaian itu bakal dibeli oleh sebuah syarikat korporat tempatan, bagi saya tidak sesuai sekiranya orang lain yang membeli, justeru eloklah jika Mara yang membelinya,” katanya

manlukeman: Aku tengah fikir..sejauh mana relevan Mara nak beli baju nih..adakah keperluan ini dituntut..terutamanya ketika ini..zaman ekonomi yang tidak memberansangkan..

Aku tidak melatah..ataupun marah dengan berita ini..cuma aku perlu berfikir secara rasional..

RM184,600..sejumlah wang yang mampu untuk menampung perbelanjaan satu kepala pelajar cemerlang di institusi pengajian tinggi awam selama 4 hingga 5 tahun..yuran, perbelanjaan harian, ditanggung beres..mungkin di UiTM..di UTM..di UM..

Mungkin pelajar itu Nik Nur Madihah Mohd. Kamal..pelajar hebat SPM 2008 dengan keputusan 20 A..19 A1..1 A2..atau sesiapa saja yang senasib dengan pelajar ini..

Advertisements