Aku dan Baju Angkasawan

malaysian-astronaut-sheikh-muszaphar-shukor

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membeli pakaian angkasawan yang pernah dipakai oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang bernilai AS$50,000 (RM184,600).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pakaian tersebut yang kini berada di Rusia mungkin akan dipamerkan di Muzium Mara atau Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT).

Tujuan pembelian pakaian tersebut, jelasnya, sebagai simbol kejayaan seorang bekas pelajar di bawah institusi Mara yang juga merupakan angkasawan Melayu pertama.

“Saya telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada Mara dan Mara akan berurusan dengan Sheikh Muszaphar sendiri kerana beliau yang akan mengendalikan pembelian pakaian itu.

“Sebelum ini Sheikh Muszaphar ada memberitahu bahawa pakaian itu bakal dibeli oleh sebuah syarikat korporat tempatan, bagi saya tidak sesuai sekiranya orang lain yang membeli, justeru eloklah jika Mara yang membelinya,” katanya

manlukeman: Aku tengah fikir..sejauh mana relevan Mara nak beli baju nih..adakah keperluan ini dituntut..terutamanya ketika ini..zaman ekonomi yang tidak memberansangkan..

Aku tidak melatah..ataupun marah dengan berita ini..cuma aku perlu berfikir secara rasional..

RM184,600..sejumlah wang yang mampu untuk menampung perbelanjaan satu kepala pelajar cemerlang di institusi pengajian tinggi awam selama 4 hingga 5 tahun..yuran, perbelanjaan harian, ditanggung beres..mungkin di UiTM..di UTM..di UM..

Mungkin pelajar itu Nik Nur Madihah Mohd. Kamal..pelajar hebat SPM 2008 dengan keputusan 20 A..19 A1..1 A2..atau sesiapa saja yang senasib dengan pelajar ini..

  1. Mungkin baju itu boleh ‘lahirkan’ angkasawan Malaysia yang guna teknologi Malaysia dan bahasa Malaysia [Melayu].

    • mywanfai
    • March 15th, 2009

    ni pun mesti hits tinggi nih… muahahaha

  2. errr…saudara, adakah spender Sheikh Muszaphar masa kat angkasa tu pun termasuk dalam pakej pembelian baju ni? Mak tak relaaaaaaa

    • HN
    • March 15th, 2009

    malaysia mudah taksub… huhu..

    • fayzura
    • March 15th, 2009

    mcm² kan? hehhe..sbr jer lah🙂

    • March
    • March 16th, 2009

    huh…???
    *garuk kepala*

    • sebaliktabir
    • March 16th, 2009

    ermmm… ???
    Tgh fikir nak beli ke tak baju T-shirt Rm49.90. Discount 10%.

  3. bayan: dalam ye ayat..susah nk balas komen cik bayan nih..
    wanfai: ko ni..ade2 saje la..
    SAK: haa..dia pakai ke?
    HN: bukan m’sia, manusia mudah taksub
    Nani: mak tak rela..
    March: gatal satu badan
    sebaliktabir: beb..beli saje baju tuh..hagra berpatutan..

    • sebaliktabir
    • March 18th, 2009

    Sedangkan yang berpatutan pun masih berkira-kira nak beli ke tak kan??? heheheh🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: