Aku dan UMNO

manlukeman: aku sekadar mahu berkongsi mengenai artikel yang terpampang di Utusan Malaysia hari ini..menarik aku rasa…secara kebetulan aku sendiri tak perasan benda nih..

hasil nukilan seperti nama di bawah

DR. SHARIFUDIN LUBIS, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

MEMANG ada kebenarannya apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Khalid Abdullah dalam Utusan Malaysia kelmarin tentang mengubah semula nama UMNO kepada Pekembar. Penggunaan nama United Malay National Organisation telah secara dasarnya menyesatkan roh Melayu dan mengelirukan jati diri pertubuhan yang sepatutnya menyatukan orang Melayu.

Daripada segi sejarah, dengan maksud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar), pertubuhan ini telah berjaya menyatukan seluruh parti Melayu semenjak sebelum merdeka.

Justeru Pekembar sebenarnya lebih relevan dalam usaha menyatukan orang Melayu tanpa mengira negeri, fahaman dan pegangan politik masing-masing.

Malah, latar belakang akademik dan kecenderungan agama juga boleh dilangkaui. Yang penting asalkan orang Melayu.

Dalam sebuah daripada masterpiece Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu Pendekar Bujang Lapuk, saya teringat satu dialog yang dituturkan oleh Sudin ketika mereka melintasi sekolah yang mengajar orang tua.

Justeru ketiga-tiga watak; Ramli, Sudin dan Ajis digambarkan sebagai buta huruf, mereka cuba meneka tulisan pada papan tanda sekolah itu. Dialog itu lebih kurang berbunyi begini: “Alif (A) mim (M) nun (N) wau (U/O), alif (A) tendang wau (U/O); SARKAS!”

Sama ada disedari atau tidak, jika dibunyikan akan disebut “AMNU/O” (UMNO!). Jika benar itulah yang tersirat di sebalik dialog tersebut, pada waktu itu lagi P. Ramlee sudah dapat meramalkan, jika orang Melayu gagal ‘membaca’ alif mim nun wau, dan apabila alif tendang wau, yang tinggal hanyalah huruf alif (A), mim (M) dan nun (N) yang boleh diterjemahkan sebagai “Akhirnya Melayu Nazak”.

Bagaimanapun, sebelum sampai ke tahap nazak itu, orang Melayu akan menjadi bahan tontonan seperti dalam persembahan sarkas.

Itulah yang dilihat sedang berlaku dalam kalangan orang Melayu sekarang. Belum selesai masalah kemiskinan tegar, penguasaan ekonomi, penyalahgunaan dadah, ajaran sesat, hedonisme, merempit dan sebagainya, muncul lagi aksi-aksi perebutan kuasa, politik wang, fitnah-memfitnah, penderhakaan, saman-menyaman, lompat-melompat dan macam-macam lagi.

Dari luar lingkungan itu, semua aksi tersebut sangat menarik untuk ditonton, dan saya yakin jangkauan penonton bukan sahaja terhad setakat dalam negeri tetapi juga penonton antarabangsa. Saya juga yakin, ramai penonton yang ‘membayar’ untuk memastikan aksi-aksi ngeri itu tetap berlanjutan!

Masihkah pemimpin-pemimpin Melayu tidak sedar akan falsafah tersirat di sebalik dialog Pendekar Bujang Lapuk itu? Rakyat nampaknya lebih arif tentang hal tersebut, barangkali kerana mereka ada banyak masa untuk menonton filem berkenaan yang tidak jemu-jemu ditayangkan media elektronik kerana rating penonton masih tetap tinggi.

Atau apakah Ketuanan Melayu hanya memegang falsafah Pendekar Mustar; “hantam sajalah”, walaupun langkah anak muridnya sumbang? Jika boleh diterjemah ketuanan itu sebagai raja dan rakyat yang menjadi mengundi, saya fikir golongan pembesar (pemimpin) Melayu perlu segera sedar bahawa raja-raja telah melafazkan kegusaran mereka, manakala rakyat telah bersuara dalam pilihan raya umum dan dua pilihan raya kecil yang lalu. Perlukah menunggu pula beberapa pilihan raya kecil lagi yang bakal berlangsung?

Buat sekian kalinya, suara-suara dan harapan penyatuan orang Melayu khususnya yang diwakili oleh UMNO dan Pas mulai kedengaran lagi. Adalah diharapkan para pemimpin Melayu akan tulus dan telus menyahut seruan ini dengan mengetepikan ego masing-masing.

Jangan lagi asyik beretorik kerana itu hanya akan lebih mengelirukan rakyat. Jika berlaku percanggahan hukum-hakam dan perundangan seperti yang melanda negeri Perak sekarang, kembalilah kepada satu lagi sumber yang kita wajib percaya; iaitu al-Quran dan Sunah.

Pemimpin Melayu juga harus sentiasa insaf bahawa sebagai Muslim, kita wajib percaya bahawa setiap pemimpin akan ditanya akan kepemimpinannya di akhirat nanti.

Jadi sewajarnyalah kita kembalikan citra Melayu Muslim itu dalam segala tindak-tanduk kita supaya perjuangan kita diberkati Allah. Keberkatan itulah yang dinantikan oleh setiap umat Melayu kini. Dengan paksi ini sahajalah kita akan kembali disegani kaum lain dan tidak lagi diperkotak-katikkan seperti sekarang.

Tutuplah segala pekung dengan musyawarah. Janganlah terus-terusan bersorak kerana kita khuatir kampung halaman akan tergadai. Janganlah juga kita ‘biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya’ sambil bernyanyi “biarkan, biarkan!”

    • sebaliktabir
    • March 20th, 2009

    hmmmm…. susah nak komen….dah jelas dan terang…

    • March
    • March 20th, 2009

    huh..???
    *garuk kepala lagik*

  1. sebaliktabir: a’ah..terang..
    march: ko ni asik garuk pala je..

    • rmf
    • September 8th, 2009

    Mohon kebenaran untuk memasukkan artikel ini kedalam blog saya- Sangat menarik dan mendalam maksud nya

  2. RMF: ini bukan artikel saya..tulisan DR. SHARIFUDIN LUBIS, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia..saya cuma tempelkan saja di sini..memang untuk rujukan ramai..

  3. sharifudin lubis ya?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: