Aku dan Penyeludup

kkb000012691

Makin naik ‘toncang’.

Bukan setakat ‘menggila’ dengan aktiviti membawa masuk  barangan secara haram tetapi penyeludup kini lebih berani  sehingga mengancam nyawa anggota penguatkuasa apabila  mereka terdesak.

Operasi Octopus Khas yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan  Marin (PGM) Pengkalan Kubor malam kelmarin hampir men cederakan empat anggota PGM apabila mereka ‘diserang’  penyeludup.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supri tenden Tan Cheng San memberitahu, operasi tersebut bermula  kira-kira pukul 7 malam di sekitar pengkalan haram Kuala  Jambu, dekat sini.

Menurutnya, tiga jam kemudian anggotanya mengesan tiga  buah bot enjin galah yang dinaiki sembilan lelaki warga Thailand  cuba masuk ke perairan negara dengan membawa masuk beras  pulut yang disyaki cuba di seludup.

“Bot PAC 817 berjaya memintas salah sebuah bot penyeludup  tersebut dan ketika kita cuba mendekatinya, tiga penyeludup  tersebut bertindak agresif dengan cuba memukul anggota  dengan menggunakan pendayung dan senjata berbahaya seperti  kayu dan besi.

“Bagaimanapun, bot tersebut berjaya ditahan dan tiga lelaki  tersebut telah melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai dan  berenang ke negara jiran,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, hasil pemeriksaan pihaknya berjaya menemui  1,350 kilogram beras pulut yang dianggarkan bernilai  RM4,320.

Katanya, insiden tersebut tidak berakhir di situ apabila  sebuah lagi bot milik PGM cuba masuk ke kawasan tersebut  untuk memberikan bantuan telah ‘diserang’ oleh sekumpulan  lelaki.

“Ketika PAC 31 cuba masuk, lima anggota yang berada  didalam bot tersebut telah diserang oleh sekumpulan lelaki  terdiri daripada 40 orang yang berada di tebing sungai di  sebelah Thailand.

“Mereka telah melastik dan membaling batu ke arah anggota  dan bot milik PGM sehingga memaksa anggota yang berada  didalam bot terpaksa bersembunyi di sebalik kabin bot,” ujar nya.

Jelasnya, kejadian tersebut menyebabkan dua buah bot PGM  terperangkap dan terpaksa meminta bantuan logistik daripada  Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk membawa pulang barang  rampasan termasuk bot penyeludup.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai  Pemerintah Batalion 7, PGA, Supritendan Mohamad  Khalid  Wahab yang turut turun padang membantu kami semua.

“Ini merupakan kejadian kedua bagi tahun ini, selepas ke jadian pertama pada Februari lalu apabila penyeludup cuba  merempuh bot yang dinaiki anggota PGM,” ujarnya.

    • sebaliktabir
    • March 26th, 2009

    Syabas penguatkuasa kita. Doa’kan keselamatan mereka dalam dunia yang semakin mencabar ini.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: