Aku dan Keputusan

Di sudut kedai kopi, diluar dewan yang hebat itu, dua sahabat sedang rancak berborak…Hakim dan Luqman hangat memperkatakan tentang satu keputusan..namun, Luqman banyak mendengar buah butiran daripada Hakim yang nampak macam seronok bercakap..Luqman hanya banyak diam, sugul..

Hakim: Kau ni kenapa..macam orang kalah judi lak..monyok saja..bukan kau yang bertanding pun..

Luqman: Aku kecewa..sangat kecewa..bengang pun ada..tak sangka nak jadi jugak..walaupun sudah dijangka, tapi kenapa la jadi..entah la..

Hakim: jadi, jadi, jadi..dok ulang benda yang sama..apa hal kau nih..

Luqman: Tak sangka apa yang aku jangka jadi kenyataan..inila yang paling aku pantang..kadang-kadang kita cuba nak elak apa yang kita jangka tu jadi..tapi tetap jadi gak..

Hakim: Macam tengok bola gak..macam MU..nampak macam nak kalah, tiba-tiba boleh jadi menang..kena terima hakikat lah..best man win la brother..

Luqman: Wei…bola tu lain..main adil..ade pengadil..ada key player..ini tak..biar tak nampak secara zahirnya tapi semua orang ble bau..bangkai tu berbau busuk sangat..satu pelusuk kampung boleh pengsan terbau..Aku malu betul bila tengok keputusan tuh.mula-mula kalau tengok paten, nampak macam nak berubah..alih-alih, kononnya sebab setiakawan, keputusan tuh kalau orang tak tau pun takpe…dah boleh jangka..

Hakim: Uiii..kasar ayat kau ni..bersopan sikit..kau kan orang Melayu..

Luqman: orang Melayu memang sopan..dah jadi macam ni, siapa-siapa pun boleh nak melenting.. tak terima..kau nak tengok bangsa kau sendiri musnah disebabkan keputusan yang kita tengok hari nih..aku tak sanggup..yang peliknya lagi, orang lain ada yang jadi pak sanggup..nak gak keputusan yang macam nih..

Hakim: takpa la bro..semua tuh sesiapa pun tak boleh jangka..jangan negatif thinker sangat..bagi peluang..tengok macam mana, manfaat atau tidak keputusan nih..kita perlu jalan ke depan..tegak, bersih..

Luqman: tegak tuh dah tentu..bersih tu, aku tak berani la nak kata..

Hakim: Kau nih, nak kena ke ‘dalam’ ke..jangan cabai sangat mulut..jangan kata kita ngan binatang je ada telinga, kerusi meja, dinding lantai, pinggan cawan pun ada gak..hahahahhaaa..

Luqman: Biar la, aku suka nak bercakap..bukan benda yang tak betul..kenapa perlu takut..kepada yang tak boleh dengar, tutup telinga la wei..jangan malu nak telan ludah sendiri, hakikatnya memang nampak..

Hakim: makin kuat kau ni merepek..jom..siapa nak bayar nih..

Luqman: Kau ni, lagi mau tanya..gang kat dalam tuh dah berkepuk poket, jual saja nama puak-puak tuh..

Hakim: (senyap) sambil geleng kepala..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: