Aku, Zikir dan Ayat al-Quran

klt000018633

 

 

“Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan” – pakar terapi minda Aura Syifa’ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.

———————————————————————————————

Aku sebenarnya agak tertarik dengan kenyataan individu ini seperti yang tertera pada artikel di Kosmo! hasil penulisan Hamzah Abdul Hamid..aku baca sampai habis artikel ini..

Berfikir aku..lama juga..nak dapat tangkap apa disebalik ayat-ayat diatas..apa yang cuba nak disampaikan oleh Rachmat..

Rachmat ini nampak gaya ye (seperti yang ditulis) tergolong dalam pakar ilmu hipnosis, kaedahnya terapi minda..caranya, dia akan membimbing pesakit untuk melawan segala bentuk gangguan makhluk halus atau sebarang sakit yang dihadapi..

Salah seroang rakannya, Noor Azizan Abdul Majid juga ada berkata, bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‘entiti’ tersebut.

“Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti,” kata Noor Azizan

Betul apa yang dimaklumkan oleh Rachmat dan Noor Azizan..malah, melalui kaedah zikir dan ayat al-Quran, benda yang sama juga dilakukan..

Sebelum terkena, manusia perlu mendampingi al-Quran..rajin bertasbih, berzikir, bertahmid..mudah kata, macam pendinding diri..

Selepas terkena, benda yang sama juga perlu dilakukan..selain keperluan untuk pendinding diri, ia juga akan bertindak sebagai terapi minda..jiwa jadi lebih tenang, yakin, tabah, sabar, berani..dekat diri dengan agama, ingat Tuhan selalu, takkan jiwa dan minda boleh jadi serabut..melainkan buat cara salah la..

Aku pernah lihat Expose Mistik di Astro..ada satu kes di Kedah kalau tak silap..mangsanya, remaja perempuan yang ‘terkena’..entiti itu melalui  dialog dengan orang yang mengubat gadis ini katanya, sukar untuk menguasai sepenuhnya remaja itu..tau apa sebabnya..remaja ini suka sangat membaca al-Quran..mudah kata, selepas berjaya disembuhkan, orang yang tukang mengubat gadis ini menyuruh dia jangan tinggalkan amalan tersebut..

Bagi sesiapa yang pernah terkena, satu ‘lubang’ akan tertinggal pada jasad..iblis dan syaitan atau makhluk-makhluk lain yang sama jahat akan memasuki lubang yang sama jika mahu melakukan perkara yang jahat..

cara untuk menutup atau menghalang daripada ‘terkena’ semula, Zikir dan al-Quran adalah teman seumur hidup..amalkan…nasihat ini pernah diberikan oleh Ustaz Rashid kepada aku..dulunya dia pegawai agama Penjara Kajang..yang juga salah seorang anak buah Profesor Harun Din dari Darul Syifa’…

Aku tidak berniat untuk mempersoalkan kaedah rawatan pakar di atas..biar dia dengan cara dia..aku tetap hormat dia..tiada salah apa yang dia cubat lakukan..

Cabuk hanya berkongsi idea saja..

    • Alwan
    • March 30th, 2009

    Saya terbaca juga artikle ni dalam kosmo. Setelah menziarahi website mereka saya mengambil keputusan untuk masuk kursus, untuk menilai samda ada ilmu ni sahih atau batil. Jika batil maka perlu didedahkan kepada orang ramai. Ramai sangat mat putar alam yang berselindung disebalik rawatan islam sekarang.

  1. alwan: elok juga nk tuntut ilmu, xsalah, cuma jgn salah guna..

    • sebaliktabir
    • March 30th, 2009

    Aku pernah rasa terganggu seperti ini. Sebenarnya yg penting kekuatan iman kita padaNYA. Mengamalkan ayat2 suci dan zikir tertentu juga boleh menjadi pendinding buat kita. Apa yang penting kebergantungan kita pada Allah, bukan pada manusia.

    Jiwa memang kacau..jika kuat insyaALLAH takkan meracau…

  2. ha..tepat sekali ayat lu..

    • March
    • April 9th, 2009

    it all sums up to one thing.. HATI..

  3. March: tmbah satu..Iman

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: