Archive for April, 2009

Aku dan Basuh Media

Semalam..beberapa kawan aku yang terdiri daripada pengamal media dipanggil oleh Persatuan Kerabat Diraja Kelantan..bunyi macam nak diadakan sidang media..mungkin menjelaskan mengenai isu Manohara Odelio Pinot, model Indonesia yang didakwa didera dan dilarikan oleh kerabat Kelantan..

Aku sendiri terima SMS itu..Setiausaha Sulit Sultan Kelantan juga dikatakan turut hadir..agak bersemangat aku nak datang majlis ini..jadi aku sendiri mahu dengar penjelasan daripada pihak mereka untuk menjernihkan isu ini..

Sebabnya..aku antara yang terlibat menulis berita ini..dua berita aku tulis..

ne_01_1

1) Tengku Fakhry-Manohara tampil mesra – Muka depan Kosmo!

 

untitled

2) Terdesak hendak jumpa Manohara – page 6 Kosmo!

Tapi..bos aku pula nak pergi..walaupun aku sendiri sudah tawar diri..

Agak terkejut ada perkara sebaliknya berlaku..mengikut rakan sebumbung, bukan sidang media dibuat sebaliknya sesi membasuh media berlaku..katanya, Utusan dan Kosmo! teruk dihentam kerana menyiarkan berita yang tidak benar dan tanpa merujuk pihak Istana…agak teruk juga gang media ‘disekolah’..siap ada Mufti keluarkan ayat-ayat dan hadis menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh media..

Dalam majlis itu, tiada sebarang berita yang boleh ditulis hasil daripada cakap-cakap mereka..dengar saja.. penjelasan yang agak keras diberikan oleh mereka..ok..aku yang hanya mendengar daripada mulut kawan-kawan aku, aku terima..maaf, aku tidak boleh menulis di sini penjelasan itu..aku cuma pegang janji dengan pihak persatuan kerabat itu..

Cuma, penjelasan ini agak lewat..mungkin menyimpan marah, sampai kemuncak, jadilah begini..

PM baru kita, Datuk Seri Najib pernah memberi penjelasan mengenai isu Altantuya selepas turut dikaitkan..termasuk Datin Seri Rosmah..

Yang penting di sini, kita tampil beri penjelasan..selepas itu, orang nak kata tak betul ke..terpulang..jangan hanya mendiamkan diri..orang kita ini bijak menghukum bila kita senyap saja..

Apa-apa pun, kepada gang yang lain, aku mohon maaf andai kata ada yang menyalahkan aku sebagai personal dan Kosmo! umumnya kerana menjadi punca korang semua teruk dimarah..

Dalam penulisan aku, susah aku nak menuding jari kepada orang yang dikatakan salah oleh sesuatu pihak..aku cuma membuat penulisan yang balance..selagi tiada bukti, aku tidak mahu katakan benar apa yang didakwa oleh kelurga Manohara..

Nak khabar di sini..kalau klik link di atas..penulisan pertama, apa yang aku tulis..adakah aku menulis sesuatu yang memburukkan kerabat..penulisan kedua, perkara yang sama aku ulang..aku cuma tekan hasrat keluarga Manohara untuk berjumpa dengannya..cuma last option, tindakan yang mahu diambil oleh keluarga ini dilihat keras..tapi still, tiada juga yang memburukkan kerabat..

Mungkin marah mengenai story background..yang mengulang dakwaan ibu Manohara, Daisy Fajarina yang berkata macam-macam..itu adalah style berita ditulis..aku rasa ramai orang maklum mengenai perkara ini..

Inilah yang orang kurang nampak..yang baik susah nak kelihatan..sekali jahat, itu yang dijaja..hairan aku, kenapa ramai sangat yang bersikap sebegini..

Jujur, aku tidak mudah percaya apa ang orang kata..selagi tidak lihat dengan mata kepala aku sendiri..Iman Syafie yang nasihat begini pada aku..melalui kitab la..

Yang aku pasti, Daisy dan Dewi (kakanya) hanya mahu berjumpa dengan Manohara..itu saja yang aku mampu baca..yang lain, lantak, aku tak amik pusing..

Berani kerana Benar..Takut kerana Salah…

Advertisements

Aku dan Old Trafford

picsrv_manutd_com

 

 

TETAP ke Old Trafford meskipun gagal menjulang Piala FA.

Memenuhi janji yang perlu dikotakan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tetap menghadiahkan ganjaran kepada para skuad Kijang untuk mengadakan lawatan ke tempat di mana kelab gergasi dunia, Manchester United beraksi.

Ganjaran ini pasti membangkitkan semula semangat pemain yang luntur ekoran kegagalan yang merangkul kejuaraan Piala FA buat julung kalinya selepas menunggu 39 tahun apabila tumpas kepada Selangor 4-1 melalui penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Rupa-rupanya, perancangan itu telah lama dibuat oleh pe ngurusan Kafa tanpa pengetahuan pemain dan dijangkakan akan berlepas ke destinasi tersebut Ogos nanti.

Hari ini satu majlis penyampaian tiket kapal terbang akan berlangsung dan ia akan disempurnakan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ib rahim berkata, skuadnya mencapai sasaran awal untuk me layakkan diri beraksi di pentas akhir piala berprestij itu dan ia merupakan satu hadiah buat peminat.

Justeru katanya, penghargaan perlu diberi kepada para pemain atas usaha keras itu untuk terus memberi fokus dalam kancah saingan Liga Super dan Piala Malaysia nanti.

“Kita sasarkan masuk akhir, menang merupakan satu bonus, jadi ganjaran ini tetap diberikan dengan harapan semangat pemain tidak pudar, ” katanya

 

Cabuk: Macam best je..diorang tak nak bawak aku ke..muahahahaaa..

Aku dan Juara Piala FA 09

bnm000126302

 

Sepakan penalti yang diambil oleh penyerang Selangor, Safee Sali menemui sasaran, mengegarkan gawang yang dikawal oleh pengaja gol Kelantan, Sharizan Ismail, menandakan detik kemenangan pasukan Red Giants merangkul Piala FA buat kali ke-5..

Membosankan..terlalu berhati-hati..itu kesimpulan Cabuk bila tengok game semalam..sayang..peminat menanti sesuatu yang menghiburkan..

 

Penyerang Selangor, Mohd Safee Mohd Sali (kanan) dikawal pemain Kelantan, Mohamad Hanif Mohamed Nor (kiri) dan Mohamad Zamri Ramli (tengah) pada separuh masa pertama perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil

Penyerang Selangor, Mohd Safee Mohd Sali (kanan) dikawal pemain Kelantan, Mohamad Hanif Mohamed Nor (kiri) dan Mohamad Zamri Ramli (tengah) pada separuh masa pertama perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil

Bagaimanapun, aku perlu tabik spring pada sayap kanan Kelantan, Zamri Ramli yang baru berusia 18 tahun..kehadiran anda disedari..ramai mata yang memerhati..meskipun bertindak sebagai pemain sayap, peranan anda membantu pertahanan cukup menyerlah..anda perlu bermain seperti biasa..banyakkan larian yang mengelirukan seperti biasa anda lakukan..kau boleh pergi jauh dalam usia muda..

 

Permain selangor Mohd Hardi Jaafar (tengah) di perlawanan merah kuning di asak dari belakang oleh permain dari kelantan Indra Putra Mahayuddin (kanan) di perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil

Permain selangor Mohd Hardi Jaafar (tengah) di perlawanan merah kuning di asak dari belakang oleh permain dari kelantan Indra Putra Mahayuddin (kanan) di perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil

Hardi Jaafar..kau playmaker sebenar..game semalam milik engkau..cuma, harapan penyudah dari barisan serangan rakan sepasukan cukup lemah..aku terbayang Patrik Viera bila tengok kau bijak mengawal kawasan tengah dan membantu pertahanan..tahniah untuk title pertama kau..

Pengalaman dan kematangan membezakan segala-galanya..itu skrip perlawanan semalam..

Aku, Selangor dan Kelantan

klc000425421

 

Malam ini, perlawanan antara dua skuad Merah, Selangor (Red Giant’s) dan Kelantan (Red Warrior’s) berlangsung..merebut piala yang berprestij, Piala FA…di Stadium Nasional Bukit Jalil..

Aku..sekadar menonton di televisyen rumah aku..mungkin bersama anak bini..kalau mereka nak tengok sekali..apa yang mahu aku lihat..permainan yang terbaik..persembahan bola sepak yang menghiburkan..yang penting fairplay..ayuh kawan, untuk bola sepak negara gak..

Bos aku, Hafiz, Bob dan Zul..bersemangat naik bas bersama 40 penyokong setia Kelantan yang lain untuk ke venue perlawanan..dah sampai agak ye tuh..

Yang aku tak nak tengok..bergaduh..baling botol..bakar mercun..kopak bangku stadium..jangan buat la wei..jaga pernagai masing-masing..susahkan aku nak buat kerja pulak..tak pasal-pasal..

Mana pasukan aku sokong..aku bekerja di Kelantan..anak jati Selangor..lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya..

Aku tak sokong mana team..jujur, dah lama hilang minat aku tuh..satu ketika, aku sanggup drive jauh dari JB sebab nak tengok Selangor main..tapi bukan sekarang..kalu mungkin aku minat, aku nak terbang jauh ke Old Trafford..itu mungkin..atau tengok budak-budak kampung aku yang main lebih jauh bagus daripada pasukan bertaraf elit..aku cuma minat menonton apa yang dikatakan perlawanan bola sepak sebenar..dah aku terangkan di atas tadi..

Aku ‘player’ bukan fanatik..kepada kedua-dua pasukan, selamat berjuang..terima kasih sebab hiburkan aku dengan permainan korang sepanjang beraksi..

Aku dan Jenaka

BERDASARKAN kepada laporan akhbar hari ini (23 April 2009) berhubung kes Mohammad Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa siasatan kes tersebut telah dikemukakan ke Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SRPM. Setelah meneliti kes tersebut dengan mendalam dan setelah mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam hasil siasatan itu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM telah memutuskan keterangan yang diperolehi tidak mempunyai asas untuk pendakwaan. Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya. – kenyataan media SPRM

 

manlukeman: Semalam, aku tengok berita TV3 pasal kes ini..boleh dikategori terkejut juga aku dengar, tengok..rasa macam jenaka..lawak..

ape kes la benda nih..rasa macam diperbodohkan..saat-saat orang berharap si Fairus ini salah, begini pula jadi ya..

atau pun..

orang akan tabik hormat pada SPRM, sebab menjalankan siasatan yang penuh telus..tak kira melibatkan sesiapa..kerajaan atau pembangkang..aku pun bangga..

dengar ayat TV3 semalam pun rasa macam nak tergelak..si Fairus mudah melatah..sebab letak jawatan terlalu awal..hairan aku..andai la kata hari tuh Fairus tak letak jawatan, pasti lain jadi hala tuju penulisan, paparan berita..aku berani potong jari..

sekarang apa pula nak jadi..tak kira ini permainan sesiapa, aku rasa betul-betul jenaka..memang korang menyusahkan rakyat..rasa rakyat jadi bodoh..hauk la politik Malaysia nih…memang char parang la..

alo kawan..mau jilat ludah sendiri kaahhh..

Aku dan Siasatan Polis

gw540h405

 

“Masih lagi dalam siasatan”

Ayat yang biasa didengar apabila soalan mengenai perkembangan sesebuah kes..tak kira kecil atau besar..ringan atau berat..bunyi macam stereotaip..lama jadi macam ayat retorik..takpa..bukan itu yang jadi salah..bukan kesalahan yang aku mau ceritakan di sini..

“Apa kau nak jadi besar nanti,” tanya ayah..”Polis,” jawab aku…”cuba cari kerja lain,” balas ayah ringkas..

Aku jadi mahu jadi polis bukan sebab seronok tangkap orang jahat..seronok pegang pistol..seronok ada lencana..seronok bawa kereta ada bunyi siren..sebabnya, aku cabar kepala otak aku fikir macam mana nak selesaikan satu-satu kes melalui siasatan..idea ini aku fikir ketika aku berumur 11 tahun..ketika soalan ayah aku ajukan soalan itu..

Aku suka tengok cerita Crime Scene Investigation..sama dengan mak aku..cerita bercorakkan siasatan polis berkiblatkan bukti forensik..yang boleh membawa kepada si penjenayah..aku suka berfikir terlebih dahulu seperti pengarah drama ini, bagaimana kesudahannya..maknanya, siapa penjenayah yang akan ditangkap..siap berlawan dengan mak aku..

Ketika zaman budak-budak, aku dan Zailan (Cholan), kawan baik aku, suka bermain dengan penyiasatan..cuma, tiada kes yang kami siasat..hahahahaa…aku suka berfikir macam polis..semua benda aku anggap kes..CSI banyak pengaruh aku berfikir dalam teliti satu benda..kadang-kadang rasa cabar kepala aku berfikir untuk selesai masalah melalui pendekatan siasatan jenayah..

 

gw505h402

 

Kenapa cerita CSI ini terlalu sempurna..semua penjenayah dapat dikesan..mudah saja, sebab ia adalah drama yang berskrip..lebih dalam fikir, adakah polis di negara ini sehebat itu dalam siasatan mereka…aku selalu fikir benda ini..dalam kes-kes tertentu, aku harap sangat penjenayah itu akan dikesan..

Adakah kita berkongsi realiti yang sama melihat kekurangan kecekapan polis negara ini yang bergelar PDRM dalam menyiasat sesuatu kes..????

atau ada sesuatu di sebalik apa yang berlaku..kes pembunuhan..penculikan..pengedaran dadah..perjudian..pelacuran..apa saja jenayah yang bermula dengan P…

Hairan juga masih tergantung lagi kes-kes itu..macam takda klue..takda suspek..tak cukup bahan bukti..silap-silap kes itu senyap saja..tiada penghujungnya..melainkan, ia perlu ‘diselesaikan’..

Lebih sayu lagi, tangkap hari ini..lusa tulat, muncul semula..kembali seperti biasa..bak kata orang kampung, ai ado laie jadah haram ni…

Melalui apa yang mungkin biasa kita dengar, YA..mungkin ada sesuatu di sebalik kes..cuma kita tak tahu sejauh mana kebenarannya..aku..selagi tidak melihat dengan mata, telinga, organ kepala aku, cakap-cakap hanya tinggal cakap-cakap saja..percaya, bukan dalam pertimbangan..

Bagaimanapun, aku tetap hormat pada PDRM..polis..asasnya, kerja mereka mulia..jadi sebaliknya, berpunca manusia yang menyarung seragamnya..biasa, agama pun rosak sebab manusia..bukan agama yang merosakkan manusia..

Aku bangga menjadi cucu kepada seorang polis..berpangkat Sarjan..Abu Bakar Ujang..bukan sekadar menjadi ‘polis’ atuk aku ajar..menjadi seorang yang beragama juga jadi modul orang tua Bakar nih..terima kasih atuk..

Aku dan Pantai Tanjung Aru

Aku sempat singgah di Pantai Tanjung Aru, Sabah masa bercuti di sana..nampak bersih pantai ye..aku suka tengok..pantai terbuka..betul-betul menghadap Laut China Selatan..

Ada papan tanda yang aku tak pernah di mana-mana pantai sebelum ini..jika di Kelantan, tertera amaran pantai yang tidak boleh mandi..sebab ombak besar, silap hari bulan, lemas..tapi masih ada juga yang degil..

di sini, ada amaran jangan berada berdekatan dengan kawasan dalam masa tertentu..sebab ia kawasan helikopter mendarat..hehehehe..geli hati aku baca..ada juga benda macam nih..tepi pantai pun boleh jadi tempat mendarat..

apa-apa saja lah..

Tidak banyak yang boleh aku cerita..selain aku sibuk bermain pasir dan air dengan Dania Qistin..Nor pula sibuk merakamkan gambar..

Aku suka tengok gambar-gambar ini..

 

 

14042009234

 

img_0366

 

140420092331