Aku dan Bapa Prihatin

du_07_1

 

 

 

logo_dun_ragamHANNINGFIELD – Seorang bapa, David Kirkwood berdepan ancaman akan ditangkap jika dia mengulangi perbuatan memandu kereta dengan perlahan di belakang anak lelakinya yang berjalan ke sekolahnya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kirkwood melakukan perbuatan itu bagi mengetengahkan bahaya yang dihadapi pelajar sekolah seperti anaknya, Archie di sebatang jalan raya yang tidak mempunyai laluan pejalan kaki.

“Anda tidak boleh menjangkakan seseorang berjalan di jalan raya seperti ini. Ia merupakan jalan raya yang berbahaya. Adalah memalukan kerana jalan raya itu seperti litar lumba,” kata Kirkwood.

Seorang jurucakap polis Essex berkata: “Dia memberitahu kami berhubung hasratnya untuk mengekori anaknya ke sekolah dengan kereta.”

Namun, polis memberi amaran dia akan ditangkap jika mengulangi perbuatannya itu. – Agensi

 

manlukeman: Aku kagum betul dengan sikap bapa sebegini..prihatin..ambil berat pasal anak..tanggungjawab dipikul dengan sendiri tanpa menyusahkan orang lain..maksudnya, insan yang bergelar bapa atau ibu yang perlu mainkan peranan ini..bukan adik-beradik, saudara mara, sepupu sepapat, ipar duai atau saudara bau-bau bacang..

mungkin yang menyusahkan, usahanya yang keterlaluan..peduli kan..

Elok terus buat saja apa yang difikirkan..daripada hanya duk memikirkan saja..daripada duk bercakap saja..sampai berfikir dan bercakap jadi lebih keterlaluan daripada tindakan..hahahahahaa..ramai ibu bapa di negara ini yang sebegitu peel ye..tak percaya, perhatikan sekeliling anda..

untuk puteri aku, Dania Qistin, papa akan jadi bapa yang baik untuk mu..heheheheeee…doakan ye…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: