Aku dan Rasa

Sedutan 1

– rasa takut sangat nak balik rumah..sebab panjat tangga..takut kalau-kalau tiba-tiba ada orang datang nak cabul, nak samun, apa-apa la orang boleh buat jahat..

atau

– rasa takut sangat nak bawa kereta sorang2 lalu jalan tuh..dah dengar macam-macam cerita..takut lak kena pada diri sendiri..

Sedutan 2

– rasa risau sangat tinggalkan dia sorang-sorang..risau ada apa-apa jadi pada dia..mana tahu, dia hilang ke, buka gas tak sedar ke, jatuh dalam bilik air, risau tak pasal-pasal boleh mati..

atau

– rasa risau sangat harapan kita orang tak boleh tunaikan..boleh jadi frust lak..hati memang sangat jadi begitu, rasa risau tak tercapai..

Sedutan 3

– rasa serba salah sangat sebab buat begitu..tak patut buat macam tu kat dia..tak pasal-pasal pula dah jadi selisih faham, gaduh..patut ke buat begitu, rasa serba salah sangat sekarang..

atau

– rasa serba salah sekarang ni..tak tau nak buat apa..tau buat salah tapi tak buat apa..cuma rasa serba salah..

Sedutan 4

– rasa tak caya kalau biarkan dia pergi sana..betul ke sebab kerja atau mungkin ada agenda lain..rasa susah nak caya, susah nak lepas begitu saja..

 

Sedutan Cabuk

Hebat betul manusia..selain ada deria rasa, manis, masin, masam, pahit, tawar yang dikurniakan Maha Pencipta, ada tambahan ‘rasa’ yang lain pula..

Cuma, sayangnya, manusia hanya sekadar me’rasa’ saja..lupa pula siapa yang kurniakan nikmat rasa itu..

Perasaan itu hanya timbul saja, kemudian hanya terus berlegar-legar dalam kepala tanpa menemui medium positif untuk memanfaatkan perasaan itu..

Tidak salah me’rasa’ tapi natijah selepas itu yang kebanyakannya SILAP..

rasa takut saja..rasa risau saja..rasa serba salah saja..rasa tak caya saja..ini saja yang mampu di’rasa’….

rasa untuk ingat pada Tuhan bagi mengimbangi segala yang di’rasa’ seperti sudah dilupakan…memang manusia mudah lupa..rasa semua itu saja tak guna..mana amalan, mana doa, mana Tuhan..ini yang terlupa..rasa takut, risau, serba salah, tak caya, lebih dari rasa mengingati Tuhan yang Satu..

Tak mampu untuk berusaha menghilangkan semua ‘rasa’ itu, minta jalan pada Tuhan..apabila dapat, baru mudah jalan itu diikuti..jangan lupa, bersyukur pada Tuhan selepas melaluinya..

Bukan perlu palu kompang, gegak gempita, huru-hara, pecah belah, gundah gulana..kelak, ‘rasa’ itu memakan diri sendiri..ada Iblis dan Syaitan pula yang bersorak melihat kebodohan manusia menelan sedap apa yang di’rasa’ bersama..

  1. banyaknya rasa…tidak salah untuk rasa macam mana sekalipun asalkan itulah yang dirasa…cuma jangan rasa-rasa sudahlah terutama dalam tindakan dan kata-kata…was-was jadinya bukan?

    • sebaliktabir
    • April 8th, 2009

    Betul juga tu mendewa… (tgh berfikir dan rasa)….

    • March
    • April 9th, 2009

    *garuk kepala*
    rasa ni dtg dari hati atau akal?

  2. mendewa: Jangan lupa Tuhan..Dia yang kurniakan rasa
    Macrh: kau rasa dari mana ia datang ?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: